Saturday, January 22, 2011

Pilihan.

sejak akhir akhir ni emosi betul bila baca suratkhabar kan. mula mula kecewa bila tak dapat jumpa Jang Hyuk yang datang Kuala Lumpur. tu la sapa suruh duduk Yong Peng. Kalau duduk Damansara bila bila jer boleh suruh driver anta pegi KLIA jumpa mamat korea tu. angan angan tinggi. selang hari suratkhabar keluarkan lagi cerita sensasi. kecewa lagi bila Zaquan Adha kawen dengan Ayu Raudhah. Ayu Raudhah tu cantik jer walaupun lebih tua 3 tahun dari Zaquan. ala usia hanya pada angka bukan pada wajah atau apa saja yang boleh menjadi isu perbezaan. mungkin. hari ahad ni ingat boleh la senangkan hati makan ice cream tepi sungai Yong Peng pujuk hati tapi kecewa bertimpa timpa bila bukak suratkhabar pagi tadi tengok Irwansyah pun dah kawen. sambil baca teringat dekat kawan yang begitu memuja si Irwansyah mesti dia lebih kecewa. aku senyum sendiri. Zaquan Irawansyah napa la you kawen di usia muda. tunggu la sikit hari lagi i jadi kaya nanti i minang la you all. hisshh tak sabar betul. haha. nak muntah bila keluar statement begitukan.

bila tengok Zaquan dengan Irwansyah kawen di usia muda aku tersentap pulak. Adha tu baru 24 Irwansyah pulak baru 26. walaupun aku tak pandai subjek matematik aku paksa jugak diri ni kira. ada la dalam empat atau enam tahun lagi aku seusia mereka. dalam hati aku berkata kata mungkin dah sampai masa untuk menjalin hubungan dengan lebih serius. yer mungkin. senyum sendiri lagi.

dulu zaman muda muda kali pertama belajar Ekonomi Asas ada belajar pasal kehendak keperluan pilihan kos lepas dan ape entah lagi. jangan la cerita pasal microekonomi atau makroekonomi jangan jugak cerita pasal oligopoli bermonopoli atau keluk KKP nanti pening kepala kau. aku cerita yang basic je ni. kalau basic pun kau tak lepas tak payah angan angan la nak amek ekonomi dekat U nanti. umpama bunuh diri sendiri jer. tapi kata orang dekat U Ekonomi senang. sebenarnya ape yang kita belajar boleh di terapkan dalam kehidupan harian. senyum lagi.

aku kan memang suka lelaki. perempuan mana la yang tak suka lelaki kan. oh lesbian mungkin. so aku memang suka jadikan lelaki sebangai experiment atau contoh. haha. lelaki tu satu keperluan bagi perempuan. yela lelaki kan sifatnya gagah bukan gagap ok pelindung penyelamat dll. maka, setiap perempuan memang memerlukan lelaki dalam kehidupan lebih lebih lagi sebagai suami kan. tapi bila seorang perempuan nak kan bf/suami yang sekacak dan sehebat Febregas Farid Kamil atau Remy Ishak itu dah jadi kehendak. eh macam terasa pulak. huhu. kira kau ukur baju di badan sendiri sudah la. bila kehendak ni sebenarnya tak perlu di penuhi pun tak salah. tapi kalau kau nak jugak kau kene la usaha lebih baru dapat. kehendak ni boleh jugak masuk dalam kategori nafsu. so bila dah masuk dalam kategori nafsu ni memang susah la nak cakap. yela nafsu ni memang bahaya kan. so sebagai perempuan atau lebih tepat sebagai manusia yang pintar bijak dan berakal kene la dapat bezakan antara keperluan dan kehendak.

bila bercerita pasal pilihan sendiri geleng kepala. dalam kehidupan harian kita ni memang banyak kita berhadapan dengan pilihan kan. aku sendiri nak buat pilihan takut. yela takut salah pilih untuk masa akan datang. macam aku baru baru ni nak pilih course untuk sambung belajar. pening ok. sama jugak bila kau berhadapan dengan dua lelaki yang perlu kau pilih. macam kau nak pilih antara Awal Ashaari dengan Iqram Dinzly contoh. dua dua pun kacak tapi still pening kepala kan. so kene la check yang lain lain seperti background family, education, kerja ape, bla bla bla. dengan check lain lain tu boleh membantu buat pilihan yang tepat mungkin. kalau still tak boleh kene la buat solat istiqarah er. mungkin kau boleh jugak layan lagu domino, 'siapa yang pantas' tajuk nye. kalau tak tau pegi la search dekat youtube. mungkin dapat membantu.

kalau nak kaitkan dengan ekonomi, bila ada pilihan kita kene la buat kos lepas. kos lepas ni maknanye melepaskan barang kedua yang terbaik. ingat ni nanti keluar soalan spm. balik pada cerita kos lepas tadi. bukan nak kate barang kedua tu tak baik tapi memang lumrah kehidupan bila ada yang baik pasti datang yang lebih baik. memang lumrah kehidupan juga setiap yang baik pasti ada yang kurang nye. nobody perfect rite begitu la hidup ni.

senyum sendiri lagi. aku pun tak tau ape motif aku cerita tentang Ekonomi. Ekonomi bukan subjek feveret aku. nak ingat keluk yang banyak selalu buat aku migrain. tapi bila cikgu Norsiah kata 'sapa yang principal Ekonomi ni dia memang hebat la' aku jadi semangat.




p/s : aku belajar hukum karma. bila ejek adik aku yang baru naik sekolah bape hari dah selesema sekali Tuhan balas dengan demam, batuk, selesema, sakit tekak. aku senyum saja.




No comments:

Post a Comment

♥ thanks for commenting! ♥

lovelove!

double~loves! ;D