Sunday, October 2, 2011

Lawatan sambil makan.

Hari ni dengan penuh semangatnya aku bangun pagi err walaupun pukul 9 dikira pagi lagi kan aku basuh baju, sapu bilik, kemas loker. sampai rumet aku gelakkan bila tengok keadaan loker aku pastu dia tolong kemas sekali. baik tau rumet aku. lepas dah kemas-kemas tu pikir-pikir nak makan ape. hari-hari makan dekat cafe kolej ni bosan tau. hari-hari pun makan mamak masak, makan nasi goreng medan, nasi goreng indonesia lepas tu rotate ar menu yang sama sampai nak muntah-muntah aku makan. rindu nak makan ikan bilis goreng campur bawang pastu taruk air asam. mak selalu masak ni bila tak ada idea nak masak ape. rindu roti gulung sardin mak, rindu tomyam mak masak. semua ar rindu. rindu tau. lantak ar nak cakap aku homesick ke tak independent ke gedik ke. biarrrr ar. sapa jer tak rindu air tangan mak sendiri kan. 

Pikir punya pikir kite orang lebih tepat aku yang pilih hihi pun amek keputusan nak makan kat kolej lain. kolej yang dipilih ialah kolej 4 atau  nama panjangnya Kolej Bestari yang jauh nun di sana. semangat tau nak makan punya pasal. aku dengan rumet pegi naik teksi sampai library utama. di sebabkan salah faham kite orang berhenti kat library. ==' berbekalkan tenaga tak seberapa jalan kaki pegi kolej tu. sobsob. rupa rupanya kolej tu jauh. sempat becak jugak la ketiak ni. pastu naik bukit lagi kolej tu.  gigih betul budak-budak kolej sana jalan kaki pegi fak. rumet kata kawan dia dari kolej 4 pegi fak Sains jalan jer. pehh gigih. kite orang ni kalau tak ada bus naik teksi. tak sanggup nak jalan. kawan kerja aku kata dia bukak kedai kat cafe kolej 4. aku tak tau la dia gurau ke dia tipu ke atau aku yang tak tau mana satu kedai dia kan. bila datang makanan tak de. kecewa. dah la kolej jauh perut pulak dah kuarkan irama dangdut. sobsobsobsob. T.T


Muka lapa!

Baru gembira dapat makan! :D


Nasib baik aku pegi berdua dengan rumet Nabila. kalau rumet Nia ikut sekali mau dia marah bebel-bebel sebab jalan jauh. hehe. last, aku dengan rumet pegi makan dekat mid. kekeke. sampai sampai mata terus carik kedai nak mencekek. kali ni tempat makan dipilih oleh rumet Nabila. rumet pilih nak makan kat Noodle Station. lepas makan konon nak terus balik tapi hampeh. hehe. esok pegi class boleh pakai seluar baru. ehem! 

Rumet pun gembira dapat makan! :D



3 comments:

  1. eh samelaa.. kite pon kemas2 bilik tadi.. hehe..

    point utama: lapar tengok makanan kamu!! :(

    ReplyDelete
  2. kamilah antara orang-orang yang gigih jalan kaki hari-hari nak tunggu bas pergi API..hehe

    kenapa tak bagitahu nak datang kk4?kalau tahu,boleh disambut tau..hahaha

    ReplyDelete
  3. didi: hihi. boleh di jadikan hobi tau kemas bilik ni. :) ehh lapa err. jom makan. ;)

    nad:alala bila nak date sama ni? hihi. aritu terajin pulak nk pegi sane. hehe.

    ReplyDelete

♥ thanks for commenting! ♥

lovelove!

double~loves! ;D