Wednesday, December 5, 2012

21 Tahun : Manusia Awesome Part II

As-salammualaikum,
Pagi-pagi-pagi dunia.

Hari ni class lambat kite bangun pagi-pagi tengok Adan dan Hawa la besttt kan. hehe. Time ni la line wifi kat Universiti Mahal ni laju kalau time lain *geleng kepala*. Jangankan kata nak tengok Adam dan Hawa nak bukak FB pun tak mampu. Ehh mampu cuma kene berusaha berlipat kali ganda. Nasib baik dapat la line yang superb nasib tak baik dapat lain macam palat. grrrr.

Ehh kite masih dalam mood birthday, so princess tak leh marah-marah. *hulur baldi*. 1 Disember sekali lagi kite dikejutkan makanya kite pun terkejut sekali lagi. Hehehe. Plan pada hari Sabtu ialah nak pegi berfoya-foya sekalinya ada class ganti Ko-k la pulak. Haiyoyoyoyo ama apa. Apa mau bikin terpaksa juga tangguhkan niat nak berfoya-foya. Balik dari class Ko-k mandi-mandi, tido-tido, *nampak tido tu wajib* kemas-kemas, jam 3 menuju jam 4 E selaku driver bertauliah datang amek princess dia. Hehe. Macam biasa pertemuan dimulakan dengan bebelan sebab E tak pernah gagal datang amek kite dengan kadar kelambatan yang sangat boleh menimbulkan api membara.grrr. Dengan alasan jalan jem yang tak leh diberi muka bebelan harus diteruskan sehingga mulut sendirik penat. haiih. 

Pum pang pum pang nak dekat jam 6 jugak sampai Times Square (TS). Dengan jalam jem sebab hari kejadian hujan dengan nak carik parking sampai tingkat 8. Sampai jer TS kite dah bebel lapar nak pegi makan terus tapi E nak buat spek pulak. Tak pe masih boleh bersabar kite ikutkan jer. :p Pusing-pusing TS dari satu kedai ke satu kedai tengok baju cantik-cantik lagi murah semurah RM10 makanya berkeping-keping wang kertas telah dibazirkan. *gagal kawal nafsu* Dah la time tu ada sale lagi memang silap la keluar hari tu. ishh ishhh ishhh *geleng kepala*.

Then kemuncaknya bila kite dah bebel lapa sangat. Destinasi yang dituju ialah KFC. Semua kedai makan penuh, KFC pun penuh punya la kene tunggu dekat luar dulu nak carik tempat. Pehhh mencabar jugak nak makan KFC jer pun. Kalau kat Yong Peng tak de pun kene tunggu-tunggu. Kekeke. Dapat tempat duduk, tunggu punya tunggu, bebel punya bebel suruh E pegi order makanan dia boleh buat lakar-lakar pulak. haihh. Surpriseeeee tibe-tibe my lovely rumet bell dengan nia datang. Ingatkan diorang memang jalan kat TS. Rupa-rupanya diorg datang sebab nak celebrate birthday sekali. Hehehe. Siap bawak cake. Thanks korang *peluk cium*. Pandai diorang plan er. Ingat kan just nak celebrate dengan E jer. Sebelum tu, masa pegi class Ko-k, tibe-tibe nia msg kata dia taruk kunci kat kasut. Diorang tak penah keluar secara tibe-tibe so memang pelik tapi sedapkan hati sendirik. Yela meb sebab kite nak keluar gak petang tu. Tak sangka E dengan rumet plan nak celebrate together. Hihihi. Yela kan dah masuk bulan Disember lagi masa birthday kite E masih dekat Kulim busy dengan final exam sampai lewat setengah jam wish birthday. Terharunya diorang still nak celebrate walaupun lambat. *peluk cium semua*

Bagi kite tarikh lahir tu sangat penting dan bermakna. Kite sangat terharu dengan semua orang yang wish. Tak kesah la diorang tau sebab bukak FB tengok 'Zafira Zaki's birthday is today'. Semua kawan-kawan yang wish kite hargai. Kawan-kawan lama yang wish, masih ingat lagi kat kite. Walaupun tak rapat mana kan. *senyum*. Kawan yang rapat, kawan belajar sama-sama dari darjah 1 sampai sekarang. Thanks sangat ingat dan wish birthday kite. One of them is Piki. Kawan yang masa darjah satu sikat rambut belah kiri sekarang dah jadi retis kat Uitm. Heheh. Pika yang setiap tahun asik wish terawal dan terlamat. Hehehe. Sampai sekarang masih ada lagi yang wish birthday. Jumpa kawan kolej time tunggu bus semua wish 'Happy belated birthday Fira'. Tak pe lambat pun, kite hargai semua yang ingat birthday kite. Kite rasa kewujudan kite diterima. Walaupun kawan tu kejap jer or baru kenal rasanya tu labih bermakna dari kawan bertahun-tahun tapi tak memberi kesan ape-ape pada sebuah persahabatan tu. *senyum*.


