Wednesday, August 31, 2011

A day in Syawal !



Tuan tanah mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Maaf Zahir dan Batin.









Monday, August 29, 2011

Aktiviti menjelang raya + malam raya.

Hyeee! 

Firstly, selamat hari raya girls and boys. tamat sudah bulam Ramadhan. mula pula bulan Syawal. bila nak raya line semua jadi bestfriends dengan siput kan. send msg ada jer hal nya. aku msg Farid Kamil dari tadi pending jer. asal erk? hehe. 

Ok back to title. kat rumah aku aktiviti nak menjelang raya ni of course la kemas rumah kan. Alhamdulilah setiap tahun kite orang adik beradik sama sama kemas. tapi tahun ni tambah sorang ahli baru sejak kakak aku kawen. :) kalau kemas rumah memang bising bising semua, gaduh gaduh manja. hehe. mula mula semua orang sebok la kemas bilik masing masing. 3 abdul [along, aqib, abiq] aku ni share satu bilik so diorang kemas sama sama la. kakak aku pun ada partner kemas bilik. suami dia la. aku jer lonely kemas sorang sorang sampai sekarang pun tak terkemas lagi. kekeke. lepas kemas bilik mula la kemas rumah sayang kite orang ni. dr belakang ke depan dari bawah ke atas empat penjuru rumah di kemas. prestasi kerja paling rajin memang daddy la. daddy aku memang pembersih orangnya. mak sayang pulak kemas bahagian dapur.

Oh tak lupa jugak, aktiviti malam raya pasang langsir. tapi aktiviti ni tahun ni takde. sebab mak sayang tak buat langsir baru. lagi pun tahun ni aku tak bagi diorang raya sebab aku tak dapat raya. hehe. boleh er gitu?

Lagi, aktiviti wajib raya ni mesti kene iron baju 3 abdul dengan daddy. tapi tahun ni sebab aku stress terlebih memikirkan 4 sept nak daftar asik pening jer, baju 3 abdul dengan daddy, mak yang iron kan. ehem baju aku pun mak yang iron kan. tapi sepasang jela. yang lain aku iron sendirik. hihi. sejak kakak aku dah kawen ni, memang kelang kabut jugak la. mana tak nya, dulu kite orang gilir gilir tolong mak masak, gilir gilir iron baju. tapi tahun ni memang aku jela yang buat semua. kakak aku gilir gilir balik rumah kite orang dengan balik rumah mak mentua. nasib baik rumahnya dekat kan. rempit kejap dah sampai. hehe.

Yer, tak ketinggalan malam raya mak sayang masak. dulu malam raya mak sayang masak rendang. tapi tahun ni tukar menu. masak ayam masak kicap pulak. jam menjelang angka duabelas tengah malam mak sayang masih gigih memasak. tepuk tangan untuk mak sayang yang super duper hebat masak! rasanya memang sedap la. air tangan mak mane yang tak sedap yer dak? ehemm tapi tahun ni ada satu kelainan. hehe. tahun ni aku buat biskut raya. ehem ehem. aku buat corn flakes madu qaseh. cewah!

Bila pagi raya pulak, memang wajib la pakaikan samping untuk 3 abdul dengan daddy. bangun bangun tak sempat nak basuh muka kene pakai kan diorang samping, carikkan butang bajunya la, beruskan songkok la. ahh diorang memang tak leh tengok aku tido. 

Bila semua dah pegi sembahyang raya baru aku mandi siap siap, cantik cantik. kalau diorang balik aku tak siap mula la semua bising bising. pastu makan sama sama. lepas perut masing masing dah kenyang duduk kat depan amek gambar raya last sekali baru mintak maaf dengan mak ayah pastu mintak maaf dengan adik beradik. selesai sesi mintak maaf, baru family aku gerak pegi beraya rumah sedara mara. :)

Aktiviti raya korang pulak macam mane? lebih kurang aku jer ke? hehe. Selamat Hari Raya semua. kepada kawan kawan sekolah, tak sempat aku nak wish sorang demi sorangkan. paham paham la dengan line nye macam tu. dengan keadaan aku yang busy ni. harap maaf la. aku mintak maaf salah silap aku. mana yang terasa terguris dengan perbuatan perkataan mahu pun jelingan aku, harap di maafkan la yer. :) semoga jumpa lagi Ramadhan akan datang agar kita sama sama dapat beribadat dan mendekatkan diri kepada-Nya. :) 

Sunday, August 28, 2011

Air Tangan Qaseh.

