Tuesday, May 17, 2011

Tunjuk Ajarku Sifu !

Di malam yang hening, kedengaran bunyi air aquarium, cicak bermain kejar kejar di atas syiling, aku mula menaip . . .


Selamat Hari Guru . . .

Terima Kasih Cikgu Zaki dan Cikgu Rashidah.
Masa umur aku 7 tahun,
Ketika rakan sebaya semua dah pandai mengeja,
Aku baru nak hafal ABC,
Ketika rakan sebaya mula hafal sifir 7,
Aku baru nak hafal sifir 3,
Kau tak penah penat ajar aku,
Tepi tangga kau ajar aku,
Lepas balik semayang magrib kau ajar aku mengaji,
Dari Iqra, Mukadam hingga Quran kau yang ajar aku baca,
Ketika umur 12 tahun aku katam Quran pun disamping kau,
Bila peperiksaan kau yang bacakan aku buku,
Sehingga lah aku meningkat remaja,
Kau masih lagi mengajar aku,
Kini kau mengajar aku kehidupan,
Setiap malam kau bisikkan kata kata ke telinga aku,
Agar aku rajin belajar,
Agar aku punya masa depan yang cerah,
Suatu hari aku pulang membawa kejayaan,
Ketika itu aku rasa aku sudah balas suku kesusahan kau,
Membesar dan memdidik aku,
Aku lihat kaca di mata kau,
Aku mendapat pelukan dan ciuman dari kau,
Akhirnya kau buktikan pada dunia,
Kau bukan saja berjaya mendidik anak orang,
Tapi Alhamdulilah kau berjaya mendidik anak sendiri.

Kau guru yang garang,
Pantang ada salah pasti kau cubit,
Suara kau lantang,
Cubitan kau buat aku gerun belajar dengan kau,
Kau ajar aku menjadi seorang perempuan,
Yang punya budi pekerti,
Yang tahu memasak dan mengemas,
Ketika aku bercakap kasar,
Kau yang akan menegur aku,
Kau memberi segala yang aku pinta,
Tapi aku jarang memberi segala yang kau pinta,
Setiap malam ketika semua tidur,
Terutama ketika musim peperiksaan.
Kalian bangun solat hajat untuk kami adik beradik,
Doa untuk kami tak pernah kalian lupa,
Terima Kasih Mak . . . Terima Kasih Ayah . . .
Insya Allah, lima lima anak mak dengan ayah semua masuk U.

Demi RM45 Sehari . . . Part 2

and finally . . .

entry kali ni agak agak agak teragak agak aku nak buat. sebab sebab sebab agak terpanjang mungkin dan agak agak agak cacar marba juga. so kalau tak nak baca sila pegi main nyorok nyorok ok. apesal aku aku aku tergagap gapap pulak dah ni grrrr

firstly, aku dah abes kerja dah. so lepas ni back to normal life. bangun kol10 mcm tak biasa, basuh baju mcm luar biasa pulak, masak mcm tak de orang nak makan nti. so tu rutin harian aku la lps ni. ok jom kita imbas kembali zaman aku muda mudi bekerja. skrg aku dah warga emas dah pencen pun . . .

korang pun tau la aku keje ape kan masa zaman muda muda dulu so aku tak payah la repeat banyak kali nti ada yang kecik hati sbb dia tak kerja. hahah. time jaga exam aku dan rakan sejawat <---- skema pulak di amanah kan untuk menjaga students exam. meh aku bg cth, kalo ada students nak pegi toilet kene temankan tp jgn melampau sgt la kalo nk soh kiteorg cebok berak sekali kan. lagi bila exam nak mula kene bukak kan pintu bagi kertas tambahan tu biasa la kan. kantoi kan students tiru pun tanggungjawab kiteorg gak. kah kah kah. students Sains Sukan plg terer tiru sampai dah cop kat dahi mereka. ok tu semua kerja yang kiteorg kene wat just untuk dapat kan RM45 sehari. senang kan kerja nye tp ngantok sikit la tp fun habes! ok cite pasal keje sikit sikit jer tak leh banyak nti orang muntah kahak pulak. hahah.