Happy Birthday Myself. :)


Again, from my rumet. Thanks dear. 

Akhir sekali, buat senior law abg Amey a.k.a Tomok a.k.a Noh Hujan, terima kasih untuk nyayian. Kan dah kata boleh masuk Mentor. Hehehe. To Amey, ingat nak upload video tu tapi tak leh pulak. Haiyooo. 


Ok dah nak pegi class.

xoxo,
Princess Zafira. 





Friday, November 30, 2012

21 Tahun : Tuhan hantarkan aku insan-insan yang awesome!

Pagi-pagi-pagi dunia. :)

Jam dah menunjukkan detik 12 tengah malam. so sayyy hyee to December, bye-byee November. hihi. Hari ni genap umur aku 21 tahun empat hari. yeaaa. Tanggal 27 November 1991 lahirnya bayi perempuan yang comel dan kini dia telah membesar dengan jayanya menjadi gadis cantik dan bijak 101% mewarisi kecantikan, kekacakan, kepintaran, kebaikan dan semua yang baik-baik daripada bonda dan Encik bos. Kalau part yang jahat semua dia belajar sendirik. kehkehkeh. Lahir ke dunia dengan diberi nama Nur Zafira yang membawa makna Cahaya Kejayaan, sentiasa mendapatkan apa yang diingini. Bonda dan Encik bos sememangnya berharap aku membesar dengan penuh kejayaan. Walaupun masa zaman kanak-kanak tak berapa nampak kejayaan aku tu. hehe.

Tahun ni aku jumpa dengan manusia-manusia yang sangat baik. Sangat-sangat-sangat baik! Sejak aku masuk Univesiti Mahal ni, aku ingat rumet aku jela yang baik. Yela kan duduk dekat kota metropolitan kononnya. Kononnya kata orang kat kota ni semua orang jahat dan suka amek kesempatan ternyata ada lagi manusia yang baik. Masya Allah baik nya Allah dengan aku, Dia hantarkan insan-insan yang baik buat teman aku. Birthday tahun ni aku gembira sangat-sangat-sangat. Biasanya aku memang suka buat perangai annoying princess 24/7 kat class. Tapi sebanyak mane aku buat annoying pun masih ramai yang sayang tu yang peliknya. kahkah. Seminggu sebelum birthday, aku dah sebok dok ingatkan kawan-kawan kat class dan rumet yang tersayang. Bila ingat kan diorang nanti mula la semua buat muka tak tau, lagi ada dialog 'soooo?' ok aku pun sentap esok buat lagi perangai. hahaha.

Tahun lepas aku celebrate dengan rumet jer secara kecil-kecilan tapi sangat terharu. *peluk cium rumet*. Tahun ni aku celebrate dengan kawan-kawan kat fat. Ini kategori kawan terbaik aku kat fak. Kawan buat asaimen sama-sama, kawan tolong sign kan kedatangan, kawan teman makan, kawan sentap lepas tu pujuk-pujuk, haaa ni lah kawannya. Malam 26 November, jam 8.30 malam janji Melayu aku diambil khas oleh Azizul selaku driver tetap sepanjang aku dekat Universiti Mahal ni. Mulanya diorang kata cuma nak makan-makan, so aku pun pakai la baju santai jer, ingatkan makan kat warung mamak tepi jalan. Then, lepas amek aku, driver teruskan perjalanan dengan pungut sponser-sponser besar pada malam itu. Last sekali amek Tira my bff. Kira malam tu aku dengan Tira jela perempuan sebab Jannah tak sihat tak dapat join. sobsob.


