Thursday, June 16, 2011

I'm Not Perfect.

Aku di jemput memeriahkan satu segmen simple baru baru ni. cewahh. tapi tajuk nye aku tuka. sukahati aku jer. haha. actually tajuk sebenarnye ialah "Segmen Simple : Kekuatan dan Kelemahan Diri Aku ..." aku tak tahu apa kene mengena tajuk yang aku guna dengan segmen ni. tapi aku nak jugak guna tajuk sendirik ! hahah. so let me start now. ecehh cehh dan dan nak speaking. 


again, aku rasa macam bukak pekung sendirik. haihh.

Kekuatan

Apa kekuatan aku? aku sendirik tak tahu. 

Kelemahan

Kalau kelemahan ni banyak. kikiki.
- Aku cepat tak suka orang, susah nak maafkan orang, agak pendendam.
- Kalau dalam pelajaran aku paling lemah English and Maths.
- Aku takut nak hadapi masa depan. 

Aku banyak kelemahan. nak senaraikan semua nanti ramai pulak yang tak suka aku. huhu. aku suka orang kenal aku melalui kelemahan aku. jadi kan kelemahan aku sebagai suatu yang unik dan korang akan tahu siapa diri aku sebenar nya. ;)

Wednesday, June 15, 2011

Bapa ku pulang dari kota,

bapa ku belikan kereta,
kereta kecil ku berbunyi, 
pon pon pon pon pon pon. . .

Selamat Hari Bapa,
Bapa aku orang biasa,
Asal nya dia dari kampung,

Bapa aku sederhana hidupnya,
Tak punya pangkat bukan anak jutawan,
Kesusahan dulu mengajar dia erti hidup,

Bapa aku seorang guru, 
Banyak manusia dia ajar,
Ramai sudah menjadi orang,

Bapa aku pendidik terhebat,
Berbelas tahun mendidik anak bangsa,
Lima anak nye berjaya dalam hidup,



Bapa aku tak kaya,
Tak punya kilang tak punya syarikat,
Yang dia punya hanya kasih sayang dan cinta,

Bapa aku kuat kerja,
Sentiasa menyimpan dan jimat cermat,
Dia binakan kami kediaman indah atas bukit,

Bapa aku orang nye tak sporting,
Banyak soalan di tanya bila aku mahu hang out,
Namun aku tahu dia risaukan aku,

Bapa aku hatinye luhur,
Mudah sentap mudah terasa hati,
Namun dia kuat dihadapan anak anak,

Bapa aku nama nye Mohd Zaki,
Punya isteri cantik nama nya Rashidah,
Punya anak cantik kacak bijak bestari.



Friday, June 3, 2011

Pakej Percutian Sekali Minang Anak Dara Orang.

Semalam aku pegi tengok Kung Fu Panda dgn abg abg dan adik lelaki aku yang sorang tu ha. best gile. panda dah la comel gilababy. nak satu tedy panda boleh? ;)

Hye cantik girls dan kacak boys.

cewahh. mula mula dah nak menunjuk nunjuk tengok Kung Fu Panda, padahal orang semua dah tengok awal awal lagi. biasa la orang jakun kan. kah kah kah. permulaan cuti panjang ni cewah cuti panjang konon padahal hari hari cuti aku mula kan dengan holiday ke Terengganu satu family termasuk la sedara mara sekali. sebab holiday kali ni pakej ok. pegi holiday dapat anak dara ganu 2 orang. haha. 2 orang abang sedara aku bertemu jodoh dengan gadis Terengganu so kami ni sedara mara pun sebok la join rombongan Cik Kiah tu. majlis simple jer. kira risik + tunang sekali la. al maklum dapat orang jauh kan. nak ulang alik memang tak la. Terengganu dah la jauh gila. kebas bontot duduk lama lama. haihhh. holiday selama 4 hari dari 28-31 May dimulakan dengan bertolak secara konvoi dari Yong Peng, Johor. sampai Terengganu dah nak magrib sebab banyak berhenti lepas tu tunggu sedara yang dari Serdang, Selangor. samapi sampai jer terus pegi Homestay yang ditaja oleh keluarga pihak perempuan yang bakal di pinang tu. jimat jimat. hehe.tapi makan sendirianberhad la agak agak la kan semua nak mintak free. haihh. hari berikut nya 29 May rombongan Cik Kiah diteruskan denagan menyerbu Pasar Payang. kat pasar ni golongan mak mak la yang rambang mata dok memilih kain corak batik. nak pakai time kerja kata nye. padahal seminggu sekali jer pakai batik beli nye macam nak pakai hari hari. haha. tapi dalam tak berminat tu aku ada dapat satu jugak. kikiki. ayah aku belikan kata nye nanti kalau masuk U ada dinner boleh pakai. cis aku baru plan kalau pegi dinner nak pakai drees. wtf. Masya Allah. lepas dah pilih kain corak batik tu aku dan sedara mara yang muda muda dan kanak kanak ni pegi naik bot pusing pusing ke Masjid Kristal. sebab ni first time aku naik boat so excited gila la. Alhamdulilah aku tak de mabuk mabuk laut.

hari berikut nya ialah hari pegi meminag merisik dan bertunang. majlis nye simple jer. makanan nye banyak. hehe. keropok menu wajib. ikan tongkol pun sama. mana mana pegi makan mesti ada ikan tongkol tu. sebab tu orang Pantai Timur anak anak dia pandai. tapi kat Pantai Timur ni tak best nye kotor sikit la. kalau kau belajar sastera Abdullah Munsyi sendirik dah tulis kat buku dia dalam buku Pelayaran Abdullah Munsyi. cewahh. bukan aku yang cakap ok. memang sejarah telah membuktikan nye. kikiki. lepas majlis tunang petang tu yang golongan mak mak an bapak bapak ni  teruskan lagi rombongan Cik Kiah mereka dengan membeli keropok leko pulak tapi still carik batik lagi. haihhh tak dapat den nak nolong. then hari last aku sempat singgah pantai. tapi tak dapat mandi manda. dapat cepuh cepuh kaki jer. :)

ok dah jom tengok pic HOTak aku masa kat Terengganu. ;)

Homestay
Boat
Adikberadik, sedaramara, majlistunang

Pantai
 
Pose wajib pegi panati mesti tulis nama atas pasir kan. kikiki. 

*untuk yang tersayang eh salah untuk yang meminta. ;)