Wednesday, February 2, 2011

Good bye my Love.

sedih. lepas ni kau dah tak de. tamat dah kontrak percintaan kita. err apakah? mengarut bukan mencarut. terbawak bawak pulak cerita Full House dekat sini. aku menghitung hari jer kau nak pegi. lepas ni aku dah tak de la teman. hidup membujang bersama ayah dan emak. time nak tido aku nk bual bual dengan sapa? nak berebut makanan dengan sapa? aku nak jerit jerit marah sapa lagi? lepas ni aku tak payah la tunggu kau balik lagi nak makan sama sama. kau dah la balik lambat.

1995. time tu perut mak memboyot besar. tak paham aku. mungkin mak sakit kot. makin hari perut mak makin besar dan terus membesar. kesian mak. lepas tu aku dah mula tak tido dengan mak. semua sebab kau. tau tau lepas tu mak masuk hospital. perut mak dah tak besar lagi. Alhamdulilah, mak dah tak sakit lagi. tiba tiba kat sebelah katil mak ada makhluk kecil. ayah kata ' sekarang pya dah jadi kakak. ni adik. ' ayah senyum. ahhh title 'adik' kau dah rampas. aku dapat title baru. 'kakak'. aku tengok kau tak sejantina dengan aku. aku tak suka kau. macam mane aku nak pakai kan kau baju Pink. macam mana aku nak ajak kau main teddy bear sama sama. main masak sama sama. ahhh.

kita membesar sama sama. suka tak suka aku terima. semkin hari aku redha dengan kelahiran kau. aku kakak kene jaga adik. aku kakak kene mengalah dengan adik. aku kakak kene lindung adik. macam tu la pesan ayah. bila abang dan kakak kita masuk hostel dunia kita berdua jer. kau membesar jadi adik yang baik, pintar dan hormat orang tua. kau tak penah lawan cakap aku. yela mana tak nya kalau kau lawan ringgan jer kaki aku sepak kau kan. senyum. kau tak penah merungut kalau aku masak tak sedap. kau makan jer. sememang nya kau masak lagi sedap dari aku. bila petang aku selalu buat muka ngegada guling guling kat lantai hentak kepala kat dinding mintak kau masak. senyum.

kau pandai. sampai kan masa aku STPM Pengajian Am bahagian kira kira pun kau yang ajar. dari kira nisbah, purata, cari diskaun, cari perbezaan waktu semua kau yang ajar. aku sememmang nya dah lupa tu semua. kira kira aku kan lemah. -1+1 pun nak tekan kalkulator. ahhh. Alhamdulilah, akhirnya dari 15 soalan tu aku salah 3 jer maksimum.

lepas ni kau dah nak pegi. aku redha lagi. ahh kau pegi nak belajar kan. bukan nak pegi perang atau jadi sukarelawan nak selamat kan pelajar Malaysia yang dekat Mesir. untuk ape aku risau sangat. sedih macam kau nak pegi setahun dan kita tak kan jumpa lagi. ahh. aku emo sejak akhir akhir ni.

p/s : 7hb nanti nak pegi Jasin, Melaka hantar Sabiq masuk MRSM Tun Ghaffar Baba.

No comments:

Post a Comment

♥ thanks for commenting! ♥

lovelove!

double~loves! ;D