Malam tu kite orang pegi Mid Valley, tempat paling dekat dengan Universiti Mahal. Sebab aku nak beli barang, Azizul nak tukar duit Brunei ke Malaysia kite orang berpecah. Aku, Eddy dan Tira carik barang. Azizul dengan Apis pegi tukar duit. Then Eddy kata Azizul suruh tunggu dia dekat Restoren Chilis. Aku yang memang dah lapar biasa la jalan sambil bebel-bebel kata lapa lapa lapa lapa dan tangan tak berhenti dok call Azizul dengan Apis tapi masing-masing tak nak jawab rasa macam nak lempang. grrrr. Tibe-tibe jam 10.30 malam Azizul dengan Apis bawak cake sambil nyanyi lagu birthday. Aku macam blur kejap sambil tengok jam 'wei kan lom kol 12 lg. hehe'. Aku rasa sangat sengal gile boleh keluarkan dialog macam tu. kahkah.


video


video



Thanks semuaaaa. kad yang pink tu rumet buat. thanks nia dan bell. 
sayaaaaaang korang semua!


This is Tira. thanks bagi macaroon. sayaaaaang kau!

Esok pagi pegi class kawan-kawan kat class dengan lect semua nyanyi kan lagu birthday. Mana tak terharunyaaa kan. Kan aku dah kata tahun ni jumpa insan-insan yang sangat baik. *peluk semua*. Insan seterusnya yang baik ialah Zaime. Kawan susah senang gelak tawa gosip bersama. Kawan yang sweet talker. Kalau susah hati call la Zaimie bila-bila masa pun dia layan. Insan yang tak penah lupa nak wish birthday aku sepanjang kami berkawan kan. Dia kawan mukabuku aku nasib baik tak terjebak ke cinta mukabuku. wakakaka. Malam birthday tu Zaimie call aku menggunakan no yang tidak diketahui sambil membacakan puisi indah secara live. Aku terharu gileeeee sambil feeling lebih-lebih ni kalau tak de kak Diana mau dah jadi boipren aku. hahaha. 


Tulisan buruk tak pe. hahah.
Sayaaaang Zaimie@Comek.

Dalam mentari ada sinar. 
Dalam rambulan ada samar. 
Dalam angan ada impi. 
Dalam jaga ada realiti.

Selamat dipanjangkan usia di bumi.

Moga sinar mentari menerangi hari hari mu.
Moga samar rambulan menenangkan hatimu yang satu.
Moga apa yang kau impi dalam angan terus merapati.
Moga realiti yang hadir dalam jaga wujudkan senyuman di wajah.

Aku masih ada, sebagai tempat untuk kau bersandar.
Aku masih ada, sebagai tempat untuk kau bercanda.
Aku masih ada, sebagai tempat untuk kau bergembira.

Hamburkan tawa.
Lemparkan senyum ceria.
Selamat Ulang Tahun Kelahiran, ciptaan manis yang terindah.


Ini hasil nukilan Zaimie yang tak bertajuk. Zaimie dah berpunya so jangan sapa-sapa cuba ngurat dia. hehe.
Untuk Zaimie, harap kita boleh kawan sampai bila-bila. Tetima kasih untuk semua yang indah-indah ini. Terima kasih gak sebab selalu susah payah untuk kawan yang tak pandai English ni. Dulu masa sem 1 dan 2 Zaimie ni la yang tolong aku buat esei English. Sweet nye dapat kawan macam kau. heheh. 

Untuk rumet, nia dan bell malas nak cakap panjang-panjang korang memang yang terbaik. Tak dinafikan. Untuk adik tersayang Abiq, thanks untuk hadiah jam tu. Sebok-sebok SPM pun masih sempat belikan kakaknya yang baik hati ni hadiah. ehehe. Untuk Rain, kawan yang selalu bawak makanan dari Terengganu untuk aku, thanks untuk double hadiah. Akhir kata dari princess Zafira, terima kasih utntuk semua yang menggembirakan diri ini. 

With love, 
Princess Zafira. 


Thursday, November 22, 2012

Here Bandung Story!

Hyee semua. As-salamualaikum dan selamat pagi.

Hari ni aku bangun pagi-pagi betul akibat kepenatan semalam handle Hari Interaksi Hati kat fak. dah nak abes sem pun fak aku nak jugek buat hari interaksi dengan junior. haihh. ahh cerita junior ni cerita nanti la. gambar pun tak dapat lagi ni. tapi semalam bestttt la. junior spoeting habessss! kelas kau jahhhh! 

Aku ni al-naklum laa duduk kat hostel line wifi pun macam segan-segan jer nak connect kat laptop ni. kesian nak beli broadband tak mampu booo. -,- dahh tu cerita dah basi baru nak cerita sekarang. kahkah.