Hye sweet boy(s) and gedik girl(s),

Mak cik Jah nak menantu yang cantik, bijak, rajin kemas rumah, ringan tulang di dapur, hobi utama ialah basuh baju tak? siap dalam satu pakej ni. mahu tak? mahu tak? mahu tak? mahu tak? hahaha. ok kalau Mak cik nak sila minang saya dalam masa 3 tahun dari sekarang. kalau lambat nanti Farid Kamil yang minang saya. wakaka. 

Tahun ni first time raya aku buat kuih raya. buat dengan kakak cantik. gigih betul. masing masing pening kepala pun teruskan jugak sampai siap. raya sebelum ni setiap tahun mak sayang beli kuih raya. mak sayang memang terer bab bab membeli ni. tak kesah la beli ape pun. memang mak sayang terer. so, no wonder la anak dia pun terer membeli kan. hehehe. tapi raya tahun ni dua orang anak perempuan mak sayang nak buat kuih raya. buat Corn Flakes Madu Penuh Qaseh. cewahhh resepi nak jugak yang gempak gempak kan. kekeke. 


Ini la hasilnya. bangga!



Wednesday, August 24, 2011

Contest Blog Paling COLOURFUL ♥

hyeee semua hyeee semua hyeee semua lagi. kenyit mata

Lama tak search www.blogger.com . kekeke. ok. bila dah bukak blog mesti ada beberapa blog yang aku suka stalker. time ni dah tak hirau dah facedebook tu. tadi pegi lawat blog gegurl yang rajin betol update sejak ada laptop sendirik. heheh. lepas tu jumpa ini. yerr sebab itu la tajuk entry kali ni berbunyi begitu. heheh.

Nak tau tuan tanah bagi contest ni boleh lompat bintang ke sini. aku syak tuan tanah ni suka pink macam aku. comel pun macam aku jugak. hahah. lagi dia menggilai korea pun sama macam aku jugak. kekeke. tapi aku lebih menggilai lelaki jambu korea jer! hahaha. mengikut rules contest ni aku cukup syarat so aku join la yer !



Aku nak tag orang yang menggilai PINK jugak ar : Scha


Nak pegi jauh kene la beli beg besar !



hye gegurl! hye boboy!

Err tengok macam dah ready jer kan nak pegi jauh jauh ni. beg besar pun dah beli. boleh sumbat harta karun lanun dalam ni. heheh. sebab aku tak dapat wang pendahuluan pembiayaan, so duit bonus ayah la yang robek beli semua barang keperluan. kekeke. tinggal sikit jer lagi yang nak di settlekan. :)


Monday, August 22, 2011

Kasut yang ada kuasa COMEL !

Penat dari tadi carik satu words untuk buat title entry tapi tak jumpa jugak. aku kan tak kreatif. cuma terlebih inovatif jerrr. aku pun tak suka short short ni aku suka long long. kekeke. ok, lempang diri sendiri sebab merepek terlebih makan kerepek 

Fuhhh tajuk dia. aku jumpa kasut ada kuasa menCOMELkan orang tau. kalau orang tak comel pakai kasut ni boleh jadi comel macam Mia Sarah. kalau orang yang dah sedia ada comel macam aku ni pakai boleh jadi duapuluhlima kali ganda comel dari Lisa Surihani. hahah. teruja tak nak memiliki kasut comel. dah la comel, murah, selesa pulak dipakai, lembut jer tapaknya. mana ada zaman sekarang dengan lapanbelas henget Malaysia boleh dapat kasut comel. mana ada. mana ada. mana ada. lagi lagi orang macam aku yang dah bankrup ni. mana mampu lagi nak beli kasut Vern's, nak lalu kedainya pun aku segan. huhu. 


Tak sabar aku nak pakai hari raya nanti. daftar pun aku nak pakai kasut ni jugak. mana tau nanti time daftar terlangar senior kacak. jodoh tu. hahaha. kasut ni banyak corak. ada corak lori, corak lovelove, corak bunga bunga. aku harap nanti birthday aku november duaribusebelas ni ada yang hadiahkan aku kasut ni lagi satu. aku nak corak lovelove colour pink. sweet boleh pakai buat dating! hahaha.



