Tuesday, February 22, 2011

Alhamdulilah, Tuhan masih sayang aku untuk hari semalm.

Dia masih dengar rintihan aku,
Dia masih dengar doa aku,
padahal aku hamba yang berdosa.

21 Feb 2011. sumpah tarikh ni aku tak leh lupa. sebelom tarikh ni muncul hidup terus jadi hura hara. tido malam tak nyenyak, makan tak selera, jantung rase nak tercabut, perut rase lain macam, berdebar debar macam kali pertama nak dating dengan Farid kamil. bile tarikh ni muncul lagi la. kalau boleh tak nak bukak mata. nak terus bermimpi. pagi pagi best fren dah msg. kacau betul teep ni! pukul 11 teep dengan zura dah sampai umh. pukul 12 lambat lambat pegi sekolah. Alhamdulilah, Tuhan dengar jugak doa aku. :) pertama kali buat parents bangga.

dulu kan mak kate kalau kita kawan dengan penyamun sikit banyak kita akan kene tempias penyamun. bau bau busuk penyamun pun lekat kat baju kita. walaupun kita tak join sekali menyamun tu. tapi still kita dapat tempiasnya. then mak pesan pilih kawan tu betul betul. siapa kita kawan tu mempengaruhi tingkah laku kita masa depan kita. bila masuk form 6 kan mula mula aku tak de kawan tau. lame lame kawan dengan dua makhluk ni.

teep ♥ pya ♥ xura

tengok. nampak betul disayangi. kalau bergambar mesti nak pose pelok pelok la cium cium la. bersyukur sangat dapat kawan dengan diorang. diorang kan rajin buat nota kecik aku kan rajin rembat nota diorang buat harta. hehe. betul la kate mak. kawan dengan diorang kan aku dapat la serap kepandaian diorang dapat la tempias kepandaian diorang ni sikit sikit. kami belajar sama sama jawab exam sama sama amek result pun sama sama. then berjaya sama sama. syukur sangatkan. hopefully nanti kita dapat masuk U sama sama kan. :) happy ending.



pssstt xura tu best student sekolah, then teep pointer lagi tinggi dari aku. thanx kawan. ily. ♥








Sunday, February 20, 2011

Aku harap Tuhan masih sayang kan aku

untuk hari esok.
yer hari itu sudah tiba.
aku harap boleh tunda
atau mungkin hari itu tidak muncul.
tapi mana mungkin kan.

Aku harap Tuhan beri aku yang terbaik.
bukan hanya untuk hari esok.
malah untuk sepanjang hari aku bernafas.

Wednesday, February 16, 2011

Sang Perempuan.

di kamar kecil
di penjuru bilik
dalam gelap
sang perempuan menangis
sendirian dia.

di luar sang perempuan
ketawa riang senyum manis
hebat berlakon
hingga tiada siapa sedar.

malam itu
sang perempuan menangis lagi
menjerit teriak sendirian
tidak siapa peduli.

kau lelaki yang dulunya
janji mahu pinjamkan bahu
untuk manangis bersama
kini hilang entah kemana.

kau lelaki yang dulunya
janji mahu pinjamkan tangan
seiring berjalan
kini hilang entah kemana.

kau lelaki yang dulunya
janji mahu pinjamkan telinga
mendengar rintih perempuan
kini hilang entah kemana.

perempuan
dulu kau kuat kau hebat
tidak pernah kau tumpahkan air mata
kini kerana lelaki kau tewas
gagalnya kau perempuan.

perempuan
jangan kau harap dia berubah
jangan kau lemah dengan pujuk rayunya
jangan kau toleh lagi kebelakang
jangan kau sambut tangan yang dihulur.

malam ganti siang
bulan ganti matahari
kau bangkit dengan semangat baru
semalam dah kau buang jauh
hari ini kau lalui dengan semangat baru.

Satu dan Dua.

aku mahu terbang tinggi
lihat pelangi bintang dan bulan
namun aku tidak bisa
sayapku patah sebelah
kau menjerit minta aku berlari.

aku pilih mahu lari kencang
tinggalkan semalam dibelakang
namun aku tidak bisa
kakiku patah sebelah
kau minta aku berjalan laju pula.

aku mahu berjalan laju
seiring dengan kau
namun aku tidak bisa
kakiku tempang sebelah
lalu aku jatuh tersungkur.

*setiap satu di ciptakan berpasangan.