Sebenarnya, plan nak pegi holiday kat Bandung ni dah lama plan dari tahun lepas lagi. ni trip Hari Keluarga sekolah pak su aku, tapi family dari sebelah ayah ramai yang ikut gak. aku memang nak ikut sesangat. lagi-lagi tarikh pegi nya bulan November memang sesuai la sangat dengan besday akuuuu. haha. bodek punya bodek ayahanda dan bonda bersetuju sponser penerbangan aku dengan along pegi Bandung. along kira penjaga aku laa. yeaaa ini dikira sebagai hadiah besday paling awesome! :D

Trip pegi Bandung selama 4 hari 3 malam, dari 12 hingga 15 November. flight kami bertolak dari KLIA jam 12 waktu Malaysia sampai Jakarta jam 1.14 waktu Indonesia. dekat Indonesia waktunya lewat satu jam dari Malaysia. dekat sana zuhor jam 11, asar jam 3, magrib jam 5, isyak jam 7 lebih kurang macam tu la waktu sembahyang dekat sana. sepanjang dekat sana aku sembahyang secara jamak. 

Ada sikit tips yang aku nak bagi sebelum pegi trip yang jauh-jauh ni. pertama, pemilihan kasut. ini sangat penting. aku ingat just pakai kasut bertutup jer dah ok tapi sebenarnya tidak. aku pakai kasut bertutup yang flip then aku sakit pinggang. sepatutnya kita pakai sport shoes tu sebab sport shoes dapat menambung poster badan kita semasa berjalan. kedua, jangan bawak baju banyak-banyak. ini disebabkan nanti dekat sana kita akan shoping banyak bajuuuuu! lagi-lagi tempat yang kita nak pegi tu mata wangnya lebih rendah dari mata wang negara kita. bila bawak banyak baju nanti beg tak muat, dengan nak isi segala macam yang kita dah shoping tuuu lagi kan. kahkah. ketiga, jangan janji nak belikan barang orang. aku tak tau ni kira tips ke ape. sebab sepanjang aku pegi Bandung, aku penat belikan barang yang orang pesan jer. aku ni kalau orang dah mintak tolong beli then bagi duit sedaya upaya aku carik. ini menyusahkan diri sendiri sebab nanti kita tak puas nak cari barang untuk diri sendiri. sebab tu aku pegi sana tak sempat nak beli untuk kawan-kawan. so sooooory. -,- nak pegiiiii Bandung lagiiiii! 

Sampai jer kat Jakarta kami makan tengahari then terus pegi Bandung. kira hari pertama dan keempat kat Jakarta, hari kedua dan ketiga kat Bandung. makanan kat sana semuaaaa sedap. lebih kurang dengan makanan kat Malaysia tapi ada lain sikit. dekat sana setiap kali makan tengahari dan malam kami tak pernah dihidangkan dengan air manis. kami dihidangkan dengan air mineral sahaja atau kat sana panggil air aqua. sebab tu orang Indonesia tak mengalami obesiti. perempuan kat sana body semua cantik-cantik. sepanjang serapan pagi memang ada jus yang sangat fresh! disebabkan Bandung merupakan tanah gunung berapi, hasil tanaman dekat sana sangat fresh. buah-buahan kat sana sangat manis. first time aku makan strawberi yang amat-amat manis tak terkata manisnya! kalau orang Malaysia yang dok makan strawberi kat Cameron Highland tu jangan dok kata strawberi tu manis, tu rasanya masam. nak rasa strawberi manis mai datang Bandung! 

Tapi dekat sana tak sama dengan Malaysia. penduduk yang padat dan miskin. sepanjang jalan ada pengemis dan penjual jalanan. kesian tengok anak-anak kecil mintak sedekat. tapi bila kita bagi sorang yang lain akan kerumun kita. kami dinasihatkan tidak memberi mereka duit demi menjaga keselamatan. niatkan membeli barang yang dijual oleh penduduk Indonesia, then penjual mereka yang akan bersedekah kepada pengemis-pengemis dekat sana. 

Sepanjang dekat Bandung, aku pegi Gunung Berapi Tangkuban Perahu dan Pasar Baru. first time tengok gunung berapi kan memang excited. cuacanya sejuk. nyaman jerrr. kat sini banyak jual souvenir. dekat Pasar Baru pulak tempat shoping. kat sini jual, telekung, baju kebaya sulam penuh yang dekat Malaysia harga beratus-ratus kat sana harga RM32 sahaja! amek kau mirah habes. then ada jual tudung, baju, jeans dan macam-macam lagi la. semuanya murah yang amat! kalau beli borong lagi dapat murah.

