Friday, January 7, 2011

"Mari Kita Cantik, Gembira Dan Bahagia Bersama"

eleh siapa la kan yang tak suka cantik. kalau cantik jer mesti nak di kaitkan dengan perempuan kan. padahal golongan lelaki pun tak kurang suka yang cantik cantik belaka. cuba la tanya lelaki kau suka taste perempuan yang macam mana ar? nti jawab nye ' ala yang sedap mata memandang cukup la, yang macam Nora Danish ke Rozita Che Wan ke cukup la. janda tak pe tapi hot babe. ' haa tengok jawapan menunjukkan betapa lelaki pun suka yang cantik. dalam Islam pun mewajibkan isteri berhias untuk suami kan. maknanya lelaki pun suka tengok yang cantik dan indah.

kalau perempuan pulak memang tak boleh di nafikan betapa mereka suka kecantikan. fesyen dengan kecantikam memang tak boleh di pisahkan dalam hidup seorang perempuan. yela mana tak nya kan. dulu pakai tudung bawal jer sekarang dah pakai shawl. teknik lilitan siapa paling hebat dia la yang akan kelihatan cantik anggun lagi berser- seri. dulu pakai jeans jer sekarang heboh pakai skirt ala ala Hana Tajima. lagi untuk membuktikan bahawa perempuan dengan kecantikan tidak boleh dipisahkan bagai aur dengan tebing. tengok la orang rambut kerinting buat rebonding, yang gigi terabur nak pakai braces, yang rabun tak nak dah pakai cermin mata. nak pakai contact lense kalau kaya lagi nak buat laser mata. perempuan memang suka pegi Spa kan. buat relaxing facial la whitening body la sedut lemak la macam macam kan. kalau perempuan tak suka kecantikan maka tidak wujud la London Weight Managment, tidak wujud la Spa, tidak wujud juga la Salon kan. maka memang tidak boleh di nafikan lagi perempuan dengan kecantikan umpama BFF!

kalau zaman sekolah dulu tengok kawan ada jerawat sikit jangan di ejek, di ketawakan, di hina, sekali pun terdetik di hati untuk menegur. JANGAN! jangan sekali kali mulut mengatal nak tegur. kalau kau buat tengok la dua tiga hari muncul la si-jerawat tu dekat muka kau. ini mungkin sekadar mitos atau kebetulan tapi memang di takuti oleh anak remaja termasuk aku. kikiki. perempuan memang tak suka jerawat kan. jerawat menunjukkan muka kotor la hape la. makan pun berjaga jaga. ada yang tak nak makan kacang tak nak makan cokelat sebab takut tumbuh si-jerawat ni. tapi last last muncul jugak dia. hehe. nak ilangkan jerawat pulak macam macam la di buat nya. dari pakai krim temu lawak terus tukar ke Olay. ada yang ikut petua sapu ubat gigi dekat jerawat tu biar cepat hapus. macam macam kan. semua itu untuk kelihatan cantik. tapi nak cantik tu berpada pada la kan. jangan menyusahkan dan memudaratkan diri sendiri sudahhhh la. :)

kalau nak jadi perempuan cantik mesti la ada insan lain yang di puja dan menjadi idola dalam diam kan. insan yang ingin di tiru dan di contohi. kalau tanya aku perempuan mana yang paling cantik sudah semastinya bukan Teyana yang menang American Next Top Model tu. hehe. bukan yer bukan! yang paling cantik ialan Puan Rashidah Rahmat. :) siapakah insan itu? blogger ke? penyanyi era 60-an ke? pelakon samarinda ke? bukan. itu ialah emak saya. kikiki.


♥Puan Rashidah Rahmat♥

kenapa aku pilih mak? kenapa tidak Era Fazira yang penah menjadi ratu cantik Malaysia. juga kenapa tidak cik Gayah Kebaya Merah. kenapa tidak mereka? sebab dari seornag emak la keluarnya seorang anak yang cantik yang kacak juga dengan didikan seorang emak la menjadikan seorang anak itu beradab dan bijak bijak. seperti ini.

tengok tu cantik kan, kacak kan.
Alhamdulilah bijak bijak semua. :)

cantik tu hapa? cantik tu kena kurus ke kene gemuk ke kene putih ke kene hitam manis ke? ke cantik tu kene pakai shawl wane warni? atau cantik tu kene ada susunan gigi yang teratur? susah kan nak jawab. ikut mata masing masing la. ada yang kata cantik kene seksi. mak selalu pesan ' perempuan tu tak hanya cantik pada rupa. perempuan lagi cantik bila pandai jaga adab pandai jaga tutur kata. dari tutur kata mengambarkan ilmu yang dia ada. ' so maknanya perempuan yang cantik bukan saja pada rupa tapi perlu juga ada ilmu. kira dari dalaman ke luaran kene cantik la. aku masih belajar menjadi cantik. aww aww. ;)

hye alls, :) Asalamualaikum.

dah membebel panjang lebar baru nak ber-hye baru nak beri salam. kehkehkeh. ape punya anak dara ini. huhu. okeh hari ni bukak shout box tengok mama adam ajak join Give Away (GA) dia. tengok hadiah nya sangat lumayan dan berbaloi baloi macm Celcome. kalau nak tau pegi la tengok dekat sini. syarat syarat penyertaan mudah saja semudah abc.

SYARAT SYARAT PENYERTAAN :
  1. Anda harus mempunyai tiket dan menaiki train ke Hogwarts (Jadi follower I. Kehkeh.Wajib) Maknanya anda harus mempunyai blog ya.
  2. Copy paste syarat - syarat penyertaan ni.
  3. Buat satu entry yang bertajuk "Mari Kita Cantik, Gembira Dan Bahagia Bersama"
  4. Kemudian dalam entry anda nyatakan siapakah insan yang palingggggg cantik di mata anda. Kalau anda kata dalam entry anda I lah manusia yang paling cantik, terus I bagi semua hadiah tu kat you guys! Haha. Tak takkk. Contohnya anda kata Maya Karin adalah cantik, so nyatakan kenapa dan huraikan bla bla bla.
  5. Kemudian anda nyatakan pula definisi cantik di mata anda. Apa makna cantik pada anda. Kalau cantik tu kena kurus ke, kalau pandai make-up tu kita kata cantik ke hape ke bla bla bla.
  6. Tag 4 orang bloggers yang lain (Sertakan link mereka) dan jangan lupa bagitau kat dirang yang diorang kena tag untuk join GA ni.
  7. Dan yang terakhir sekali, tinggalkan link entry anda di ruangan komen entry ini.
okeh. semua syarat syarat penyertaan aku dah buat. jd follower. sudahhh lama la puan bunga i follow u, kata peminat setiaaa kan. hehe. copy paste sudahhh. kemudian buat entry juga sudahhh, nyatakan insan paling cantik juga sudahhh, nyatakan definisi cantik juga sudahhh, eh tag empat org belum. hihi. insan terpilih ialah :


syarat yang terakhir juga sudahh buat. okehhh sudahhh siap. boleh pegi Kuala Lumpur dengan hati yang tenang. hehe. bye. :)

6 comments:

♥ thanks for commenting! ♥

lovelove!

double~loves! ;D