Tuesday, February 15, 2011

Umpama Buka Pekung Di dada.

salam 1 Malaysia, salam Maulidur Rasul. ;)

tengok hari ni mula kan entry dengan gaya yang lebih sopan sebab baru lepas jatuh cinta. ok tipu. sebenarnya mak baru lepas cerita tentang seorang gadis cantik tapi sayangnya keperibadian nye tak secantik orang nya. gue dengar pun gue terasa bhai. lepas tu terus tekad dalam diri nak jadi anak gadis yang baik. mak dengan ayah pulak sebok uruskan majlis perkahwinan anaknya yang bakal di adakan tidak lama lagi. sungguh anaknya itu bukan aku. sungguh bukan!

berhabuk pulak dah blog ni kan. fb jangan tanya la. memang dah terabai barai dah. kesian tak dapat perhatian yang secukupnya dari aku. mana tak nya bukak fb sekarang amat yang amat bosan sebab ada orang annoying selalu chat buat statement macam ni kat aku. ' kau kalau dah umo 23 nti tak dpt bf jadi andartu la kau. hahaha'. haram nye mulut kau. aku ada bf la ngok! cuma tak perlu di tayang satu dunia. nanti kalau jodoh tak panjang kan malu terpaksa delete gambar bersama dan tuka status. Masya Allah. hampir mencarut aku.

dah lama tak update blog kan. bukan ape tak de hot gosip la nak cerita. lagi tak kan aku nak buat cerita gempak tipu macam aku baru lepas menang Giveaway yang mama adam buat tu kan. ceh ceh rezeki penggangur kan dapat la no2. ehh tu bukan cerita tipu tu kenyataan. cerita tipu macam aku pegi bercuti dengan boipren dekat korea dan jepun. ok itu penipuan terang nyata lagi jelas.

tanpa buang masa. cehh padahal kau dah buang banyak masa nyah! aku nak jawab dan balas tag yang di terjah oleh abang nas rambut ketak eh salah. oleh anak jiran Syida Zainordin actually.

25 random facts about me, myself and i


Once you have been tagged, you are suppose to write a note, with 25 random thing, fact, habits or goal about you. At the end, choose 25 people to tag. You have to tag the person who tagged you. If I tag you its because I want to know more about you. Your cooperation is highly appreciated.

next, this is 25 random facts about me.

  1. ada gigi besi.
  2. feberet colour Pink.
  3. ketinggian 158 cm.
  4. dengan berat badan 45kg.
  5. anak perempuan bongsu dalam keluarga.
  6. ada seorang adik lelaki yang kacak.
  7. tak suka mandi pagi.
  8. tak suka sikat rambut.
  9. tak makan mee bandung.
  10. tak minum air bandung.
  11. tak minum air berkarbonat.
  12. ada lesen kereta.
  13. tak pandai bawak moto.
  14. suka lelaki kacak.
  15. suka perempuan yang fashionable.
  16. tak ramai kawan.
  17. cintakan alam.
  18. tak pandai masak.
  19. basuh baju sebagai hobi.
  20. washing machine sebagai teman di pagi hari.
  21. tak makan asam.
  22. geli pada cicak dan lipas.
  23. ada haiwan peliharan hamster. dulu tapi skrg sudah kembali ke rahmatulah.
  24. mahu ke Paris Korea Jepun. cakap melancong sudah.
  25. mahu kawen.
fuhh lega dah siap. penat doh aku pikir nak buat benda alah ni. nak amek turn korang pulak yang kene tag. insan insan terpilih. jeng jeng jeng . . .

Sarah Idilfitri.
Aina Balqis.
Zaimie Jamat.


akhir kata. jaga kesihatan anda. aku batuk tak baik baik. harap lepas makan dadah ni aku baik la. *dadah tu ubat batuk. gue bukan minat gian bhai. dah gue bla dulu. chaw.


Saturday, February 5, 2011

Dating Bersama Abang dan Kakak Ipar. Ehhh.

semalam kan pegi dating dengan piki (abang) dan xura (kakak ipar). ehh macam mana mereka dapat title abang dan kakak ipar? haa macam ni. dulu zaman muda muda zaman sekolah, ada program Mentor. yang macam kat tv3 tapi tak de kene mengena dengan nyanyian la. so aku dengan piki dapat satu mentor dengan Cikgu Salleh. satu mentor ada lima protege. piki sorang jer lelaki dapat la title 'abang' aku paling muda berdasarkan birthday dapat la title 'adik'. so, bila ada perjumpaan ke ape ke aku ada la kawan. sebab aku dengan piki dah kawan dari darjah 1. tapi masa kecik kecik tak jadi best fren lagi. sebab malu. lagi dulu kalau kawan dengan lelaki tak pasal pasal di cop kat dahi 'gedik'. bila dah besar baru jadi BFF.

lepas tu xura aku kawan kat sekolah menengah. dah jadi BFF jugak. xura dapat title kakak ipar sebab ape erk. emm aku ingat ingat lupa pulak. ohh sebab piki suka kacau xura, selalu gaduh gaduh, tapi kadang kadang manja manja pulak. haa lepas tu kalau nak mintak tolong xura ke atau aku selalu cakap ' kau nak jadi kakak ipar yang baik kene ikut cakap aku' haa macam tu la lebih kurang. kalau xura marah marah pun dia tetap tolong gak. kalau cakap macam tu kat xura nanti xura senyum senyum. HAHA.

aku dengan xura wanita tak berkerjaya. duduk rumah uruskan rumahtangga jer. piki practise jadi suami mithali keluar rumah cari nafkah. bila dah kaya ni dia belanja kiteorang semalam. pegi Summit. sumpah kat Summit barang semua murah wei. lepas tu semalam ada tarian naga best gila dengar muzik dom dom dom cheng. HAHA. lagi kat Summit tak ramai orang. kalau pegi bp mall sumpah sesak kan.



so ini la kami.
:)

Pesanan Daripada Seorang Kakak Kepada Seorang Adik.

