Thursday, January 13, 2011

Dulu Zaman Sebelum Ber-facebook.

dulu kalau nak contact orang start dengan surat. dulu mana ada pos. burung merpati digunakan. pandai kan haiwan? nampak sangat haiwan kalau di ajar boleh jadi pandai dari manusia. yela haiwan kan ada otak sama macam manusia tapi manusia lebih sikit ada akal. lepas tu dunia berkembang. teknologi tercetus. sehingga la En Alexander Graham Bell cipta telefon. telefon pun ada banyak versi dan berlaku perubahan sampai sekarang orang guna telefon bimbit. telefon bimbit pulak zaman sekarang macam macam ada bluetooth la touch screen la mp3 camera. semua ada.

sekarang ni semua orang heboh pasal Facebook (FB). kalau tak de FB macam kuno jer kau rasakan. duduk warung burger pun nak cerita pasal awek FB. budak darjah 2 pun sekarang ada FB. untung kan. dulu aku darjah 2 main kejar kejar jer dengan anak jiran. tup tup sekarang heboh lagi FB nak di tutup. mungkin En Mark Zuckerberg sudah kaya atau sudah menjadi hampir gila dengan kekayaan yang di miliki itu. tapi itu masih ura ura atau khabar angin saja. kalau FB di tutup tak dapat la aku nk ber-chat dengan En Comek lagi. kikiki.

dulu, zaman tak de FB aku layan Friendster (FS). time tu aku form 4 kot. kakak aku yang buat kan. nak sign in FS kene ada email. kakak aku jugak yang buatkan. FS yang best nye sebab ada layout yang comel tak macam FB putih jer. agak bosan la mata aku memandang. kat FS kita boleh tau siapa yang view page kita. so kita tau la siapa yang stalker kita dalam diam diam. hehe. tapi dekat FS tak de chat so kalau nk chat aku on Yahoo Messanger (YM). dulu dunia maya aku ni jela. email, FS dan YM. dulu kawan aku yang ada ni semua pun cuma berapa ketul jer. yang ada cuma xura dengan ekin je kot. so aku rasa time tu aku dah habes maju la. hehe.


FS. comel kan.

Myspace (MS) aku tak layan. kakak aku tak bagi. katanya terlalu sosial. tapi dalam diam aku buat jugak. ceh time tu kira macam dah pandai buat sendirik la. tapi bila buat aku tak boleh masuk tak kene dengan jiwa. hehe.

p/s : dulu cakap dekat cidot tak nak buat FB selagi FB tak de layout. tapi hampeh. haha. ;)


No comments:

Post a Comment

♥ thanks for commenting! ♥

lovelove!

double~loves! ;D