jom aku kenal kan satu satu rakan sejawat aku. dimulakan dengan bismilah diakhiri dengan alhamdililah begitulah sehari dalam hidup kita mudah mudahan dirahmati Allah. ehh ehh ternyanyi pulak dahh. ok serius start with my bos la. Rafiq nama di beri. kejenye dok ngutuk orang jer. setiap hari soh aku lukis arrow lps tu kutuk arrow aku buruk la hape la. kepala dia gila gila remaja sempoi sila la minang dia. haha. single and available kot.


tengok tu Jah oi rajin buat kerja.

diteruskan pulak dengan geng pusat. nak tau napa di namakan geng pusat leh view sini sbb aku malas nk cercite. haha.


so aku kenalkan jela ahli nye. ahlinye bermula dengan aku sebagai ketua. haha. sukati aku jer ngaku ketua. pedulik hape aku. aku yang plg berusia sekali. haha. sebagai ketua aku la paling layak bergambaran dengan logo geng kiteorg yang di buat oleh Y. logo ke tu? bantai jela


bermula dari kiri aku la si baju hijau tu a.k.a kakak, Y@Tukang Kebun, Sab@Jiran Sebelah, Adik@Ekin, Mar@Mama, Wawa@Bibik, Fika@Driver, Qaqa@Kecik. best kiteorg semua dapat watak masing masing yang diberi oleh Adik@Ekien.

seterusnya, geng Aras 2. kat Aras 2 gempak gila sebab port lepak budak stor, port lari budak Aras 1 yang malas keje. semua kat Aras 2 la. kat sini semua kepala gila gila gelak tawa mmg tak pnh stop la. gosip ape lg. kalo ada student nyah amek exam mmg satu dewan tau la. nti sorang sorang lalu tepi students tu. hahah. badan sasa pakai baju kurung suara garau. haha. lawak sial.


yang ni semua geng Aras 2 gegurl. start dari kiri shira, Y, Sab sesat dari Aras 1 tp dia selalu join Aras 2 sbb kat Aras 1 tak de member layan kepala. yang tinggi manonjang tu Dina. keja dia dok ketawa jer. penghibur kalo tak dengar Dina ketawa mcm tak lengkap hidup. last Shairah ketawa dia annoying tak leh tahan ketawa tp dia sangat best sebab tau semua gosip artis. haha.


ni geng lelaki Aras 2. Epoy barbaju biru, Dzikri sama kes dengan Sab, Jamil ketua si-Dina. diorg ari ari ketawa, pakai jesey bola Malaysia tu Amer, belakang pakai spewk tu bos aku then Ajam. ada ramai lagi geng  Aras 2 tp kalo aku kenal kan sorang sorang bukan korang kenal pun kan. so aku bg jela korang tengok pic ni ok.





yang ni last day. time ni ramai yang dah berhenti keje, exam pun dah habes so attendan di kumpulkan kat Aras 1 jer.

time kiteorg tak de exam paling best la. ada yang bawak laptop ber-online la ada yang bermake up la ada yang belajar lukis lukis la. macam macam la yang kiteorg buat untuk mengisi masa lapang. nak tunggu sampai kol5 pm baru leh balik kan so otak mesti kreatif la memikirkan aktiviti ape yang leh di buat. haha.






ok ni la yang kiteorg dok buat time tak de exam petang. first jadual rehat tu aku yang buat. caton caton tu semua aku yang lukis. ehem ehem comel kan. terima kasih. hihihi. lepas tu sesi make up la. last, buku law ni budak budak law guna la time exam. paling tak bleh blaaa satu meja kene ada 7 buku rujukan law time last day exam. sempat ke korang nak guna 7 buku tu? aku tanya budak law sila jawab.

-----------THE END----------

Sunday, May 1, 2011

Selamat Hari Pekerja.

Hye,

Sempena hari Pekerja hari ni kan aku nak wish kepada semua yang bekerja selamat bercuti. kalau yang masih menggangur tu pegi la cpt cpt carik kerja. menjana ekonomi sikit. kah kah kah. bila dah berkerjaya mcm ni baru aku rasa nikmat cuti ni. tapi kalau masih menggangur macam Zaimie Jamat mmg segan la nk cuti kan. kalau aku jadi dia mmg rela hati hari ni pegi masuk kebun getah pegi noreh. haha. :D

Hye nama saya Tya. ;)