Kat Jakarta aku just pegi Gedung Tanah Abang. kat sini pun jual pakaian sama macam kat Pasar Baru cuma lokasi berbeza. tapi Gedung Tanah Abang lebih besar, ada 5 blok dan setiap blok ada 8 tingkat. boleh bayangkan tak betapa besarnya gedung tu. satu hari shoping memang tak larat nak habeskan semua gedung Tanah Abang ni. tapi setiap blok ni jual barang yang sama jer cuma harga kalau pandai tawar dapat la murah. aku pun cuma pegi satu blok jer. tu pun dah berpinar-pinar tengok baju canti-canti dan murah. best nya baru kat sana kalau dress yang kat Malaysia harga RM50-60 kat sana boleh dapat dengan harga RM28 sahaja. jenis kain yang digunakan bukan jenis kain getah yang ikut badan tu. t-shirt dengan kualiti kain cottong boleh dapat dengan harga RM6.50. besttt kan! kat Jakarta banyak sangat outlet-outlet yang jual t-shirt, dress, blouse yang cantik dan comel momel.  sila teruja untuk pegi ke Indonesia sebab kat sana semua pun murah. kekeke.

Akhir kata, simpan duit nak pegi holiday lagi. betul kata orang sekali dah travel kita akan ketagih nak travel lagi. serius! ohh pengalaman first time naik kapal terbang aku tak de masalah, telinga pun tak sakit. Alhamdulilah.



Tiket pegi balik.


Airport


RM=Rupiah






Guning Berapi


Strawberi paling manis!




 Suasana Jakarta 


Masjid tertua di Indonesia






Bandung, jumpa lagi. ;)


Sunday, November 4, 2012

Sempurna Mahunya, Gadis.

Gadis, 
Mahu nya dia yang sempurna,
Pada hal dia tahu sempurna itu tidak wujud,
Berbatu batu dia berlari,
Penat berlari dia berjalan,
Matlamat dia hanya satu, 
Hanya mahu mencari sosok pria yang sempurna,
Sesempurna yang mungkin,
Sempurnanya bukan hanya pada fizikal,
Bahkan dia mahukan lebih,
Ya, lebih tepat dia mahukan pria sosok Adam Mukhriz,
Fizikalnya tampak sempurna,
Dan perwatakannya bisa bikin seribu perempuan lain gila.

Gadis, 
Dia masih tidak penat,
Tidak juga lelah mencari pria idaman,
Hingga tiba satu destinasi,
Dia jumpa Lelaki,
Lelaki sifatnya sederhana,
Sederhana dalam banyak hal,
Sungguhnya Lelaki tidak punya apa yang istimewa,
Malah Lelaki tidak menepati apa yang mahunya Gadis,

Lelaki,
Sifatnya lembut, tidak mendesak, 
Lelaki mampu ukir kan senyuman di bibir Gadis,
Lelaki menjadi tempat Gadis meluah semua rasa,
Lelaki sering meminjamkan telingga mendengar cerita Gadis,
Tanpa penat, tanpa lelah, tanpa merungut satu kata,
Hingga kini Lelaki masih tidak gagal melakukannya,

Lelaki,
Tidak ada satu sebab untuk Gadis menolak Lelaki, 
Beribu alasan dan sebab Gadis carik untuk menidakkan kehadiran Lelaki,
Tidak jumpa, 
Ya, Gadis gagal temui sebarang alasan untuk menolak Lelaki,
Kerana sifat sederhana yang Lelaki punya itu,
Lelaki berjaya mengenepikan sosok pria idaman yang mahunya Gadis.

Sunday, October 28, 2012

LOVED.


How many have you loved?
who, what, when, where, why.
and I LOVE YOU. 
;)

Wednesday, October 17, 2012

Hari Ngurat Adik Junior.

Hyeee adik junior comel-comel lagi lagi dan lagi. *lambai tangan*

Sekarang aku tengah mood adik junior. rasa excited terlebih bila melibatkan adik junior ni. suka betul aku kat enkorang ni. haihh pelik betul. dengan adik junior depan bilik pun aku berbaik lagi kan adik junior dekat fak kan. hehe. aku bukan ape. dulu masa aku jadi junior kakak depan bilik aku bukan main garang semacam. buka palat 24 jam. tak best langsung. so aku tak nak la adik-adik junior aku rasa bodan nye la ada kakak senior yang kerek limabelas macam. haha.

