Tuesday, May 17, 2011

Tunjuk Ajarku Sifu !

Di malam yang hening, kedengaran bunyi air aquarium, cicak bermain kejar kejar di atas syiling, aku mula menaip . . .


Selamat Hari Guru . . .

Terima Kasih Cikgu Zaki dan Cikgu Rashidah.
Masa umur aku 7 tahun,
Ketika rakan sebaya semua dah pandai mengeja,
Aku baru nak hafal ABC,
Ketika rakan sebaya mula hafal sifir 7,
Aku baru nak hafal sifir 3,
Kau tak penah penat ajar aku,
Tepi tangga kau ajar aku,
Lepas balik semayang magrib kau ajar aku mengaji,
Dari Iqra, Mukadam hingga Quran kau yang ajar aku baca,
Ketika umur 12 tahun aku katam Quran pun disamping kau,
Bila peperiksaan kau yang bacakan aku buku,
Sehingga lah aku meningkat remaja,
Kau masih lagi mengajar aku,
Kini kau mengajar aku kehidupan,
Setiap malam kau bisikkan kata kata ke telinga aku,
Agar aku rajin belajar,
Agar aku punya masa depan yang cerah,
Suatu hari aku pulang membawa kejayaan,
Ketika itu aku rasa aku sudah balas suku kesusahan kau,
Membesar dan memdidik aku,
Aku lihat kaca di mata kau,
Aku mendapat pelukan dan ciuman dari kau,
Akhirnya kau buktikan pada dunia,
Kau bukan saja berjaya mendidik anak orang,
Tapi Alhamdulilah kau berjaya mendidik anak sendiri.

Kau guru yang garang,
Pantang ada salah pasti kau cubit,
Suara kau lantang,
Cubitan kau buat aku gerun belajar dengan kau,
Kau ajar aku menjadi seorang perempuan,
Yang punya budi pekerti,
Yang tahu memasak dan mengemas,
Ketika aku bercakap kasar,
Kau yang akan menegur aku,
Kau memberi segala yang aku pinta,
Tapi aku jarang memberi segala yang kau pinta,
Setiap malam ketika semua tidur,
Terutama ketika musim peperiksaan.
Kalian bangun solat hajat untuk kami adik beradik,
Doa untuk kami tak pernah kalian lupa,
Terima Kasih Mak . . . Terima Kasih Ayah . . .
Insya Allah, lima lima anak mak dengan ayah semua masuk U.

5 comments:

  1. baru sikit dah touching. huhu. :p

    ReplyDelete
  2. Siot lar tu. Ko dekat jaa dgm mak ayah boleh lar kata mcm tu. guwe tang utara nie, mmg perlu kata guwe touching lar you oi. Belaja ko RM020 lg. :p

    ReplyDelete

♥ thanks for commenting! ♥

lovelove!

double~loves! ;D