Wednesday, January 26, 2011

Just The Way You Are.

sengaja aku kenal kan kau,
dengan keburukan aku,
supaya kau jadikan nya suatu yang unik,
yang tidak orang lain punya,
supaya kau boleh bangga dengan diri ini,
yang tidak sempurna,

kelebihan aku,
usah aku cerita,
pasti buat kau bangga,
pasti buat kau tersenyum,
pasti buat kau jatuh cinta,

cintai aku kerana kekurangan aku,
akhirnya kau akan temukan,
kesempurnaan aku.


;)

p/s:background music 'Just The Way You Are' by Bruno Mars.

Saturday, January 22, 2011

Pilihan.

sejak akhir akhir ni emosi betul bila baca suratkhabar kan. mula mula kecewa bila tak dapat jumpa Jang Hyuk yang datang Kuala Lumpur. tu la sapa suruh duduk Yong Peng. Kalau duduk Damansara bila bila jer boleh suruh driver anta pegi KLIA jumpa mamat korea tu. angan angan tinggi. selang hari suratkhabar keluarkan lagi cerita sensasi. kecewa lagi bila Zaquan Adha kawen dengan Ayu Raudhah. Ayu Raudhah tu cantik jer walaupun lebih tua 3 tahun dari Zaquan. ala usia hanya pada angka bukan pada wajah atau apa saja yang boleh menjadi isu perbezaan. mungkin. hari ahad ni ingat boleh la senangkan hati makan ice cream tepi sungai Yong Peng pujuk hati tapi kecewa bertimpa timpa bila bukak suratkhabar pagi tadi tengok Irwansyah pun dah kawen. sambil baca teringat dekat kawan yang begitu memuja si Irwansyah mesti dia lebih kecewa. aku senyum sendiri. Zaquan Irawansyah napa la you kawen di usia muda. tunggu la sikit hari lagi i jadi kaya nanti i minang la you all. hisshh tak sabar betul. haha. nak muntah bila keluar statement begitukan.

bila tengok Zaquan dengan Irwansyah kawen di usia muda aku tersentap pulak. Adha tu baru 24 Irwansyah pulak baru 26. walaupun aku tak pandai subjek matematik aku paksa jugak diri ni kira. ada la dalam empat atau enam tahun lagi aku seusia mereka. dalam hati aku berkata kata mungkin dah sampai masa untuk menjalin hubungan dengan lebih serius. yer mungkin. senyum sendiri lagi.

dulu zaman muda muda kali pertama belajar Ekonomi Asas ada belajar pasal kehendak keperluan pilihan kos lepas dan ape entah lagi. jangan la cerita pasal microekonomi atau makroekonomi jangan jugak cerita pasal oligopoli bermonopoli atau keluk KKP nanti pening kepala kau. aku cerita yang basic je ni. kalau basic pun kau tak lepas tak payah angan angan la nak amek ekonomi dekat U nanti. umpama bunuh diri sendiri jer. tapi kata orang dekat U Ekonomi senang. sebenarnya ape yang kita belajar boleh di terapkan dalam kehidupan harian. senyum lagi.

aku kan memang suka lelaki. perempuan mana la yang tak suka lelaki kan. oh lesbian mungkin. so aku memang suka jadikan lelaki sebangai experiment atau contoh. haha. lelaki tu satu keperluan bagi perempuan. yela lelaki kan sifatnya gagah bukan gagap ok pelindung penyelamat dll. maka, setiap perempuan memang memerlukan lelaki dalam kehidupan lebih lebih lagi sebagai suami kan. tapi bila seorang perempuan nak kan bf/suami yang sekacak dan sehebat Febregas Farid Kamil atau Remy Ishak itu dah jadi kehendak. eh macam terasa pulak. huhu. kira kau ukur baju di badan sendiri sudah la. bila kehendak ni sebenarnya tak perlu di penuhi pun tak salah. tapi kalau kau nak jugak kau kene la usaha lebih baru dapat. kehendak ni boleh jugak masuk dalam kategori nafsu. so bila dah masuk dalam kategori nafsu ni memang susah la nak cakap. yela nafsu ni memang bahaya kan. so sebagai perempuan atau lebih tepat sebagai manusia yang pintar bijak dan berakal kene la dapat bezakan antara keperluan dan kehendak.