Monday, August 15, 2011

Gigi Besi Rambut Dawai Part 3.

Alhamdulilah. akhirnya proses pertukaran tempat appoiment aku untuk braces dah settle. dari Hospital Batu Pahat aku di transfer ke Klinik Pergigian Bangsar. 10 Ogos yang lepas last appoiment aku kat Hospital Batu Pahat. tu la last jumpa Doctor Ismail jumpa nurse nurse. Doctor Ismail baik, kacak pulak tu walaupun dah 50 lebih umur dia aku rasa. ingat lagi aku last year amek STPM, banyak Doctor Ismail nasihat pastu sambil dia rawat aku dia cerita pengalaman dia belajar dulu. tak de masa langsung nak berfoya foya. 24 hours kerjanya menghafal jer. hehehe.

Sebab aku nak further study kene la pindah tempat appoiment. tak kan aku nak balik tiap kali appoiment kan. satu hal yang aku kusut ni nak peginya tu macam mane. semua orang aku tanya nak pegi sana nak naik bape bus, kalau naik kaki boleh sampai ke tak, jauh tak klinik tu, macam macam aku tanya. nasib baik ada kawan satu tempat kerja dulu pun ada dapat UM, then dia pun duduk area sana, namanya Akem AF. so, sekarang aku dah tak payah risau la. nanti pape leh tanya Akem jer. 

Then, nak pegi klinik yang baru tu Doctor Ismail dah buatkan surat dan kene bawak la x-ray, cetak gigi, dengan dawai yang di gunakan sepanjang rawatan dijalankan. asal ayat aku skema malam ni. = =' yang part dawai tu aku tak paham kenapa nak kene bawak sekali. aku ingat setiap kali tukar dawai diorang buang dawai dawai tu semua. whatthe laaaa. 


Surat surat dengan x-ray yang kene bawak ke Klinik Pergigian Bangsar.


Aku malu nak tunjuk ni sebenarnya. =,=  ok, ni la cetak gigi yang aku cerita sebelum ni.
tengok terabur gila kan gigi aku. jangan la ketawakan aku. = ='


Dawai yang digunakan. dawai ni la yang mengikat gigi. 

Ok, ni semua la yang kene bawak. tak banyak mana pun. hehe. dah tu jer nak cerita. :)



Saturday, August 13, 2011

Mak, dah pandai masak boleh kawen kannn. Haha !

Sambil buat muka gedik cakap dengan mak macam ni mesti mak jawab 'memang dulu umur macam kakak ni dah kawen dah, nenek tu dulu umur macam kakak dah ada anak sorang, bla bla bla'. haha tu jawapan dari mak. kalau cakap dengan ayah pulak jawapannya makan dalam sikit la. kekeke. 'belajar dulu score pointer tinggi dapat kerja bagus nanti dah dapat kerja senang bla bla bla bla. haha confirm la jawapan ayah macam tu. 

Hari ni korang buka apa gadis cantik dan lelaki kacak? hari ni aku buka soto dan begedil cinta pengerat kasih sayang keluarga. cewah! aku kan memang suka makan begedil. time kerja dulu kan aku makan begedil dengan nasi pastu kawan kawan kerja semua pelik. ' boleh er makan begedil dengan nasi. ehh pelik jer. ' haa macam tu la diorang cakap. dah la time tu makan dekat tangga. rindu korang semua. T_______T ok back to title begedil tu aku yang buat tau. dari carik barang sampai ke goreng aku buat. walaupun aku tak goreng semua. hehe. proses membuat begedil start sebelum zuhor. saja buat awal biar tak kelang kabut. mak aku kalau buat kerja kelang kabut nanti tak jadi. hehe. sebelum zuhor aku dah goreng kentang dengan rebus daging. buat begedil ni aku guna kentang goreng jer yang boleh didapati di econsave terdekat dengan harga RM 5.59 kot. hehe. 

