Friday, September 30, 2011

raya lagi raya lagi!

Errr. ok fine raya dah habes. sobsob. tak puas nak raya. collect duit raya pun tak banyak tahun ni. belum puas beraya dah kene pegi daftar U. sedih jugak la. dapat raya dengan kawan kawan pun kejap jer. bila dekat sini ada jamuan raya kemain gembira lagi aku. aku rasa time jamuan raya ni jela dapat pakai cantik cantik. kekeke. pegi class jangan harap la nak pakai baju kurung heels celak bagai. memang tak sempat. sebab tu jodoh aku lambat sampai kot. 


28 sept, ada jamuan raya ala ala hai open house gitu kat fakulti aku. best dapat pakai cantik cantik tapi dapat makanan tak bape nak sedap. tapi sebab free aku telan jugak la. huhu. lepas tu dapat amek gambar dengan lelaki Singapore yang hari hari pegi class comel momel walaupun semua orang kata dia jambu. ada aku kesah. kekeke. jom la tengok gambar jer malas nak mengarut lebih lebih. ;)


Hyeee nama saya Zafira. 
saya nak kenalkan kawan kawan class saya. :)



Ni kawan paling sporting, paling sayang, paling gagah, 
paling kuat makan, paling semua la. bila aku lambat dia mesti tunggu. 
selalu sabar dengan aku. thanks Tira. ;)




 Ni kawan paling comel. suka pose comel.
 hari hari pegi class cantik cantik. pastu selalu tunggu bf dia.  


Faiz. kene paksa pose. huhu.


Comel. kikiki. ;)


Abang abang dari Singapore.





kawan kawan class. :D

ok. dah habes. ehh geram tau kat kolej ni nak connect internet pun kene berdoa dulu. =='


Sunday, September 25, 2011

Raya bersama KUAZIANS.

Hyee semua yang merindui aku. hehe. bajet macam ada orang rindu aku kan. puih.

Ok. aku dah lama tak update sejak berhijrah ke tempat baru. entah kenapa sejak akhir akhir ni tahap kemalasan aku menguasai diri. dapat pulak rumet kaki tidur kaki makan. bila tak boleh nak connect internet masing masing pun pakat tidur sama sama. hehe. tgk bilik orang lain pukul satu dua pagi terang jer lagi kan. bilik kiteorang pukul sebelas dah gelap. paling lambat pukul duabelas. setakat ni belom ada rekod lagi rumet aku yang tidur pukul dua tiga pagi. hehe. 

Ok mukadimah terpanjang sangat pulak. hehe. minggu ini kolej aku buat Minggu Interaksi dan Rumah Terbuka Aidilfitri KUAZ 2011. malam semalam kemuncak program ni. sebelum tu meh aku terangkan cewah ape itu KUAZ ape itu KUAZIANS. kekeke. bukan ape, tak la nanti orang baca terpikir pikir kan. nampak beno aku syok sendirik nanti. hehe. KUAZ tu singkatan bagi kolej kediaman aku, iaitu Kolej Ungku Aziz. kolej orang kaya duduk macam kondominium tak macam kolej lain. lalala. :p warga KUAZ pulak di sebut sebagai KUAZIANS. kurang lebih macam tu la kalau tak paham buat buat paham jela nanti aku kecik hati kang. lalala. 

Sepanjang minggu ni banyak la aktiviti kolej. aktiviti sukan nya aktiviti kebudayaan nye lagi. jadual minggu ni sangat full tak sempat nak carik jodoh. huhu. di sebabakan aku tak suka peluh melimpah di badan, aku amek keputusan masuk aktiviti kebudayaan. aku masuk dikir barat. hehe. so terkejar kejar la aku ke sana ke mari. abes class cepat cepat balik kolej nak tidur berlatih dikir barat. ni first time aku dikir barat. ok la. tukang karut pun cina so imagine sendirik jela macam mane. hehe. aku nak upload video dikir barat tapi entah kenapa tak boleh nak transfer kat laptop. nanti nanti kalau ada aku tunjuk er errr err. cehh macam ada orang nak tengok video kau noks. :p

Sampai la part malam kemuncaknya paling aku suka. sebab dapat pakai baju raya canti cantik. boleh cuci mata carik jodoh sekali. lalala. :p sepanjang dua minggu dah mula class ni dua kali jer aku pegi class pakai baju kurung. hari first kuliah dengan Jumaat lepas. hehe. aku bukan ape fakulti aku nun di atas bukit. aku kene daki bukit untuk menuntut ilmu. susah rasanya nak daki bukit pakai baju kurung kan kan kan. :D balik kepada cerita tadi. malam kemuncak ni dapat makan free. makanan pun sedap sedap. menu raya macam lemang nasi empit tu memang ada. kata pun jamuan raya kan. lagi ada laksa, sate, roti jala, ABC. ok tu jer yang aku makan malam tadi. yang lain ape entah. tak ingat. lepas makan sesi fotogediks dengan KUAZIANS. ;) jom tengok sambil pilih calon isteri. semua cantik cantik belaka. hihi. 


