Saturday, August 13, 2011

Mak, dah pandai masak boleh kawen kannn. Haha !

Sambil buat muka gedik cakap dengan mak macam ni mesti mak jawab 'memang dulu umur macam kakak ni dah kawen dah, nenek tu dulu umur macam kakak dah ada anak sorang, bla bla bla'. haha tu jawapan dari mak. kalau cakap dengan ayah pulak jawapannya makan dalam sikit la. kekeke. 'belajar dulu score pointer tinggi dapat kerja bagus nanti dah dapat kerja senang bla bla bla bla. haha confirm la jawapan ayah macam tu. 

Hari ni korang buka apa gadis cantik dan lelaki kacak? hari ni aku buka soto dan begedil cinta pengerat kasih sayang keluarga. cewah! aku kan memang suka makan begedil. time kerja dulu kan aku makan begedil dengan nasi pastu kawan kawan kerja semua pelik. ' boleh er makan begedil dengan nasi. ehh pelik jer. ' haa macam tu la diorang cakap. dah la time tu makan dekat tangga. rindu korang semua. T_______T ok back to title begedil tu aku yang buat tau. dari carik barang sampai ke goreng aku buat. walaupun aku tak goreng semua. hehe. proses membuat begedil start sebelum zuhor. saja buat awal biar tak kelang kabut. mak aku kalau buat kerja kelang kabut nanti tak jadi. hehe. sebelum zuhor aku dah goreng kentang dengan rebus daging. buat begedil ni aku guna kentang goreng jer yang boleh didapati di econsave terdekat dengan harga RM 5.59 kot. hehe. 

Lepas asar proses membuat begedil diteruskan dengan menumbuk kentang, lepas tu gaul kentang yang dah ditumbuk tu dengan daging, bawang goreng, dengan telur sikit. lepas dah gaul rata boleh la membentuk begedil menjadi bulat bulat. padahal tak bulat sangat pun. hehe. dah tu boleh la goreng begedil yang dah dibentuk tadi dengan telur yang dipukul sebati. akhir sekali bila dah siap boleh dimakan time panas panas kalau tak puasa. haha. sebab aku puasa kene la tunggu sampai azan maghrib. :)

Kronologi proses membuat begedil. Cewah !
Alhamdulilah, semua makan dengan gembira dan perut masing masing kenyang. mak hebat aku pun tak kurang hebat jugak. kahkahkah. untung mak dapat anak cantik pandai masak pulak tu. sejuk perut mak mengandung. haha! ni mak cik garang baca ni mahu muntah limabelas kali. haha

Ini aku punya. sikit jer aku makan kan. ;)

Farid Kamil, I pun sebaya dengan Diana Danielle lagi I dah pandai masak sekarang. Jom la kita bercinta. haha.


12 comments:

  1. mak cik garang tak pandai baca blog.kehkeh!

    ReplyDelete
  2. wau.. sok ready yer.. aku nk hntar pinangan nih.. ahahaha

    ReplyDelete
  3. embun : hahah. mak cik garang busy carik duit kawen.

    amey : aku ready. dtg bwk 10 ribu. hahah. *joke

    ReplyDelete
  4. Tiap hari tak makan berat. bagus betul.

    ReplyDelete
  5. comek: bagus kan. sbb tu i pun ringan jer youuuu. haha. ehh sahur mkn berat ape.

    ReplyDelete
  6. 50++ ringan er? haha. Bagus betul save bajet bakal husband tiap bulan kan? Eh sahur makan roti cicah air milo je dah cukup apa.

    ReplyDelete
  7. comek: 50++ tu berat wak painah mungkin.

    qaseh: bukan. begedil ni yg selalu mkn dgn soto. buat guna kentang. sedap. try la. :)

    ReplyDelete
  8. aku xpandai masak begedil..tapi aku pandai berdegil..haha

    ReplyDelete
  9. bukan photographer: cuba kau mkn begedil nti kau dah tak berdegil lagi. hahaha.

    ReplyDelete
  10. wahhh...sangat sedap..yath pun suka sangat begedil..heeee:)

    tapi tau buat dengan kentang yang direbus je...nanti nak try gune kentang goreng tu la:)

    ReplyDelete
  11. yayath: try la. lg senang tau. ehh geng la kite suka mkn begedil. hehe. :)

    ReplyDelete

♥ thanks for commenting! ♥

lovelove!

double~loves! ;D