Saturday, April 30, 2011

Ujian Medsi.

Minggu ni balik semata mata nak amek ujian Medsi. balik keje 5.30 pm then KL tau la kan jalan mcm haram. nak kejar komuter lagi. akhirnya bus balik Johor jam 7.00 pm pun selamat terlepas. HAMPEH! gila kau penat penat lari anak ayam semata mata nak kejar bus boleh dia pegi begitu saja. *kecewa* finally naik bus jam 8.30 pm sampai Johor dah tgh malam dlm keadaan perot berzapin berhip-hop dan berdangdut. lagi best bus berhentikan aku kat susur keluar tol then aku kene menapak keluar tol dengan gigih nye. kenapa? sbb kan aku tumpang naik bus yang nak pegi Kluang. penat punya pasal sory la perot aku tak layan nafsu makan kau aku terus tido.

Alhamdulilah, ujian Medsi ok jer. soalan mcm ujian kerjaya tu. kalau ada rezeki jadi cikgu dapat la kalau tak Allah pasti beri hamba-Nya yang terbaik kan. :)


*kpd semua pekerja selamat menyambut Hari Pekerja. :D


Saturday, April 23, 2011

Demi RM45 Sehari . . . Part 1

kan dah kata aku akan story mory lagi. so here i come bebeh.

sebelum exam degree start kene la buat persedian nye kan. kene susun meja kerusi tu mmg dah wajib la kan. tak kan nak jawab exam bersila pulak. lepas tu sedia kan buku jawapan, slip kehadiran pelajar, benang untuk ikat kertas jawapan tambahan dan macam macam lagi kan. semua semua tu kami ni la pembantu peperiksaan yang buat. imagine la students degree ada bape ribu orang then peperiksaan bukan hanya di buat kat satu dewan jer. so imagine la sendirik macam mane kesibukan kami ni. lagi best masa hari Jumaat la kan. kene taip lebih 1000 kod kursus yang ada then kene asingkan ikut hari peperiksaan, masa, dan tempat peperiksaan nye sekali. oh mmg damn la. yang taip cuma dua orang jer pulak tu. sebab kene siapkan aritu jugak kami semua kene balik lambat.

kepada students yang amek exam tak kira la Asasi ke Diploma ke Degree ke ape ke kan. ingat la di sebalik korang amek exam ni ada insan insan lain yang bertungkus lumus sediakan persediaan korang exam. so stady la betol betol kan. orang kampung menunggu kejayaan korang. haha. cewaaaaaaaaah. :D

nah amek sejibek muka orang rajin buat kerja. fokus!


Saturday, April 16, 2011

Work Is Kerja laaa !

hye all(s), :)

semalam baru sampai Johor. penat kot. bangun pun 'awal' 915 am baru celik. haha. dah 2 minggu jaga students Asasi exam. semua nye baik baik belaka. tak de pun nak tiru tiru. tp sebok soh panggil lect then tanya lect jawapan. mana aci! cehh padan semua kata belajar kat U senang kan. exam leh tanya lect. hopefully nti kalau ada rezeki aku masuk U time exam lect pun baik hati la bagi jawapan. haha. budak Asasi semua kacak semua cantik semua comel. perangai semua baik baik. best! last paper paling best. bahagian students yang aku jaga semua ucap terima kasih. siap bual bual dgn diorang amek gambar la semua. tapi tak mntak fb korang kan. sobsobs. tu la nti kalau ada jodoh kita jumpa la nti bulan 9 yer. haha. :D

kawan kawan kat tempat kerja pun best. semua baik baik. makan sama sama pegi sembahyang sama sama kan. rasa diri ni bukan kerja tau. rasa mcm students kat sana. haha. oh ada satu makhluk Tuhan tu suka carik gaduh. Acap nama dia. seriously setiap hari nak bertekak je dgn dia. aku selalu kot mengalah dgn dia. ok TAMAT! haha.


With Amirah Why

Farhana, Huwaida

Jangan tanya la nape baju kteorang tu mcm baju JKR kan

Ni geng lelaki

Semua khusyuk keje

Paper last students Asasi

lepas ni jaga students degree pulak 3 weeks. nti i story mory lg er. :D

byebyebye.