bila bercerita pasal pilihan sendiri geleng kepala. dalam kehidupan harian kita ni memang banyak kita berhadapan dengan pilihan kan. aku sendiri nak buat pilihan takut. yela takut salah pilih untuk masa akan datang. macam aku baru baru ni nak pilih course untuk sambung belajar. pening ok. sama jugak bila kau berhadapan dengan dua lelaki yang perlu kau pilih. macam kau nak pilih antara Awal Ashaari dengan Iqram Dinzly contoh. dua dua pun kacak tapi still pening kepala kan. so kene la check yang lain lain seperti background family, education, kerja ape, bla bla bla. dengan check lain lain tu boleh membantu buat pilihan yang tepat mungkin. kalau still tak boleh kene la buat solat istiqarah er. mungkin kau boleh jugak layan lagu domino, 'siapa yang pantas' tajuk nye. kalau tak tau pegi la search dekat youtube. mungkin dapat membantu.

kalau nak kaitkan dengan ekonomi, bila ada pilihan kita kene la buat kos lepas. kos lepas ni maknanye melepaskan barang kedua yang terbaik. ingat ni nanti keluar soalan spm. balik pada cerita kos lepas tadi. bukan nak kate barang kedua tu tak baik tapi memang lumrah kehidupan bila ada yang baik pasti datang yang lebih baik. memang lumrah kehidupan juga setiap yang baik pasti ada yang kurang nye. nobody perfect rite begitu la hidup ni.

senyum sendiri lagi. aku pun tak tau ape motif aku cerita tentang Ekonomi. Ekonomi bukan subjek feveret aku. nak ingat keluk yang banyak selalu buat aku migrain. tapi bila cikgu Norsiah kata 'sapa yang principal Ekonomi ni dia memang hebat la' aku jadi semangat.




p/s : aku belajar hukum karma. bila ejek adik aku yang baru naik sekolah bape hari dah selesema sekali Tuhan balas dengan demam, batuk, selesema, sakit tekak. aku senyum saja.




Thursday, January 13, 2011

Dulu Zaman Sebelum Ber-facebook.

dulu kalau nak contact orang start dengan surat. dulu mana ada pos. burung merpati digunakan. pandai kan haiwan? nampak sangat haiwan kalau di ajar boleh jadi pandai dari manusia. yela haiwan kan ada otak sama macam manusia tapi manusia lebih sikit ada akal. lepas tu dunia berkembang. teknologi tercetus. sehingga la En Alexander Graham Bell cipta telefon. telefon pun ada banyak versi dan berlaku perubahan sampai sekarang orang guna telefon bimbit. telefon bimbit pulak zaman sekarang macam macam ada bluetooth la touch screen la mp3 camera. semua ada.

sekarang ni semua orang heboh pasal Facebook (FB). kalau tak de FB macam kuno jer kau rasakan. duduk warung burger pun nak cerita pasal awek FB. budak darjah 2 pun sekarang ada FB. untung kan. dulu aku darjah 2 main kejar kejar jer dengan anak jiran. tup tup sekarang heboh lagi FB nak di tutup. mungkin En Mark Zuckerberg sudah kaya atau sudah menjadi hampir gila dengan kekayaan yang di miliki itu. tapi itu masih ura ura atau khabar angin saja. kalau FB di tutup tak dapat la aku nk ber-chat dengan En Comek lagi. kikiki.

dulu, zaman tak de FB aku layan Friendster (FS). time tu aku form 4 kot. kakak aku yang buat kan. nak sign in FS kene ada email. kakak aku jugak yang buatkan. FS yang best nye sebab ada layout yang comel tak macam FB putih jer. agak bosan la mata aku memandang. kat FS kita boleh tau siapa yang view page kita. so kita tau la siapa yang stalker kita dalam diam diam. hehe. tapi dekat FS tak de chat so kalau nk chat aku on Yahoo Messanger (YM). dulu dunia maya aku ni jela. email, FS dan YM. dulu kawan aku yang ada ni semua pun cuma berapa ketul jer. yang ada cuma xura dengan ekin je kot. so aku rasa time tu aku dah habes maju la. hehe.


FS. comel kan.