Abiq,

malas nak bebel panjang panjang kan. hari hari terakhir Abiq sebelom pegi MRSM ni kak pya cuma nak ingatkan belajar rajin rajin. lagi dua tahun jer sekolah wei. lepas tu boleh amek lesen kereta. HAHA. semua orang pun ingatkan benda ni kan. tapi kak pya lebih sikit la. Abiq kene belajar rajin rajin dapatkan 10 PHD tak jadi doktor bedah mayat pun tak pe. jadi doktor falsafah sudah. lepas tu agak agak kak pya tak de sapa yang minang jangan lupa tanggungjawab Abiq kene sara hidup kak pya. senyum sampai ke telingga. tu tanggungjawab adik lelaki. HAHA. so Abiq memang wajib la belajar serajin yang mungkin. sediakan kak pya nafkah zahir sekali tau. HAHA. sebab kak pya banyak tolong Abiq. kak pya yang basuhkan baju, lipatkan baju, iron-kan baju, kemaskan baju, kemaskan buku Abiq, teman Abiq belajar, isikan borang Abiq ahh banyak kak pya tolong. masak untuk abiq jer kak pya kurang. jadi kalau Abiq lupakan kak pya nanti kak pya sumpah Abiq jadi tak kacak busuk tibe tiba bangun jadi pendek perut buncit. HAHA. Abiq dah besarkan dah boleh pikir kan. so yang pelik pelik jangan di ikut. kalau balik rumah Abiq buat perangai pelik memang kak pya rendam Abiq dalam akuarium ikan!




p/s: malam tido jangan ngigau pulak.
p/s/s : nti adik yang ada blog tu update la experience kat sekolah baru er. :)


Wednesday, February 2, 2011

Good bye my Love.

sedih. lepas ni kau dah tak de. tamat dah kontrak percintaan kita. err apakah? mengarut bukan mencarut. terbawak bawak pulak cerita Full House dekat sini. aku menghitung hari jer kau nak pegi. lepas ni aku dah tak de la teman. hidup membujang bersama ayah dan emak. time nak tido aku nk bual bual dengan sapa? nak berebut makanan dengan sapa? aku nak jerit jerit marah sapa lagi? lepas ni aku tak payah la tunggu kau balik lagi nak makan sama sama. kau dah la balik lambat.

1995. time tu perut mak memboyot besar. tak paham aku. mungkin mak sakit kot. makin hari perut mak makin besar dan terus membesar. kesian mak. lepas tu aku dah mula tak tido dengan mak. semua sebab kau. tau tau lepas tu mak masuk hospital. perut mak dah tak besar lagi. Alhamdulilah, mak dah tak sakit lagi. tiba tiba kat sebelah katil mak ada makhluk kecil. ayah kata ' sekarang pya dah jadi kakak. ni adik. ' ayah senyum. ahhh title 'adik' kau dah rampas. aku dapat title baru. 'kakak'. aku tengok kau tak sejantina dengan aku. aku tak suka kau. macam mane aku nak pakai kan kau baju Pink. macam mana aku nak ajak kau main teddy bear sama sama. main masak sama sama. ahhh.

kita membesar sama sama. suka tak suka aku terima. semkin hari aku redha dengan kelahiran kau. aku kakak kene jaga adik. aku kakak kene mengalah dengan adik. aku kakak kene lindung adik. macam tu la pesan ayah. bila abang dan kakak kita masuk hostel dunia kita berdua jer. kau membesar jadi adik yang baik, pintar dan hormat orang tua. kau tak penah lawan cakap aku. yela mana tak nya kalau kau lawan ringgan jer kaki aku sepak kau kan. senyum. kau tak penah merungut kalau aku masak tak sedap. kau makan jer. sememang nya kau masak lagi sedap dari aku. bila petang aku selalu buat muka ngegada guling guling kat lantai hentak kepala kat dinding mintak kau masak. senyum.

kau pandai. sampai kan masa aku STPM Pengajian Am bahagian kira kira pun kau yang ajar. dari kira nisbah, purata, cari diskaun, cari perbezaan waktu semua kau yang ajar. aku sememmang nya dah lupa tu semua. kira kira aku kan lemah. -1+1 pun nak tekan kalkulator. ahhh. Alhamdulilah, akhirnya dari 15 soalan tu aku salah 3 jer maksimum.

lepas ni kau dah nak pegi. aku redha lagi. ahh kau pegi nak belajar kan. bukan nak pegi perang atau jadi sukarelawan nak selamat kan pelajar Malaysia yang dekat Mesir. untuk ape aku risau sangat. sedih macam kau nak pegi setahun dan kita tak kan jumpa lagi. ahh. aku emo sejak akhir akhir ni.

p/s : 7hb nanti nak pegi Jasin, Melaka hantar Sabiq masuk MRSM Tun Ghaffar Baba.