Sunday, August 7, 2011

Aku rindu kau, ALBAB.

Ingat lagi aku, masa mula mula nak memiliki kau, ALBAB. senang jer tak banyak ragam tak banyak kerenah tak banyak cabaran. mungkin memang dah jodoh kita. aku ponteng sekolah hari berkenan nak memiliki kau. lower six aku memang selalu ponteng. lalala. aku pegi BP Mall dengan Along. Along nak beli buku kat kedai buku Popular. masuk jer kedai laju kaki aku melangkat ke bahagian stationery. aku nampak kau. diam jer kau duuk situ. comel sungguh. aku amek kau, aku belek belek kau atas bawah kanan kiri. dalam hati aku.' ni kalau tipah bukan nama sebenar dengan zura bukan nama sebenar tengok mesti jeles. kikiki' hati aku berbisik. lantas aku terus pegi counter bayar kau dan bawak balik.

Aku bawak kau pegi sekolah dengan hati riang ria macam dapat jadi gegurl Farid Kamil. hati berbunga bunga. aww aw aww. jelik. macam yang aku sangkakan ramai yang puji kau comel. dengan bentuk badan kau yang montok dengan skin kau bunga bunga pink. ahh sapa sapa yang tengok pun pasti tertambat hati. seperti yang disangkakan lepas tu tipah bukan nama sebenar dan zura bukan nama sebenar pun mencari spesis seperti kau di pasaran. akhirnya hanya kami bertiga jer memiliki spesis kau yang berbentuk comel dan mengancam. jadi tak hairan la ramai gadis gadis yang cemburukan kami. 

Selama kita hidup bersama, ALBAB banyak kenangan kita bersama. terutamanya kat sekolah la. kalau kau boleh bercakap pasti kau boleh ceritakan pada dunia semua rutin harian aku kat sekolah. bukan tu saja kau jugak menjadi tempat orang yang aku sayang hilangkan rasa dahaga. yer ingat lagi aku kisah air sirap dan merentas desa. dua kenangan indah yang aku tak mungkin lupakan. sungguh. kemana saja aku pegi pasti aku bawak kau. saat saat gentir nak jawab exam pun kau masih setia menemani aku. 

Sehingga la saat saat akhir kita bersama. mana mungkin dapat aku lupakan peristiwa perpisahan kita. petang tu dekat tempat kerja, aku nak pegi solat asar. dalam perjalanan nak pegi surau ada sebuah van yang penuh dengan makanan ringgan. ramai orang kerumun van tu. aku cakap kat Athirah, 'nanti lepas sembahyang singgah van tu er. boleh beli kerepek.' lepas solat kami mendekati van tersebut. orang dah tak ramai kerumun. senang la nak pilih. rambang mata jadinye bila tengok banyak kerepek. last last aku pilih kuih loyang yang ranggup. dua bungkus aku amek. disebabkan excited sangat dapat kuih loyang yang memang dah lama aku ngidamkan, ALBAB aku lupakan. aku tinggalkan ALBAB dekat van. 

Kuih loyang punca pasal ALBAB ditinggalkan. T__T

Sambil jalan aku rasa ada yang tak lengkap. aku hanya pegang kuih loyang tanpa kau, ALBAB. aku lari kejar van tu sampai sampai jer aku tengok van tu dah takde. sedih aku. maaflkan aku, ALBAB. aku tak jaga kau baik baik. aku cuai. padahal aku dah janji dah nak bawak kau sambung belajar. lepas tu, hari hari aku unggu kot kot la van tu ada datang lagi ke. memang aku nak tuntut kau tapi hampa. van tu tak muncul muncul. entah kat mana sekarang kau ALBAB. entah dibuangnya kau entah diameknya kau jadi kesayangan dia. entak aku tak tau. 

Itulah kisah, ALBAB. sebuah botol air. bagi orang lain kau memang botol air biasa. tapi bagi aku kau botol air yang menyebarkan berbilion kasih sayang. sekian sahaja karangan bibliografi aku yang bertajuk ALBAB, sebuah botol air. 


ALBAB. dalam kenangan. T_T
kisah kita pun dalam kenangan. lalala. 

Jauh jugak aku bawak ALBAB jalan jalan.


*aku paling terer buat karangan Bibliografi masa darjah enam sampai dapat A Bahasa Melayu penulisan. hahaha.



6 comments:

  1. nanti birthday, request la ALBAB sbg present.. hehehe

    ReplyDelete
  2. HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA! LUCU! apa punya ALBAB lar.

    nak komen tu je.

    ReplyDelete
  3. sobsobsob.dia dah takde ea.kasihan botol air aku jadik janda.

    ReplyDelete
  4. amey: aku harap dpt hadiah dr kedah thn ni. kekeke.

    comek: belom. T.T

    thaqib:sebok ar. mane paham hati seorg gadis. kikiki.

    embun:semoga dpt pasangan baru er. T.T

    ReplyDelete
  5. knp perlu faham hati seorang gadis yg lain? sy ada gadis semerah sudah. HAHA! ayat kena tukar: mane paham hati seorg adik. kahkahkah!

    ReplyDelete

♥ thanks for commenting! ♥

lovelove!

double~loves! ;D