Monday, November 28, 2011

Heyy i'm 20 years old and i'm still preety!

HAHA. Maka ramai lah insan-insan yang akan muntah bila baca title entry kali ni. :p

Hyee semua. saya sudah 20 tahun dan saya dah matang. haha. pada hal kawan-kawan yang lain dah sebok nak masuk 21 tahun kan. tak pela saya ni muda. kahkahkah!

Terima kasih awak semua yang wish birthday saya. tak kesah la via msg/call/fb/blackberry/samsung galaxy blablablabla. sungguh saya tak kesah awak semua wish via ape sekali pun. asal kan tak via vavi dah la. ehh. hihi. :p tapi di sebabkan kemudahan teknologi tahun ni tak ramai yang nak call/msg tepat jam 12 malam. lagi tunggu aku call ada lalalala kan. :p mentang-mentang aku dapat free call. haha. 

Alhamdulilah, tahun ni birthday aku jatuh pada hari Maal Hijrah. di sebabkan dapat cuti sampai isnin dapat la aku balik rumah. kikiki. dan dan sempena birthday aku jugak ramai orang buat kenduri kawen kankankankan. one of them ialah jiran aku dan school mate aku. pehh muda-muda dah kawen. hehe. 

Lastly, untuk korang insan-insan yang aku baru kenal tak sampai setahun, korang buat aku terharu la di musim mengawan ni banjir ni. ehh. pada birthday aku.

Tira, 
thanks untuk pelok cium nyanyi kan lagu birthday sebelum aku balik Johor hari tu. terharu sangat. thanks jugak sebab selalu kenyangkan perut aku. bawak aku pegi makan sedap-sedap. time kat class bila aku lapar bukak beg kau sure ada makanan. hihi. kau selalu back up aku bila kene buli dengan lelaki(s) mulut longkang tu kan. hehe. dan dan dan yang paling best kau selalu layan hobi gila aku suka tengok lelaki kacak. kahkahkah! aku doakan kereta wira kau akan selalu gagah jangan rosak-rosak lagi. nanti aku kene pegi class naik bus. dah kene siap awal-awal. tak suka. lalala. :p



Nia, Ida, Bell (rumet)
ehh korang jahat kan. dah la tak wish birthday aku. lepas tu aku balik boleh pegi shoping kat mid tau la tengah sale kan. sedih tau. pehh pehh sentap sekejap. hehe. tapi tapi tapi aku tak sangka korang sweet jugak. kekeke. thanks er untuk surprise tadi untuk cake tadi untuk jajan mameeeee monster tuuu semua la. hehe. thanks selalu layan aku bebel, layan aku cite mengarut, layan aku cerita pasal lelaki kacak hari-hari yang aku jumpa. haha!




Ok. abaikan bilik kami yang sepah. =='
ni jela pic yang mampu di tayangkan.
al-maklum pakaian dalam bilik kan. kekeke.

Playboy sejati,
first untuk sufy. aku tak sangka dalam longkang-longkang mulut kau ni masih ada sifat mulia rupa nya. haha. thanks untuk jadi orang pertama bagi aku hadiah untuk tahun ni. dan untuk daus, aku masih tunggu hadiah special dari kau. haha. kau pun antara insan-insan yang selalu kenyang kan perut aku, teman aku jalan, teman aku pegi lib. tapi pasni tak nak ah jalan dengan kau lagi nanti aku tak kene ngurat. haha. lastly, semoga korang bertemu jodoh dengan doctor. kahkahkah. :p



Korang jela insan-insan yang paling aku rapat kat sini. yang boleh terima aku seadanya. yang boleh terima gurauan kasar aku.yang paling utama korang ni jela yang suka layan aku punya hobi yang sangat mengarut tu. hahaha. dan sempena umur aku 20 tahun ni aku masuk kan korang dalam list insan yang aku sayang. sila terharu. haha. dan kawan-kawan lama dan kekasih awal tak jumpa akhir, korang masih di hati aku. masih di rangking teratas. :)



kalau ada award wish paling kreatif aku nak bagi kat kau yg lukiskan untuk aku pic princess. cewah. :D


Saturday, November 5, 2011

Kisah LRT.

Pada suatu petang yang mendung seorang gadis bernama Rara akan pulang ke Johor. Rara seorang pelajar di salah satu Universiti terkemuka di salah satu negara maju. Seperti orang lain Rara pun excited nak balik rumah. Tambahan lagi Rara sudah lama tidak pulang kerana menjaga hati kawan-kawanya yang jauh diperantaun. Adik beradik Rara juga sudah berkumpul di rumah. Petang itu seperti yang dijanjikan jam 5 Rara dan kawan-kawan Fak-nya akan bertolak sama-sama dari hentian bas library ke LRT U. Rara pun turun tangga blok menuju perhentian bas kolej 11. Satu panggilan telefon masuk.

Abu : kau kat mane?

Rara : aku tgh tngu bus la. 

