Wednesday, February 16, 2011

Sang Perempuan.

di kamar kecil
di penjuru bilik
dalam gelap
sang perempuan menangis
sendirian dia.

di luar sang perempuan
ketawa riang senyum manis
hebat berlakon
hingga tiada siapa sedar.

malam itu
sang perempuan menangis lagi
menjerit teriak sendirian
tidak siapa peduli.

kau lelaki yang dulunya
janji mahu pinjamkan bahu
untuk manangis bersama
kini hilang entah kemana.

kau lelaki yang dulunya
janji mahu pinjamkan tangan
seiring berjalan
kini hilang entah kemana.

kau lelaki yang dulunya
janji mahu pinjamkan telinga
mendengar rintih perempuan
kini hilang entah kemana.

perempuan
dulu kau kuat kau hebat
tidak pernah kau tumpahkan air mata
kini kerana lelaki kau tewas
gagalnya kau perempuan.

perempuan
jangan kau harap dia berubah
jangan kau lemah dengan pujuk rayunya
jangan kau toleh lagi kebelakang
jangan kau sambut tangan yang dihulur.

malam ganti siang
bulan ganti matahari
kau bangkit dengan semangat baru
semalam dah kau buang jauh
hari ini kau lalui dengan semangat baru.

No comments:

Post a Comment

♥ thanks for commenting! ♥

lovelove!

double~loves! ;D