Wednesday, February 16, 2011

Satu dan Dua.

aku mahu terbang tinggi
lihat pelangi bintang dan bulan
namun aku tidak bisa
sayapku patah sebelah
kau menjerit minta aku berlari.

aku pilih mahu lari kencang
tinggalkan semalam dibelakang
namun aku tidak bisa
kakiku patah sebelah
kau minta aku berjalan laju pula.

aku mahu berjalan laju
seiring dengan kau
namun aku tidak bisa
kakiku tempang sebelah
lalu aku jatuh tersungkur.

*setiap satu di ciptakan berpasangan.




2 comments:

  1. Ini lagu kisah ambilah ambila something tu eah? Ahli Fiqir yg nyanyi kan?

    ReplyDelete
  2. ape ahli fiqir nyanyi. ni kte wat sndiri. ada ke ahli fiqir lagu mcm ni?

    ReplyDelete

♥ thanks for commenting! ♥

lovelove!

double~loves! ;D