Myspace (MS) aku tak layan. kakak aku tak bagi. katanya terlalu sosial. tapi dalam diam aku buat jugak. ceh time tu kira macam dah pandai buat sendirik la. tapi bila buat aku tak boleh masuk tak kene dengan jiwa. hehe.

p/s : dulu cakap dekat cidot tak nak buat FB selagi FB tak de layout. tapi hampeh. haha. ;)


Wednesday, January 12, 2011

Senyum Sikit. :)

'senyuman tu kan satu sedekah.' selalu kan dengar orang cakap mcm tu. tapi apesal entah aku susah nak senyum. kalau nampak lelaki kacak tepi jalan sekalipun aku lambat nak senyum. bila sikacak dah berlalu pergi baru terhegeh hegeh nak senyum. kasihan. selalu terlepas peluang berharga. HAHA. ;) dengan anak jiran pun susah aku nak senyum. bukan tak suka kau, bukan aku sombong, tapi tu la kelemahan aku. nak senyum.

dulu zaman sekolah ramai kata aku sombong pilih kawan la bla bla bla. aku tak friendly tak reti senyum. mungkin sebab tu kawan aku tak ramai. boleh di bilang dengan jari. dulu zaman mula mula kene ngurat dengan abang senior pun aku di pesan untuk senyum. tapi dalam hati ' wtf! sukati aku la nak senyum dengan kau ke tak' untuk abang senior yang tak berkenan di hati tapi itu cuma dalam hati tak terluah pun. tapi bila abang senior yang berkenan di hati tegur terus pandai senyum semulajadi. kikiki.

tapi hari ini aku dah belajar untuk senyum dengan semua orang termasuk apek yang jual ice cream naik moto keliling taman. Malique yang ajar aku senyum. :)



p/s : boleh tak nama Inca Medina tu tuka kepada 'Zafira Zaki'?

Friday, January 7, 2011

"Mari Kita Cantik, Gembira Dan Bahagia Bersama"

eleh siapa la kan yang tak suka cantik. kalau cantik jer mesti nak di kaitkan dengan perempuan kan. padahal golongan lelaki pun tak kurang suka yang cantik cantik belaka. cuba la tanya lelaki kau suka taste perempuan yang macam mana ar? nti jawab nye ' ala yang sedap mata memandang cukup la, yang macam Nora Danish ke Rozita Che Wan ke cukup la. janda tak pe tapi hot babe. ' haa tengok jawapan menunjukkan betapa lelaki pun suka yang cantik. dalam Islam pun mewajibkan isteri berhias untuk suami kan. maknanya lelaki pun suka tengok yang cantik dan indah.

kalau perempuan pulak memang tak boleh di nafikan betapa mereka suka kecantikan. fesyen dengan kecantikam memang tak boleh di pisahkan dalam hidup seorang perempuan. yela mana tak nya kan. dulu pakai tudung bawal jer sekarang dah pakai shawl. teknik lilitan siapa paling hebat dia la yang akan kelihatan cantik anggun lagi berser- seri. dulu pakai jeans jer sekarang heboh pakai skirt ala ala Hana Tajima. lagi untuk membuktikan bahawa perempuan dengan kecantikan tidak boleh dipisahkan bagai aur dengan tebing. tengok la orang rambut kerinting buat rebonding, yang gigi terabur nak pakai braces, yang rabun tak nak dah pakai cermin mata. nak pakai contact lense kalau kaya lagi nak buat laser mata. perempuan memang suka pegi Spa kan. buat relaxing facial la whitening body la sedut lemak la macam macam kan. kalau perempuan tak suka kecantikan maka tidak wujud la London Weight Managment, tidak wujud la Spa, tidak wujud juga la Salon kan. maka memang tidak boleh di nafikan lagi perempuan dengan kecantikan umpama BFF!

kalau zaman sekolah dulu tengok kawan ada jerawat sikit jangan di ejek, di ketawakan, di hina, sekali pun terdetik di hati untuk menegur. JANGAN! jangan sekali kali mulut mengatal nak tegur. kalau kau buat tengok la dua tiga hari muncul la si-jerawat tu dekat muka kau. ini mungkin sekadar mitos atau kebetulan tapi memang di takuti oleh anak remaja termasuk aku. kikiki. perempuan memang tak suka jerawat kan. jerawat menunjukkan muka kotor la hape la. makan pun berjaga jaga. ada yang tak nak makan kacang tak nak makan cokelat sebab takut tumbuh si-jerawat ni. tapi last last muncul jugak dia. hehe. nak ilangkan jerawat pulak macam macam la di buat nya. dari pakai krim temu lawak terus tukar ke Olay. ada yang ikut petua sapu ubat gigi dekat jerawat tu biar cepat hapus. macam macam kan. semua itu untuk kelihatan cantik. tapi nak cantik tu berpada pada la kan. jangan menyusahkan dan memudaratkan diri sendiri sudahhhh la. :)