Lepas asar proses membuat begedil diteruskan dengan menumbuk kentang, lepas tu gaul kentang yang dah ditumbuk tu dengan daging, bawang goreng, dengan telur sikit. lepas dah gaul rata boleh la membentuk begedil menjadi bulat bulat. padahal tak bulat sangat pun. hehe. dah tu boleh la goreng begedil yang dah dibentuk tadi dengan telur yang dipukul sebati. akhir sekali bila dah siap boleh dimakan time panas panas kalau tak puasa. haha. sebab aku puasa kene la tunggu sampai azan maghrib. :)

Kronologi proses membuat begedil. Cewah !
Alhamdulilah, semua makan dengan gembira dan perut masing masing kenyang. mak hebat aku pun tak kurang hebat jugak. kahkahkah. untung mak dapat anak cantik pandai masak pulak tu. sejuk perut mak mengandung. haha! ni mak cik garang baca ni mahu muntah limabelas kali. haha

Ini aku punya. sikit jer aku makan kan. ;)

Farid Kamil, I pun sebaya dengan Diana Danielle lagi I dah pandai masak sekarang. Jom la kita bercinta. haha.


Thursday, August 11, 2011

Ini aku rasa.

Ini aku rasa lalu deria rasa tambahan. bukan rasa guna lidah nanti batal puasa. kekeke.
kalau kau tak rasa, duduk tepi diam diam ah.

First, yang aku rasa sekarang ni, ehh bukan memang dari dulu la aku rasa tren ni memang wujud. tren budak berhenti sekolah nak kerja. senang jer diorang ni pikir. malas belajar berhenti sekolah. kerja dapat gaji cukup la nak sara diri sendiri. weekend nak dating dengan gegerlipren kene kerja lebih. yela nak belanja awek kan kononnya. tak paham aku dengan budak budak ni. kerja tak seberapa tapi boleh pulak tu kehulur kehilir bawak moto cepai. dik, keje kilang sekarang pun nak spm dik. orang keje kilang sekarang pun nak hantaran 10 ribu dik. tak ke diorang pikir 15 tahun akan datang nanti. kesian aku tengok. tak pasal pasal jer aku teringat Alan cerita pasal budak berhenti sekolah mintak kerja kat kedai HP dia. entah ape jadi dengan budak tu sekarang. aku teringat bukan rindu si Alane gila tu.

Second, aku rasa sekarang ni zaman orang ada Master ada PhD jela yang boleh nasihat budak budak belajar. yang nak nasihat pasal kehiduan ni kene yang pak ustaz uztazah mufti tok imam jela. kita kita ni tak layak dah. nanti di suruhnya pulak kita betulkan diri sendiri, geli katanya dengar nasihat kita yang bukan sapa sapa, macma ajar anak ketam jalan katanya. yang ni betol aku rasa. korang rasa sama tak? 

Third, aku rasa geli gemalai betul bila kat fb budak budak up status macam bagus jer. yang mencarutnya lain yang tunjuk peragai abang long nya lain. 'kau jangan carik pasal dengan aku nanti pecah muka kau aku buat' haa ni salah satu status budak form 2 ex-sekolah aku. badan kecik jer ada hati nak pecah muka orang. kecik kecik dah buat perangai macam pailang. lepas tu ramai pulak yang like. tak paham aku. yang up status copy paste lirik lagu cita kristal pun belambak yang like. come on la  kreatif sikit anak muda semua bila up status tu. yang up status copy paste hadis hadis pun ramai. bukan tak bagus. bagus sangat. share ilmu kan. saling mengingati antara satu sama lain. tapi yang aku tak boleh terima. pandai jer up status islamik tapi realitinya kaki carut paling tegar. jangan wei buat peragai kat alam maya jer baik hakikatnya kau paling terer mendajalkan orang. kalau kat blog ada prinsip ' ni blog aku sukati aku la nak tulis ape ' tapi kat fb tak de wei prinsip ni. so korang tak boleh buat macam tu. lalala. aku cuma like statu yang kreatif dan inovatif jer.

Fourth, aku rasa aku nak pindah rumah la. asik tak de air jerrr kat sini. grrrr. nak mandi pun kene sukat sukat. padahal aku memang suka mandi lama lama. aku sukaaa sangat airrrrrrrrr. rumah dekat dengan sungai tapi bekalan air asik terputus putus jer. okdahbye.





Wednesday, August 10, 2011

Gigi Besi Rambut Dawai Part 2.

Normal soalan favourite soalan bila dah pakai braces ialah . . .

jeng . . .


jeng  . . .


jeng . . .



-sakit tak pakai braces ni? 

