Friday, June 3, 2011

Pakej Percutian Sekali Minang Anak Dara Orang.

Semalam aku pegi tengok Kung Fu Panda dgn abg abg dan adik lelaki aku yang sorang tu ha. best gile. panda dah la comel gilababy. nak satu tedy panda boleh? ;)

Hye cantik girls dan kacak boys.

cewahh. mula mula dah nak menunjuk nunjuk tengok Kung Fu Panda, padahal orang semua dah tengok awal awal lagi. biasa la orang jakun kan. kah kah kah. permulaan cuti panjang ni cewah cuti panjang konon padahal hari hari cuti aku mula kan dengan holiday ke Terengganu satu family termasuk la sedara mara sekali. sebab holiday kali ni pakej ok. pegi holiday dapat anak dara ganu 2 orang. haha. 2 orang abang sedara aku bertemu jodoh dengan gadis Terengganu so kami ni sedara mara pun sebok la join rombongan Cik Kiah tu. majlis simple jer. kira risik + tunang sekali la. al maklum dapat orang jauh kan. nak ulang alik memang tak la. Terengganu dah la jauh gila. kebas bontot duduk lama lama. haihhh. holiday selama 4 hari dari 28-31 May dimulakan dengan bertolak secara konvoi dari Yong Peng, Johor. sampai Terengganu dah nak magrib sebab banyak berhenti lepas tu tunggu sedara yang dari Serdang, Selangor. samapi sampai jer terus pegi Homestay yang ditaja oleh keluarga pihak perempuan yang bakal di pinang tu. jimat jimat. hehe.tapi makan sendirianberhad la agak agak la kan semua nak mintak free. haihh. hari berikut nya 29 May rombongan Cik Kiah diteruskan denagan menyerbu Pasar Payang. kat pasar ni golongan mak mak la yang rambang mata dok memilih kain corak batik. nak pakai time kerja kata nye. padahal seminggu sekali jer pakai batik beli nye macam nak pakai hari hari. haha. tapi dalam tak berminat tu aku ada dapat satu jugak. kikiki. ayah aku belikan kata nye nanti kalau masuk U ada dinner boleh pakai. cis aku baru plan kalau pegi dinner nak pakai drees. wtf. Masya Allah. lepas dah pilih kain corak batik tu aku dan sedara mara yang muda muda dan kanak kanak ni pegi naik bot pusing pusing ke Masjid Kristal. sebab ni first time aku naik boat so excited gila la. Alhamdulilah aku tak de mabuk mabuk laut.

hari berikut nya ialah hari pegi meminag merisik dan bertunang. majlis nye simple jer. makanan nye banyak. hehe. keropok menu wajib. ikan tongkol pun sama. mana mana pegi makan mesti ada ikan tongkol tu. sebab tu orang Pantai Timur anak anak dia pandai. tapi kat Pantai Timur ni tak best nye kotor sikit la. kalau kau belajar sastera Abdullah Munsyi sendirik dah tulis kat buku dia dalam buku Pelayaran Abdullah Munsyi. cewahh. bukan aku yang cakap ok. memang sejarah telah membuktikan nye. kikiki. lepas majlis tunang petang tu yang golongan mak mak an bapak bapak ni  teruskan lagi rombongan Cik Kiah mereka dengan membeli keropok leko pulak tapi still carik batik lagi. haihhh tak dapat den nak nolong. then hari last aku sempat singgah pantai. tapi tak dapat mandi manda. dapat cepuh cepuh kaki jer. :)

ok dah jom tengok pic HOTak aku masa kat Terengganu. ;)

Homestay
Boat
Adikberadik, sedaramara, majlistunang

Pantai
 
Pose wajib pegi panati mesti tulis nama atas pasir kan. kikiki. 

*untuk yang tersayang eh salah untuk yang meminta. ;)

5 comments:

  1. *untuk yang tersayang eh salah untuk yang meminta. ;)

    Sapesape? Kah Kah Kah. :D

    ReplyDelete
  2. cikbeyla : utk sapa2 jer. ;) frd kamil pun boleh. cewahh.

    ReplyDelete
  3. eh ! sis mnginap kat homestay kwn scha :) actually , scha org t'ganu :)

    ReplyDelete
  4. ala kalau kite knl awal2 leh jumpa kan. nak pegi terengganu lg! ;)

    ReplyDelete

♥ thanks for commenting! ♥

lovelove!

double~loves! ;D