kalau nak jadi perempuan cantik mesti la ada insan lain yang di puja dan menjadi idola dalam diam kan. insan yang ingin di tiru dan di contohi. kalau tanya aku perempuan mana yang paling cantik sudah semastinya bukan Teyana yang menang American Next Top Model tu. hehe. bukan yer bukan! yang paling cantik ialan Puan Rashidah Rahmat. :) siapakah insan itu? blogger ke? penyanyi era 60-an ke? pelakon samarinda ke? bukan. itu ialah emak saya. kikiki.


♥Puan Rashidah Rahmat♥

kenapa aku pilih mak? kenapa tidak Era Fazira yang penah menjadi ratu cantik Malaysia. juga kenapa tidak cik Gayah Kebaya Merah. kenapa tidak mereka? sebab dari seornag emak la keluarnya seorang anak yang cantik yang kacak juga dengan didikan seorang emak la menjadikan seorang anak itu beradab dan bijak bijak. seperti ini.

tengok tu cantik kan, kacak kan.
Alhamdulilah bijak bijak semua. :)

cantik tu hapa? cantik tu kena kurus ke kene gemuk ke kene putih ke kene hitam manis ke? ke cantik tu kene pakai shawl wane warni? atau cantik tu kene ada susunan gigi yang teratur? susah kan nak jawab. ikut mata masing masing la. ada yang kata cantik kene seksi. mak selalu pesan ' perempuan tu tak hanya cantik pada rupa. perempuan lagi cantik bila pandai jaga adab pandai jaga tutur kata. dari tutur kata mengambarkan ilmu yang dia ada. ' so maknanya perempuan yang cantik bukan saja pada rupa tapi perlu juga ada ilmu. kira dari dalaman ke luaran kene cantik la. aku masih belajar menjadi cantik. aww aww. ;)

hye alls, :) Asalamualaikum.

dah membebel panjang lebar baru nak ber-hye baru nak beri salam. kehkehkeh. ape punya anak dara ini. huhu. okeh hari ni bukak shout box tengok mama adam ajak join Give Away (GA) dia. tengok hadiah nya sangat lumayan dan berbaloi baloi macm Celcome. kalau nak tau pegi la tengok dekat sini. syarat syarat penyertaan mudah saja semudah abc.

SYARAT SYARAT PENYERTAAN :
  1. Anda harus mempunyai tiket dan menaiki train ke Hogwarts (Jadi follower I. Kehkeh.Wajib) Maknanya anda harus mempunyai blog ya.
  2. Copy paste syarat - syarat penyertaan ni.
  3. Buat satu entry yang bertajuk "Mari Kita Cantik, Gembira Dan Bahagia Bersama"
  4. Kemudian dalam entry anda nyatakan siapakah insan yang palingggggg cantik di mata anda. Kalau anda kata dalam entry anda I lah manusia yang paling cantik, terus I bagi semua hadiah tu kat you guys! Haha. Tak takkk. Contohnya anda kata Maya Karin adalah cantik, so nyatakan kenapa dan huraikan bla bla bla.
  5. Kemudian anda nyatakan pula definisi cantik di mata anda. Apa makna cantik pada anda. Kalau cantik tu kena kurus ke, kalau pandai make-up tu kita kata cantik ke hape ke bla bla bla.
  6. Tag 4 orang bloggers yang lain (Sertakan link mereka) dan jangan lupa bagitau kat dirang yang diorang kena tag untuk join GA ni.
  7. Dan yang terakhir sekali, tinggalkan link entry anda di ruangan komen entry ini.
okeh. semua syarat syarat penyertaan aku dah buat. jd follower. sudahhh lama la puan bunga i follow u, kata peminat setiaaa kan. hehe. copy paste sudahhh. kemudian buat entry juga sudahhh, nyatakan insan paling cantik juga sudahhh, nyatakan definisi cantik juga sudahhh, eh tag empat org belum. hihi. insan terpilih ialah :


syarat yang terakhir juga sudahh buat. okehhh sudahhh siap. boleh pegi Kuala Lumpur dengan hati yang tenang. hehe. bye. :)

Wednesday, January 5, 2011

Rindu Bau Sekolah.