Ni rumet aku. dari kiri Nia, aku, Nabila, Ida. 
yang baju kurung biru tu jiran bilik. Viee nama nya. from sarawak.




Rumet paling garang. Nia. teacher to be. :)






Baju sama colour. hihi. :)


Warga KUAZIANS. 

credit pic to Fatien Ar-Rashid. ;)

Monday, September 12, 2011

First day Kuliah. :)


untuk santapan semua yang merinduiku. :)
entah kenapa aku masih terbawak bawak lagi tema colour KUAZ. 
merah. auuumm!

Hyeee si-kacak dan si-jelita. 

Hari ni aku first day pegi kuliah. kononya excited la. heheh. aku rasa aku dah bangun awal dah tapi boleh jugak tetinggal bas. berlari lari la aku dengan baju kurung ni pegi Akademi Pengajian Islam (API). tak dela jauh sangat API dari kolej kediaman aku ni tapi sempat jugak la ketiak aku becak. huhu. nasib baik la bus air cond kan. hahaha. Alhamdulilah, first class aku tak tidur siap duduk depan lagi. aku masih mengekalkan imej pelajar baik sejak masuk form 6 dulu. lalala. :p 


Pergi fak jer aku dapat jumpa orang Johor. kesian aku sampai terbawak bawak kecek kelate.heheh. masuk bilik cakap sabah bhaa, ganu kito dengan tuuu diaa orang kedah. hehehe. universal betul aku boleh paham semua loghat. hehehe. aku dah dapat matrix card. fak lain belom. kekeke. dah tu jer nak habaq. ;)


Sunday, September 11, 2011

Tamat dah orientasi !

Yeaaa orientasi dah abes. tak payah lagi nak terkejar kejar pegi amek makanan, tak payah bangun pagi pagi buta kumpul kat dewan pelita nak kiamulail, tak payah nak berebut toilet nak mandi, tak payah nak makan cepat cepat, ok semua tu tak payah. tapi serius bila dah abes orientasi aku bosan. lagi tiga hari kalau macam ni aku boleh mati kebosanan. 

Benda paling aku rindu time orientasi cuma satu jer. nak tengok muka PM barakuda. wakakaka. ehh tak tak. aku rindu nak buat cheers. aku rindu nak jerit jerit buat cheers nak tunjuk kat kolej lain betapa hebatnya KUAZ. cewahhh. sampai tak de suara aku di sebabkan cheers. sapa nak tanggung ni? hehehe. lagi best sebab nak sokong KUAZ kat padang cermin mata aku hilang. dah last day aku jalan tak nampak. haih.


Rindu nak jalan jauh jauh pegi DTC. heheh. ok tipu! sekali jer aku jalan pegi DTC sepanjang orientasi ni. sebab lepas tu aku sakit so pegi DTC aku di hantar. kekeke. DTC tu jauh ok!


kesian roommates aku semua sakit jangkit aku. =='





Friday, September 2, 2011

Beraya bersama kesayangan gegurl dan boboy !

Hyee comel hye kacak.

Alhamdulilah, dapat jugak beraya dengan kawan kawan sebelum pegi kan. :) thanks korang semua! hari ni asik gelak jer kan. entah pape jer kite gosipkan. dari gosip pelakon Kasih Alia ke gosip politik Muammar Gadaffi pastu ke kisah cinta terhanget blogger semua kita gosipkan bersama. dari yang tak paham yang blur yang tersurat yang tersirat pun di gosipkan jugek. tak ketinggalan ungkit kisah silam. heheh. lama tak jumpa kan. banyak betul yang nak diceritakan erk. :) dapat lepak sama sama makan ice cream dengan minum susu coklat dan strawbery kat port lepak kite tu. yerrr aku gembira sebelum bersedih dua hari lagi. sobsob. aku harap kat sana ada kawan macam korang ni. yang suka kawan dengan budak annoying, gedik dan mentel dalam satu pakej ni. lalala. :p aku harap lagi kita tetap kawan walaupun masing masing dah jauh. aku kat tempat baru tu nanti sorang jer. sobsob. 


Soalan : Pilih mana satu paling cantik nak buat makwe Farid Kamil.
Jawapan : yang pakai tudung warna ____________ .


Harap akan datang pun boleh manja manja macam ni dengan Suhaila.


Kesian Lukman nampak sipi sipi jer. kekeke.


Merdeka raya kononnya. heheh.


Sweet kan. wakaka.


Lelaki gagah memandu untuk kami. :)


Aku suka gambar ni tapi goyangggg pulak. siot! tangan sapa la ni.