Macam biasa aku selalu cerita benda yang dah lama dah basi tapi tetap nak cerita gak. kihkih. Ahad lepas bersamaan 14 Okt, dekat fak aku buat hari Keluarga Sosio-budaya Melayu bersamaan hari Interaksi bersamaan hari ngurat/usha adik junior. haha. yang lelaki la kemain excited yang kite kite gegurl ni tak de nye nak excited lebih-lebih kan. tak kan nak ngurat adik junior lelaki? buat cuci mata boleh la. kahkah.

Diringkaskan cerita aku diberi tugas sebagai ketua biro protokol. so, masa hari kejadian aku kene pastikan semua berjalan dengan lancar. aku kene pastikan adik junior happy main bersama akak dan abang junior, pastikan adik junior makan dengan kenyang dan pastikan semua dapat bergambar dengan banyak sekali. ahahaha. part ice-breaking aku yang handle. kelang kabut jugak aku nak pikir aktiviti ice-breaking yang nak bagi diorang buat ni. so, macam biasa aku kerahkan tenaga dan idea rumet-rumet aku la. hihi. thanks rumet. ily! :) part permainan asma yang handle. kite orang siap mampu buat permainan Nerf lagi. soooo terer nye kami. haha.

Sebelum hari kejadian aku memang takut sangat adik-adik junior ni tak datang. yela buat program dah minggu ke-6 pastu hari ahad pulak. memang time ni semua orang nak pegi Mid tengok Taken 2, nak berehat dok tidur sampai tengahari jela kan. tapi adik-adik junior memang semua bagi kerjasama yang baik dan aku sangat terharu sebab semua datang. semua datang pagi-pagi. akak dan abang tahun 3 jer datang lambat. haihhh. mentang-mentang la program ni tahun 2 yang handle, tahun 3 dok tengok dari jauh jer siap datang lambat. grrr.

Part yang paling aku cuak ialah pagi hari kejadian. aku ditugaskan jadi MC informal. nak cakap secara spontan ni aku paling lemah sebab aku kan suka gelak tak tentu pasal. nanti cakap-cakap aku dok gelak sorang-sorang. lagi lagi lagi pun saya kan pemalu orang nya. kahkahkah. Alhamdulilah semua berjalan dengan lancar. sepanjang jadi MC aku tak de buat benda bodo dan memalukan diri sendiri seperti tertendang audiens. ehh ganasnya. hehe.

Part last macam biasa cuci mata tengok aku adik junior. hehe.



Senior-junior.


Senior-junior.


Senior-junior.


Smile. Game.


Candid. Love.


Ehemm. yang pegang name tag nama P'YA tu kita sama nickname laa. hihi. ;)


Untung jugak jd MC banyak gambar. kihkih.


Kumpulan ice-breaking. Harimau auumm.


Abang pengarah projek.


Abang ketua pelajar Sosio-budaya Melayu.



Kalau ada yang berkenan boleh tinggalkan komen. hihi. byebyeee. ;)



Sunday, October 7, 2012

UMmocktrial (GAMPANG)

Hyee adik junior semua comel-comel. *lambai tangan*

Blog sawang sane sini tak terjaga langsung. al-maklum la sepanjang cuti sem jadi wanita bekerjaya. uhuk uhuk. dengan gigihnya mencari rezeki untuk masa depan. kot kot la dapat kawen awal. hihi. banyak benda nak gosip sebenarnya tapi masa tak mengizinkan. nak gosip pasal kerja pasal raya semua tak menyempat. haihh.

Hari ni aku menyempatkan diri konon-konon busy kemain letuw nak gosip dengan u'olls semua. ni cerita ahkak senior tahun 2. haha. semalam aku first time tengok teater. jakun booo. teater ni budak fak law yang organised. dari pengarah, pelakon, make up, teknikel, belakang tabir semua budak law yang handle. 100% fresh dari budak law so mmg wajib tonton! mmg excited aku nak g tengok sebab selalu yang bab teater ni kan budak kebudayaan jela yang nampak mcm terer. dipendekkan cerita event ni berlangsung seminggu tapi aku boleh datang tegok hari last tayangan. ecewah nampak betul busy di situ. kahkah.