-kenapa doe kau pakai braces? saja nak melawa letuuueeww.

-bila kau nak bukak braces ni? rimas aku tengok kau macam alien gigi besi.


Macam macam lagi la soalan. tapi ni part yang fames amos la. malas nak jawab. korang tengok sini jela er. 



Gigi Besi Rambut Dawai Part 1.

Ikut rekod aku start appoiment untuk pakai braces 3 March 2009. ingatkan bila datang terus pakai. rupa rupanya tak. first datang doctor cheak gigi, doctor terangkan tentang prosuder nak pakai braces ni, doctor terangkan tentang risiko yang ada, terangkan kebaikan pakai braces, kiranya hari pertama tu hanya penerangan semata mata la. di ikuti dengan appoiment seterusnya, bila aku dan family dah decide  nak pakai, baru doctor amek cetak gigi, mintak pegi buat x-ray, lepas tu memang ada kene cabut beberapa batang gigi. bila semua tu dah settle baru la pakai besi besi kecik tu kat gigi. nak pakai nye pun bukan senang. leceh. 

Sebelum pakai aku memang excited la nak pakai. siap imagine nak pakai yang ada colour tu semua. tapi kalau buat dengan government ni, memang tak dela semua tu. yang pakai untuk cantik cantik memang tak de. first datang pun kalau tahap keteraburan gigi tak teruk, doctor tak nak buat. kalau umur dalam lingkungan 24 tahun keatas pun doctor tak nak buat. buat dekat government ni memang kes orang yang giginya sepah sepah teruk jela macam aku

Kalau gigi sepah sepah bukan jer nak senyum pun malu malu. makan pun susah. tak dapat kunyah dengan betul. aku ingat benda tu normal. rupanya bila dah jumpa doctor pakar dan dapatkan nasihat baru la tau semuanya. dulu nak senyum mesti tak nak nampak gigi. tapi sekarang senyum mesti nak nampak gigi. bukan setakat gigi jer nampak besi pun nampak. kekeke. kata orang kalau senyum nampak gigi tu ikhlas. hihi.

Dulu senyum macam ni.
Sekarang senyum macam ni. 

Sebelum pakai braces aku memang tak de satu gamba pun yang menunjukkan gigi bersepah. amek gamba semua nak kemam. sekarang aku rasa bentuk muka ada dah jadi bulat. bukan aku jer rasa. semua yang pakai braces pun akan perasan macam ni. terjah sini



Tuesday, August 9, 2011

Hari sentap menyentap.

Tak habes siang tersentap malam pun tersentap lagi. siang sentap dengan helohelo. dasar mulut orang tak berilmiah memang macam tu. aku syak helohelo dapat degree tu pun tipu. gaya cakap serupa orang keciciran dalam pelajaran. sebab malang tak berbau, terjumpa ehh memang kene jumpa la si helohelo tu, satu hari aku dirundum malang. malam pun sentap jugak. malam punya sentap lagi dahsyat. sakit macam kene cucuk pisau mase hiris bawang. 

Aku redha kan jela. semoga semua orang bahagia hendaknya. aku pun tengah bahagia ni. baru lepas jatuh cinta. ok tipu ! kdahbye.


Sunday, August 7, 2011

Aku rindu kau, ALBAB.

Ingat lagi aku, masa mula mula nak memiliki kau, ALBAB. senang jer tak banyak ragam tak banyak kerenah tak banyak cabaran. mungkin memang dah jodoh kita. aku ponteng sekolah hari berkenan nak memiliki kau. lower six aku memang selalu ponteng. lalala. aku pegi BP Mall dengan Along. Along nak beli buku kat kedai buku Popular. masuk jer kedai laju kaki aku melangkat ke bahagian stationery. aku nampak kau. diam jer kau duuk situ. comel sungguh. aku amek kau, aku belek belek kau atas bawah kanan kiri. dalam hati aku.' ni kalau tipah bukan nama sebenar dengan zura bukan nama sebenar tengok mesti jeles. kikiki' hati aku berbisik. lantas aku terus pegi counter bayar kau dan bawak balik.

