Monday, October 31, 2011

Preety November!

Moning girl(s) and boy(s),

Hyee, pagi yang indah ini aku penuhkan masa lapang dengan membasuh baju dengan gigihnya bersama rumet. hobi kami memang basuh baju. pantang ada masa free mesti nak basuh baju. hobi lain kami ialah makan dan tido. hehe. satu bilik perangai sama. kalau time online hobi kami pilih lelaki kacak/comel. ohseeem kan kehidupan kami kat sini. hehe. macam tu la kehidupan aku kat sini. pegi class kuliah pumpangpumpang dengan kawan-kawan kat fak lepas tu balik bilik pumpangpumpang dengan rumet. ada kawan aku kat fak dia kata dia dah nak muntah dengan kehidupan baru kat sini dengan rumet yang perangai macam entah pape. tapi Alhamdulilah aku bahagia walaupun tanpa bf farid kamil dan rumet aku best. hehe!

Actually, I just want say hyeee to November. counting to 27th. ehem!

ok bye nak pegi class. ;)



Wednesday, October 19, 2011

Blind.





Hyeee. ini bukan kisah blind date.
ini kisah sorang cousemate aku yang buta.
tapi dia boleh buat kerja macam kita yang normal ni. 
namanya Faiq (lelaki) .

First, dapat satu group dengan Faiq memang aku tak bual-bual langsung.
aku takut cakap or gurau benda yang menyinggung perasaan dia nanti.
bila ketua group bahagikan kerja aku dapat sama dengan faiq. 
Alhamdulilah, sepanjang kawan dngan Faiq aku berjaya mengawal kata-kata.
Hehe.

kerja dengan Faiq sangat senang.
semua bahan yang dia dapat, dia akan email kat aku.
Faiq pun ada fb. 
terer kan Faiq. 
sebab laptop Faiq tak sama dengan laptop kita orang normal ni.

Faiq yang buta pun boleh berjaya.
so, ape alasan kita yang normal ni?
ask myself.



Sunday, October 16, 2011

wish me luck !

wish me luck, wish me luck, wish me luck!
esok first time nak presentation.
segan. takut.
semoga diri sendiri tak buat perkara yang memalukan diri sendiri. 

doakan kumpulan kami! 
;)

Sunday, October 2, 2011

Headband.

Heee malam ni tak sangka aku kreatif. buat headband pertama buatan tangan. tak kan kaki pulak. mula-mula tak tau pun benda alah ni namanya headband. pastu call gf yang jauh nun di pulau tanya nama saintifik benda alah ni ape. hehe. pastu search kat youtube cara nak buatnya. tapi loading lambat sangat. tak sabar aku nak tunggu. akhirnya berbekalkan kreativiti yang ada aku buat jer sendiri ikut kata hati yang di gabungkan dengan akal dan otak. hehe. then jadi la headband pertama. bangga!


muka oily gile boleh buat goreng nugert. 


Lawatan sambil makan.

Hari ni dengan penuh semangatnya aku bangun pagi err walaupun pukul 9 dikira pagi lagi kan aku basuh baju, sapu bilik, kemas loker. sampai rumet aku gelakkan bila tengok keadaan loker aku pastu dia tolong kemas sekali. baik tau rumet aku. lepas dah kemas-kemas tu pikir-pikir nak makan ape. hari-hari makan dekat cafe kolej ni bosan tau. hari-hari pun makan mamak masak, makan nasi goreng medan, nasi goreng indonesia lepas tu rotate ar menu yang sama sampai nak muntah-muntah aku makan. rindu nak makan ikan bilis goreng campur bawang pastu taruk air asam. mak selalu masak ni bila tak ada idea nak masak ape. rindu roti gulung sardin mak, rindu tomyam mak masak. semua ar rindu. rindu tau. lantak ar nak cakap aku homesick ke tak independent ke gedik ke. biarrrr ar. sapa jer tak rindu air tangan mak sendiri kan. 

Pikir punya pikir kite orang lebih tepat aku yang pilih hihi pun amek keputusan nak makan kat kolej lain. kolej yang dipilih ialah kolej 4 atau  nama panjangnya Kolej Bestari yang jauh nun di sana. semangat tau nak makan punya pasal. aku dengan rumet pegi naik teksi sampai library utama. di sebabkan salah faham kite orang berhenti kat library. ==' berbekalkan tenaga tak seberapa jalan kaki pegi kolej tu. sobsob. rupa rupanya kolej tu jauh. sempat becak jugak la ketiak ni. pastu naik bukit lagi kolej tu.  gigih betul budak-budak kolej sana jalan kaki pegi fak. rumet kata kawan dia dari kolej 4 pegi fak Sains jalan jer. pehh gigih. kite orang ni kalau tak ada bus naik teksi. tak sanggup nak jalan. kawan kerja aku kata dia bukak kedai kat cafe kolej 4. aku tak tau la dia gurau ke dia tipu ke atau aku yang tak tau mana satu kedai dia kan. bila datang makanan tak de. kecewa. dah la kolej jauh perut pulak dah kuarkan irama dangdut. sobsobsobsob. T.T


Muka lapa!

Baru gembira dapat makan! :D


Nasib baik aku pegi berdua dengan rumet Nabila. kalau rumet Nia ikut sekali mau dia marah bebel-bebel sebab jalan jauh. hehe. last, aku dengan rumet pegi makan dekat mid. kekeke. sampai sampai mata terus carik kedai nak mencekek. kali ni tempat makan dipilih oleh rumet Nabila. rumet pilih nak makan kat Noodle Station. lepas makan konon nak terus balik tapi hampeh. hehe. esok pegi class boleh pakai seluar baru. ehem! 

Rumet pun gembira dapat makan! :D