Apa yang aku boleh komen, teater ni memang santai dan kelakar gilos bak kata Hanis Zalikha. Semua watak dan dialog memang sampai. cuma ada sorang watak peguam tu jer yang memang merapu. kalau tak salah aku peguam yang pegang watak Datin Hajah Mak Hengku Hafilldah Ali. amek kau nama watak pun berbelit. paling teruk part last masa nak abes tu dia boleh soal saksi benda yang sangat bosan dan tak de kene mengena dengan kes dan semua audiens dah bosan dengan dia. aku rasa nak jerit soh dia duduk diam-diam jer. watak lain memang best. paling tak leh terima akal malam last watak hakim boleh patah kan kerusi. haha.

Tekan sini, sini, dan sini untuk cerita lebih lanjut tentang UMmocktrial. wakaka. nampak sangat malas nak taip banyak-banyak. 

Next kite cuci mata tengok awek cun. haha. ready baldi kot kot nak muntah nti. :p

 Model untuk UMmocktrial 2012. wakaka. 

 
Berikan caption ikut suka hati anda. hikhik.

 

Trailer.


 
Ehemm. Hanis Zalikha datang hari last teater ditayangkan.
 dan dia sangat kurus dan cantik.

UMmocktrial pun dah labuhkan tirainya. sapa yang nak dok tengok boleh tunggu tahun akan datang. memang tak rugi tengok. harga tiket pun murah dan serendah RM3. wuwuwuwu. akhir kata, baru sedar bahawa budak law pun sangat ramai yang kacak-kacak terutama tuan pengarah ini teater. cair habaq hang. hehe. 


*patut la UM taruk fak law jauh dari fak lain.


Saturday, May 5, 2012

Trip to Johor.

Hyee semua yang dikasihi. hihi.

Akhirnya, aku bejaya bawak dua orang Brunai jejak kaki ke Johor. ehemm aku kan orang Johor, mesti la bangga dengan negeri sendirik yang indah dan permai. hikhik. untuk selesaikan subjek Pengurusan Acara Budaya, group aku pilih nak buat pameran pasal herba. sebab majoriti ahli kumpulan ialah anak Johor semua sepakat membawa berkat nak pegi johor dan tempat yang dipilih ialah Ladang Herba Nasuha, Pagoh. aku ni nama jer anak Johor tapi tempat tu tak penah jejak pun. huhu.


Orang Brunai pakai spek hitam sebab tak tahan Malaysia silau sangat. haha. :)


We are from Jabatan Sosio Budaya Melayu, 
Akademi Pengajian Melayu, Unversiti Malaya.

Trip ke Johor bermula jam 5 pagi bersama 2 orang Brunai, 3 lelaki senget dan 2 gadis ayu. kite orang pegi naik kereta Alza yang dicuri ditepi jalan. hehe. pagi-pagi buta dah pegi macam jauh sangat jer Johor tu kan. padahal perjalanan amek masa 3 jam jer pun dari KL. aku bangun mandi kolej sunyi jer. mana la ada orang mandi pagi-pagi buta. kalau ada pun hantu la tu. ehh bukan bukan aku yang mandi. hehehe! dipendekkan cerita sampai ladang tu jam 8 pagi. nasib baik ladang tu dah bukak tapi kene tunggu En Fadil la sebab dia yang akan bawak kite orang pusing keliling ladang dan terangkan pasal herba dan kebaikan herba-herba yang ada. aku kene jadi setisusaha yang tak bertauliah. kene catit semua nama-nama herba dan kegunaannya. tak dapat la nak posing amek gambar sakan sangat. huhu.






Habes pusing ladang amek gambar makan pumpangpumpang kira semua nya selesai jam 1 p.m jugak la. keluar dari ladang terus menuju ke Batu Pahat. bawak diorang pusing-pusing bandar pegi tempat yang menarik. lepas tu pegi antar sorang lelaki senget iaitu Sufy kau hilang balik tinggal lagi 2 lelaki senget dalam kereta. hahaha. aku baru tau kat Batu Pahat ada laut. serius aku jakun time ni. best gila duduk kampung si Sufy ni angin kuat. boleh naik bot pegi pulau yang ada kat situ. boleh pegi mancing. best kan.



Last sekali hantar aku balik rumah. hihi. terima kasih korang sebab hantar Princess ehem! ni pulang dengan selamat. hihi. sampai rumah bagi diorang makan kenyang-kenyang dan bagi rehat sekali pastu diorang balik KL dengan selamat. aku pun dapat tidur dengan bahagia. kekeke.