Abu : kiteorg dah nak naik teksi pegi TBS terus.

Rara : alaa tngu la aku. kata nak pegi sama-sama. eka janah blablablabla . . .

Abu : a'ar kiteorg dr kolej nak g terus. jumpa kat sana er?

Rara : dah pegi ar korang. aku pegi sendirik jer nti.

Abu : kau marah er? 

Rara : marah ar. janji lain. tau la kolej aku jauh tunggu kejap pun tak boleh. talian dimatikan. 

Satu msg masuk: 

Aku tunggu kau kat TBS. tak de pape la. kau jgn takut.

Rara teringat kejadian di KTM dimana dia dan rumetnya diperhatikan oleh warga asing. Walaupun Rara selalu belagak cool hakikatnya dia seorang yang kelang kabut. Rara teruskan perjalanan ke hentian bas library. Sambil dalam hati Rara berdoa ada lelaki kacak mahu tumpangkan dia ke LRT U. Macam dalam kisah novel bila seorang gadis dalam kesusahan mesti ada lelaki kacak datang. Drama swasta pun macam tu jugak jalan ceritanya. Tapi hampa tiada sebuah kereta Honda City pun yang berhenti melainkan teksi. Rara redha. Perjalanan diteruskan. Dari stesen LRT U Rara pergi ke stesen Masjid Jamek. Ada satu kesukaan Rara naik LRT ialah dapat cuci mata melihat keindahan ciptaan Tuhan. Oh ramai nya lelaki kacak naik LRT anda tahu? Tapi untuk petang itu untuk pertama kalinya Rara tidak menumpukan perhatian terhadap kesukaanya itu. Lelaki kacak yang berada dalam LRT ketika itu hanya seperti tiang bagi Rara. Otak Rara memberi fokus sepenuhnya dalam perjaanan ke Masjid Jamek.

stesen berikutnya Masjid Jamek.

Rara keluar dari LRT. Disini kemuncak kecelaruan dalam otak Rara. nak pegi TBS guna laluan mane? Ampang ke Seri Petaling? Mana satu laluan yang nanti kene tuka stesen lagi? Mana? Mana? Mana? Disebabkan tahap cerapan otak Rara rendah ditambah pulak tahap kelaparan yang agak tinggi, Rara tidak dapat berfikir dengan matang. Lantas Rara mengikut kata hati dan langkah kakinya sambil dalam hati berdoa YaAllah harap-harap betul. Train sudah bergerak. Jam menunjukkan sudah ke angka 6 petang waktu negara tersebut. Dalam waktu sebegitu memang biasanya train penuh dan peratus untuk dapat tempat duduk sememangnya tipis. Oleh itu, tidak hairanlah sepanjang perjalanan itu Rara terpaksa mengagahkan diri berdiri. Dari satu stesen ke satu stesen semakin ramai manusia di dalam train itu. Semakin terpaksa berhempit. Sehingga lah satu suara bertanya,

Lelaki : train ni laluan ampang ke sri petaling?

Rara : haa. arr tak tau la saya main masuk jer td. toleh belakang. kak train ni laluan mana?

Kakak : sri petaling.

Rara : arr nak pegi TBS straight je er? 

Kakak : a'ar. senyum.

Lelaki : kalau naik ampang kene tukar stesen lagi.

Rara : Ooo. saya tak tau. senyum.

Lelaki : nak pegi TBS jugak er? balik Johor?

Perbualan diteruskan. Dalam hati Rara lega sebab naik laluan yang betul dan tak perlu tukar stesen. Dan lelaki itu. YaAllah kalau dia jodoh aku pertemukan lah kami lagi. 

stesen berikutnya bandar tasik selatan.

Dalam ribuan manusia lelaki itu hilang. Perjalanan diteruskan. Dengan tahap kelaparan dan kepenatan yang tinggi langkah kaki masih diteruskan hingga ada yang menyapa. 

Suara : hyee jumpa lagi. jom makan.

Rara : senyum. awak kan belum beli ticket pegi la beli dulu.

Suara : takut tcket habis la.

Rara : kalau ada rezeki mesti ada cuma cepat lambat jela balik nye. hehe.

Suara : hehe. harap-harap ada kan.

Ada hikmah dalam setiap yang berlaku. Rara ditinggalkan oleh kawan-kawan Fak-nya tapi Allah kirimkan manusia yang baik untuk menemaninya. Di TBS juga Rara jumpa kawan sekolah lamanya iaitu Hery dan Zai. Berbanding cerita sedih Rara kene tinggal dengan kawan, Hery dan Zai punya cerita yang lebih sedih. Mereka dari Universiti Cikgu di salah satu negeri berhampiran Universiti negeri Rara belajar. Akibat kehabisan ticket bus Hery dan Zai tak de ticket bus nak balik ke Johor. Lantas mereka terpaksa naik bus dari TBS. 

Semoga berjumpa lagi.


nama saya nun wau ra zo alif fa ya ra alif. ;)