Aku bawak kau pegi sekolah dengan hati riang ria macam dapat jadi gegurl Farid Kamil. hati berbunga bunga. aww aw aww. jelik. macam yang aku sangkakan ramai yang puji kau comel. dengan bentuk badan kau yang montok dengan skin kau bunga bunga pink. ahh sapa sapa yang tengok pun pasti tertambat hati. seperti yang disangkakan lepas tu tipah bukan nama sebenar dan zura bukan nama sebenar pun mencari spesis seperti kau di pasaran. akhirnya hanya kami bertiga jer memiliki spesis kau yang berbentuk comel dan mengancam. jadi tak hairan la ramai gadis gadis yang cemburukan kami. 

Selama kita hidup bersama, ALBAB banyak kenangan kita bersama. terutamanya kat sekolah la. kalau kau boleh bercakap pasti kau boleh ceritakan pada dunia semua rutin harian aku kat sekolah. bukan tu saja kau jugak menjadi tempat orang yang aku sayang hilangkan rasa dahaga. yer ingat lagi aku kisah air sirap dan merentas desa. dua kenangan indah yang aku tak mungkin lupakan. sungguh. kemana saja aku pegi pasti aku bawak kau. saat saat gentir nak jawab exam pun kau masih setia menemani aku. 

Sehingga la saat saat akhir kita bersama. mana mungkin dapat aku lupakan peristiwa perpisahan kita. petang tu dekat tempat kerja, aku nak pegi solat asar. dalam perjalanan nak pegi surau ada sebuah van yang penuh dengan makanan ringgan. ramai orang kerumun van tu. aku cakap kat Athirah, 'nanti lepas sembahyang singgah van tu er. boleh beli kerepek.' lepas solat kami mendekati van tersebut. orang dah tak ramai kerumun. senang la nak pilih. rambang mata jadinye bila tengok banyak kerepek. last last aku pilih kuih loyang yang ranggup. dua bungkus aku amek. disebabkan excited sangat dapat kuih loyang yang memang dah lama aku ngidamkan, ALBAB aku lupakan. aku tinggalkan ALBAB dekat van. 

Kuih loyang punca pasal ALBAB ditinggalkan. T__T

Sambil jalan aku rasa ada yang tak lengkap. aku hanya pegang kuih loyang tanpa kau, ALBAB. aku lari kejar van tu sampai sampai jer aku tengok van tu dah takde. sedih aku. maaflkan aku, ALBAB. aku tak jaga kau baik baik. aku cuai. padahal aku dah janji dah nak bawak kau sambung belajar. lepas tu, hari hari aku unggu kot kot la van tu ada datang lagi ke. memang aku nak tuntut kau tapi hampa. van tu tak muncul muncul. entah kat mana sekarang kau ALBAB. entah dibuangnya kau entah diameknya kau jadi kesayangan dia. entak aku tak tau. 

Itulah kisah, ALBAB. sebuah botol air. bagi orang lain kau memang botol air biasa. tapi bagi aku kau botol air yang menyebarkan berbilion kasih sayang. sekian sahaja karangan bibliografi aku yang bertajuk ALBAB, sebuah botol air. 


ALBAB. dalam kenangan. T_T
kisah kita pun dalam kenangan. lalala. 

Jauh jugak aku bawak ALBAB jalan jalan.


*aku paling terer buat karangan Bibliografi masa darjah enam sampai dapat A Bahasa Melayu penulisan. hahaha.



Saturday, August 6, 2011

Laling, baju raya colour ape?

Hye Nurul, hye Ahmad.bukan nama sebenar ;)

Tahun ni aku tak merasa la nak beraya sakan macam tahun tahun yang sudah. nampak gayanya Cik Jah oi tahun ni tak dapat la aku join konvoi berbasikal raya ke rumah kawan kawan. nahi nahi nahi. confirm la tak dapat. kawan kawan kalau korang baik hati 1sept dah start la aktiviti murni melahap kuih raya yer. macam biasa yang dah terer buat drift tu datang amek aku. T.T

Tapi dalam tak beraya tu sempat jugak aku buat enam pasang baju raya. kekeke. tak bape nak baju raya sangat la. sebab time beli kain ni bulan empat. kononnya kata mak buat tambah tambah baju untuk pegi kuliah. ecehwah pakai baju kurung pegi kuliah. lalala. kain pun beli yang murah je, beli kain lima pasang dapat diskaun tu. tiga pasang dah siap. ada satu kebaya kakak aku bagi dengan dua pasang baju kurung lagi mak cik jahit baju tak nyempat nyempat nak jahit.