dulu kan masa kecik kecik aku tak suka sekolah. sungguh! aku tak suka sekolah sebab aku tak ramai kawan, pegi sekolah kene naik van yang penuh dengan umat manusia, lepas tu bdk lelaki nye amat la nakal. so aku suka pura pura sakit perut pening kepala sebab tak nak pegi sekolah. huhu. sekolah agama paling banyak kali aku ponteng. sampai ustazah dah tak bolah cakap ape. hari jumaat memang hari wajib cuti. hehe. jom flashback zaman persekolahan aku. :)

Tadika : tempat first alam persekolahan kan. memang start dari tadika aku tak de kawan. semua yang kat tadika tu sombonggg yang amat. sebenar nye aku yang tak reti berkawan. aku bukan friendly. kasihan. :( satu satu nya kawan yang aku ada time tu nama nye Siti Noor Hidayu. dia anak kwn ayh. so kat tadika duduk dgn ayu, makan dgn ayu, main tanah liat pun dgn ayu. ni la kawan pertama aku. :)

Sekolah rendah : bila dah masuk umur 7 tahun mesti la masuk sekolah rendah kan. tapi sayang, aku dgn ayu tak sama sekolah rendah. sekolah rendah aku kat SK Yong Peng. sekolah nye dekat pekan yong peng. kat sekolah rendah, kawan first aku Nurul Fatihah. lepas tu lama lama baru aku dapat kawan lain. Linda, Yana, Mariam, Fiza, Suhaila etc. ada sorang budak cina yang aku kawan masa tu nama nye Ee Yun Soon. dia anak kawan mak. dia pandai lukis. kacak pulak tu! auww. ;) kenangan kat sekolah rendah yang tak leh lupa bila aku jadi Ketua Pustakawan. ceh ceh. masa darjah 6. pustakawan kat sekolah dulu pakai baju warna pink tau so bersemangat habisss la pegi sekolah time tu. hehe. time tu jugak la aku mula menggilai pink secara serius! lagi time sekolah rendah dulu mane pakai tudung kan so pegi sekolah ikat rambut, time tu famesss sepet rambut rama rama. sapa yang pakai sepet rama rama tu dia la yang paling comel! haha.

♥nurul fatihah♥

Sekolah menenggah : lepas UPSR aku masuk SMK Dato' Seth. dari form 1 sampai form 6. kahkah. punya la lama kan. setiap tahun kawan aku bertukar. so, kira setiap tahun la best fren bertukar. lalala. masa form 5, ingat tahun terakhir la bersekolah tapi hampehhh result SPM yang hanya A dalam BM tp tidak A dalam BI tidak melayakkan aku masuk U. huhu. so teruskan la form 6. masa form 5 aku masuk kelas kedua, 5 Bestari. time form 5 aku kawan dgn bed, baby, eila, erin, nana, mimie, dgn eznie. ni antara kawan aku yang paling rapat la. bed dgn baby kelas 5 Cendekiakan. bed terer ekonomi so selalu pegi umah dia nak tengok abg dia yang kacak eh nak belajar ekonomi. baby terer bab kira kira. kawan yang lain terer bab bergosip, makan, merayap bla bla bla. hehe. tapi 5 bestari memang terbaik! :)

♥geng form 5♥

form 6 : lepas dipakse rela oleh en mohd zaki aku redha teruskan form 6. masuk form 6 tambah semangat bila ada si-kacak♥ hehe. setiap pagi bersemangat nak pegi sekolah kan. setiap pagi beratur sebelah sebalah lepas tu dlm kelas senyum senyum. hehe. err menyampah betol kan. tapi akhirnya adat bertemu pasti ada perpisahan. :( si kacak♥ tak lama di form 6. tapi tak pe dapat juga berkawan dengan si-kacak♥ ;) walau si-kacak♥ sudah tiada, aku masih ada kawan kawan yang bestttttttt. teep, xura, nana. sella, nisa arshad, nisa fuad, fara, iza. antara kawan terbaikkkk di form 6. ni yang gurls, yang boys aku ada piki, najib, nuek, affy, jehar, mamat etc.
so, aku sangat rindu korang. rindu kenangan kita. kalau boleh kembali zaman lampau aku nak kembali masa form dan stop kan masa.


♥ni geng form 6♥

ni kesayangan aku.
♥piki, xura♥

kesayangan juga.
♥teep,xura,sella,nisa fuad♥

p/s : pix kesayangan yang lain boleh tgk kat fb. :)