Saturday, November 5, 2011

Kisah LRT.

Pada suatu petang yang mendung seorang gadis bernama Rara akan pulang ke Johor. Rara seorang pelajar di salah satu Universiti terkemuka di salah satu negara maju. Seperti orang lain Rara pun excited nak balik rumah. Tambahan lagi Rara sudah lama tidak pulang kerana menjaga hati kawan-kawanya yang jauh diperantaun. Adik beradik Rara juga sudah berkumpul di rumah. Petang itu seperti yang dijanjikan jam 5 Rara dan kawan-kawan Fak-nya akan bertolak sama-sama dari hentian bas library ke LRT U. Rara pun turun tangga blok menuju perhentian bas kolej 11. Satu panggilan telefon masuk.

Abu : kau kat mane?

Rara : aku tgh tngu bus la. 

Abu : kiteorg dah nak naik teksi pegi TBS terus.

Rara : alaa tngu la aku. kata nak pegi sama-sama. eka janah blablablabla . . .

Abu : a'ar kiteorg dr kolej nak g terus. jumpa kat sana er?

Rara : dah pegi ar korang. aku pegi sendirik jer nti.

Abu : kau marah er? 

Rara : marah ar. janji lain. tau la kolej aku jauh tunggu kejap pun tak boleh. talian dimatikan. 

Satu msg masuk: 

Aku tunggu kau kat TBS. tak de pape la. kau jgn takut.

Rara teringat kejadian di KTM dimana dia dan rumetnya diperhatikan oleh warga asing. Walaupun Rara selalu belagak cool hakikatnya dia seorang yang kelang kabut. Rara teruskan perjalanan ke hentian bas library. Sambil dalam hati Rara berdoa ada lelaki kacak mahu tumpangkan dia ke LRT U. Macam dalam kisah novel bila seorang gadis dalam kesusahan mesti ada lelaki kacak datang. Drama swasta pun macam tu jugak jalan ceritanya. Tapi hampa tiada sebuah kereta Honda City pun yang berhenti melainkan teksi. Rara redha. Perjalanan diteruskan. Dari stesen LRT U Rara pergi ke stesen Masjid Jamek. Ada satu kesukaan Rara naik LRT ialah dapat cuci mata melihat keindahan ciptaan Tuhan. Oh ramai nya lelaki kacak naik LRT anda tahu? Tapi untuk petang itu untuk pertama kalinya Rara tidak menumpukan perhatian terhadap kesukaanya itu. Lelaki kacak yang berada dalam LRT ketika itu hanya seperti tiang bagi Rara. Otak Rara memberi fokus sepenuhnya dalam perjaanan ke Masjid Jamek.

stesen berikutnya Masjid Jamek.

Rara keluar dari LRT. Disini kemuncak kecelaruan dalam otak Rara. nak pegi TBS guna laluan mane? Ampang ke Seri Petaling? Mana satu laluan yang nanti kene tuka stesen lagi? Mana? Mana? Mana? Disebabkan tahap cerapan otak Rara rendah ditambah pulak tahap kelaparan yang agak tinggi, Rara tidak dapat berfikir dengan matang. Lantas Rara mengikut kata hati dan langkah kakinya sambil dalam hati berdoa YaAllah harap-harap betul. Train sudah bergerak. Jam menunjukkan sudah ke angka 6 petang waktu negara tersebut. Dalam waktu sebegitu memang biasanya train penuh dan peratus untuk dapat tempat duduk sememangnya tipis. Oleh itu, tidak hairanlah sepanjang perjalanan itu Rara terpaksa mengagahkan diri berdiri. Dari satu stesen ke satu stesen semakin ramai manusia di dalam train itu. Semakin terpaksa berhempit. Sehingga lah satu suara bertanya,

Lelaki : train ni laluan ampang ke sri petaling?

Rara : haa. arr tak tau la saya main masuk jer td. toleh belakang. kak train ni laluan mana?

Kakak : sri petaling.

Rara : arr nak pegi TBS straight je er? 

Kakak : a'ar. senyum.

Lelaki : kalau naik ampang kene tukar stesen lagi.

Rara : Ooo. saya tak tau. senyum.

Lelaki : nak pegi TBS jugak er? balik Johor?

Perbualan diteruskan. Dalam hati Rara lega sebab naik laluan yang betul dan tak perlu tukar stesen. Dan lelaki itu. YaAllah kalau dia jodoh aku pertemukan lah kami lagi. 

stesen berikutnya bandar tasik selatan.

Dalam ribuan manusia lelaki itu hilang. Perjalanan diteruskan. Dengan tahap kelaparan dan kepenatan yang tinggi langkah kaki masih diteruskan hingga ada yang menyapa. 

Suara : hyee jumpa lagi. jom makan.

Rara : senyum. awak kan belum beli ticket pegi la beli dulu.

Suara : takut tcket habis la.

Rara : kalau ada rezeki mesti ada cuma cepat lambat jela balik nye. hehe.

Suara : hehe. harap-harap ada kan.

Ada hikmah dalam setiap yang berlaku. Rara ditinggalkan oleh kawan-kawan Fak-nya tapi Allah kirimkan manusia yang baik untuk menemaninya. Di TBS juga Rara jumpa kawan sekolah lamanya iaitu Hery dan Zai. Berbanding cerita sedih Rara kene tinggal dengan kawan, Hery dan Zai punya cerita yang lebih sedih. Mereka dari Universiti Cikgu di salah satu negeri berhampiran Universiti negeri Rara belajar. Akibat kehabisan ticket bus Hery dan Zai tak de ticket bus nak balik ke Johor. Lantas mereka terpaksa naik bus dari TBS. 

Semoga berjumpa lagi.


nama saya nun wau ra zo alif fa ya ra alif. ;)


7 comments:

  1. KITA xpernah tahu hikmah di sebalik pe yang tuhan rencanakan untuk kita kan

    ReplyDelete
  2. yup. kita selalu mengeluh jer. :)

    ReplyDelete
  3. cerpen pendek ke yot? best neh. hehehe. :D

    ReplyDelete
  4. best ye citer... n yups, sentiasa ade hikmah di balik kejadian kan? <3

    ReplyDelete
  5. hihi. cite nth pape jer ni. btw thanks. :)

    ReplyDelete

♥ thanks for commenting! ♥

lovelove!

double~loves! ;D