Sekarang kan tempah baju pun dah mahal woo. baru tiga pasang baju ni jer dah habes duit gaji dua hari aku berkerja. untung la yang mana mak pandai jahit, save duit tempah. nak beli yang dah siap size kat pasaran tak bape nak hade la pulak. untung untung dapat mak mertua hebat menjahit nanti leh bayar murah. wakaka.


Jangan tanya napa corak bajunya serupa mak mak yang pakai. dah tentu mak aku yang pilih. = =,  


 


kat kepala aku ada benda pelik tapi aku tak nampak. macam mane nak tengok erk? :p

Thursday, August 4, 2011

Aku kira ini pun Kifarah.

Salam 4 Ramadhan. 

Bila semua adik beradik dah balik ke tempat asal masing masing, rumah dah jadi sunyi. tinggal berempat jer kat rumah. sorang sorang sakit. ayah jer steady sihat lagi. aku siap kene tembel dekat mata kanan. tak boleh pegi bazar. walau pun lom besar lagi tembel tu tapi dah rasa sakit bila nak tutup mata. =,= badan panas hidung berair. kesian tak ? ok fine tak de orang kesian. Farid Kamil sorang jer yang kesian kat I. kekeke. 

Mungkin sebab stress yang amat dahsyat hormon hormon dalam badan pun bercelaru. sampai tak tau nak keluar jerawat ke tembel. last last tembel jugak yang di pilih untuk keluar. jerawat simpan dulu. jangan nanti raya kau keluar dah la kan. errrr. cuaca yang kejap panas kejap sejuk pun menambahkan lagi kecelaruan dalam badan aku. badan aku kan manja, semanja tuan punya badan. hahahharamjadah kekeke.

Sekarang kalau sakit buat muka sardin pun orang dalam rumah ni kesian tengok aku. tak bermaya. jadi kalau sakit ni baring baring pun tak de sapa nak marah. kira nye dapat la perhatian dan kasih sayang. cuba nanti dah pegi jauh kalau pening kepala macam mane ? ha macam mane ? ubat pun kene beli sendirik. sedih.

Aku kira ini pun Kifarah.




Tuesday, August 2, 2011

Aku Stresss !

Aku stress Khairul Fahmi putus tunang semua sebok nak amek tau. masuk paper la masuk blog. kesian Elia kene kutuk sana kutuk sini. kesian abang Khairul Fahmi pun kene cop player dah lupa daratan serta lautan tidak ketinggalan udara.kesian tau kesian mereka. tapi bila si Limah putus tunang dengan pemain bola sepak sekolah bawah 21 tahun tak de sapa pun nak amek tau. kesian limah. kesian kesian kesian kesian sangatttttttttt. yelaaa Limah tu bukan sapa sapa kan. cuma gadis penggangur yang reti buat puding roti jer.

Aku stress lagi dari tadi nak isi PTPTN tak lepas. lagi aku stress kene isi no cukai pendapatan parents no ahli KWSP parents. mana aku tau. semua file dah selongkar. aku penat turun naik tangga dari tadi. aku penat aku haus. aku nak minum air lima gelas. aku geram bila tiba tiba tengah isi boleh pulak dia terkeluar dengan sendiri. nak salah kan sapa ni ? nak marah line yang macam siput baby tu nampak beno aku kurang bijak.

Aku stress. aku nak cakap aku nak luahkan apa aku rasa tanpa menyakitkan hati kau. tapi kan kan kan . . . aku kan manusia paling tanpa perasaan, berhati batu bata. kerja nye menyakitkan hati orang. yelaaa aku jer yang jahat. ehh salah mulut aku jer jahat sebenarnye hati aku baik. sebab tu aku nak gtau kau. tapi kauuuuu. dah malas nak cakap. 

Aku stress September is coming home. ok marah la aku. aku rojak kan bahasa penjajah. aku stress tak dapat raya lelama. abes baju baju raya aku yang enam pasang tu baju kebaya tu semua nak pakai bile ? pegi kuliah ? untung laaaaa kalau aku pakai. tambah lagi stress kawan kawan aku semua daftar lambat.

Aku stress sampai aku cakap dengan dinding pun aku rasa gembira. nampak tak aku perlu kan kasih sayang yang banyak banyak banyak banyak !