Monday, August 29, 2011

Aktiviti menjelang raya + malam raya.

Hyeee! 

Firstly, selamat hari raya girls and boys. tamat sudah bulam Ramadhan. mula pula bulan Syawal. bila nak raya line semua jadi bestfriends dengan siput kan. send msg ada jer hal nya. aku msg Farid Kamil dari tadi pending jer. asal erk? hehe. 

Ok back to title. kat rumah aku aktiviti nak menjelang raya ni of course la kemas rumah kan. Alhamdulilah setiap tahun kite orang adik beradik sama sama kemas. tapi tahun ni tambah sorang ahli baru sejak kakak aku kawen. :) kalau kemas rumah memang bising bising semua, gaduh gaduh manja. hehe. mula mula semua orang sebok la kemas bilik masing masing. 3 abdul [along, aqib, abiq] aku ni share satu bilik so diorang kemas sama sama la. kakak aku pun ada partner kemas bilik. suami dia la. aku jer lonely kemas sorang sorang sampai sekarang pun tak terkemas lagi. kekeke. lepas kemas bilik mula la kemas rumah sayang kite orang ni. dr belakang ke depan dari bawah ke atas empat penjuru rumah di kemas. prestasi kerja paling rajin memang daddy la. daddy aku memang pembersih orangnya. mak sayang pulak kemas bahagian dapur.

Oh tak lupa jugak, aktiviti malam raya pasang langsir. tapi aktiviti ni tahun ni takde. sebab mak sayang tak buat langsir baru. lagi pun tahun ni aku tak bagi diorang raya sebab aku tak dapat raya. hehe. boleh er gitu?

Lagi, aktiviti wajib raya ni mesti kene iron baju 3 abdul dengan daddy. tapi tahun ni sebab aku stress terlebih memikirkan 4 sept nak daftar asik pening jer, baju 3 abdul dengan daddy, mak yang iron kan. ehem baju aku pun mak yang iron kan. tapi sepasang jela. yang lain aku iron sendirik. hihi. sejak kakak aku dah kawen ni, memang kelang kabut jugak la. mana tak nya, dulu kite orang gilir gilir tolong mak masak, gilir gilir iron baju. tapi tahun ni memang aku jela yang buat semua. kakak aku gilir gilir balik rumah kite orang dengan balik rumah mak mentua. nasib baik rumahnya dekat kan. rempit kejap dah sampai. hehe.

Yer, tak ketinggalan malam raya mak sayang masak. dulu malam raya mak sayang masak rendang. tapi tahun ni tukar menu. masak ayam masak kicap pulak. jam menjelang angka duabelas tengah malam mak sayang masih gigih memasak. tepuk tangan untuk mak sayang yang super duper hebat masak! rasanya memang sedap la. air tangan mak mane yang tak sedap yer dak? ehemm tapi tahun ni ada satu kelainan. hehe. tahun ni aku buat biskut raya. ehem ehem. aku buat corn flakes madu qaseh. cewah!

Bila pagi raya pulak, memang wajib la pakaikan samping untuk 3 abdul dengan daddy. bangun bangun tak sempat nak basuh muka kene pakai kan diorang samping, carikkan butang bajunya la, beruskan songkok la. ahh diorang memang tak leh tengok aku tido. 

Bila semua dah pegi sembahyang raya baru aku mandi siap siap, cantik cantik. kalau diorang balik aku tak siap mula la semua bising bising. pastu makan sama sama. lepas perut masing masing dah kenyang duduk kat depan amek gambar raya last sekali baru mintak maaf dengan mak ayah pastu mintak maaf dengan adik beradik. selesai sesi mintak maaf, baru family aku gerak pegi beraya rumah sedara mara. :)

Aktiviti raya korang pulak macam mane? lebih kurang aku jer ke? hehe. Selamat Hari Raya semua. kepada kawan kawan sekolah, tak sempat aku nak wish sorang demi sorangkan. paham paham la dengan line nye macam tu. dengan keadaan aku yang busy ni. harap maaf la. aku mintak maaf salah silap aku. mana yang terasa terguris dengan perbuatan perkataan mahu pun jelingan aku, harap di maafkan la yer. :) semoga jumpa lagi Ramadhan akan datang agar kita sama sama dapat beribadat dan mendekatkan diri kepada-Nya. :) 

No comments:

Post a Comment

♥ thanks for commenting! ♥

lovelove!

double~loves! ;D