Happy trip with them. happy ending walaupun aku jadi bahan gurauan senda untuk satu hari Jumaat kan. senyum. lepas ni boleh datang lagi bawak rombongan meminang. wakaka.


Akhir kata dari tuan tanah, terimalah sekeping gambar buat pengubat rindu. woho!


Wednesday, May 2, 2012

Budak Nerd Hobinya Membaca.

Hyee Homo Sapiens sekalian alam. lambai tangan.

Semalam cuti 1 Mei sapa yang dok terperap jer dalam bilik? siapa? haa baik ngaku. kekeke. semalam aku dah habeskan masa dengan berjimba-jimba bersama rumet. kite orang kan memang pantang cuti pastu duit macam dah beranak jer dalam bank terus rasa macam nak membazair. kikiki. tapi yang paling terer membazir memang aku la. ==' aku tak paham apesal diorang leh tahan nafsu dari membazirkan duit. diorang selalu beli barang ikut list tapi aku selalu beli barang terlebih dari list. aku ni berpenyakit betul rasanya kan. haiyooo. =='

Plan asalnya nak pegi tengok movie Evenges tapi aku macam desperate sangat je nak pegi Pesta Buku kat PWTC. so tunda lagi la tengok movie tu. aku kan budak nerd yang hobinya membaca mestilah pegi event macam ni. haha. ciri-ciri budak nerd kan memang dah ada dalam diri aku. spek + braces = budak nerd. haa terer jugak aku buat formula one ni. kahkahkah. 

Aku boleh buat kesimpulan bahawa rakyat Malaysia sebenarnya memang suka membaca. sesak ok PWTC. kanak-kanak sambil jalan pun baca buku. tunggu lrt pun baca buku. bagus kan. kiranya kempen budaya membaca tu tersampai la jugak. kehkeh! tak kesah la buku yang diorang baca tu buku komik pun kan. walau pun muka masing-masing aku tengok dah besar nti berpotensi jadi mat rempit. kahkahkah! ini yang menunjukkan luaran tu tak penting. yang penting isi dalaman. buat ape muka kacak kalau ketiak busuk yer dak? ehh dah menyimpang jauh ni. -,-

Kat Pesta Buku ni aku pegi dua booth jer. satu karangkraf satu lagi lejen press. yang lain tak mampu aku nak survey sebab sesak yang amat sangat. dengan rombongan budak sekolahnya lagi. haiyo. untuk sapa-sapa yang nak pegi aku nasihatkan toksah la bawak pasangan atau kekasih hati. korang akan mengguris hati banyak pihak. kalau korang plan nak dok pegang tangan dok rangkul pinggang kekasih hati di bawa mati ada baiknya lupakan awal-awal. tempat tu sesak dengan umat manusia yang sangat sangat sangat sangat ramai. korang lagi nak buat drama sweet sweet sweet kat situ pulak. hadoi. nak bercinta pegi mall ke pegi taman bunga ke, kat tempat macam ni tak sesuai yer adik-adik sekalian.


Model buku - Ania


Ehem! buku masakan pun kita beli tau. hihi.

Lepas perabeskan duit kat Pesta Buku boleh pulak sambung membazir kat Mid Valley. buruk kan perangai. ==' habes tu nak wat macam mana kat Mid, Padini saleeeee woiiii. semua saleeeeeeeeeeee. sapa tak nak pegi habaq hang. okbye. ;)


Monday, April 30, 2012

Adopted.

Hyeee sweet boys and sour girls. kehkehkeh.

Esok cuti. say yeaaaa! haha. hari selasa hari paling tak best sebab jadual penuh. class dari pagi sampai petang. tapi nasib baik class English selalu balik awal. so aku tak de la anti hari selasa sangat. hehe. tapi aku tak paham ape yang lect ajar time class Eng tu. lect tu ajar laju macam kereta api dan geng budak lelaki dengan kuat akan kata 'yesss, understand bla bla bla'. suara aku yang ayu ni lect tak dengar pun. huhu. Ok dah. aku dah start nak merepek dah tu. hehe.


Dulu, masa adik aku enam tahun aku kata dia anak angkat. sampai nages-nages aku dengan Along kerjakan dia. hahaha. lepas tu kene marah dengan mak. :p punya la time tu aku tak leh terima kelahiran dia. tu adik lelaki tu. sila imagine kalau adik aku perempuan ape yang akan aku lakukan. wakakaka. kejam tak? kajam tak? hikhikhik. seiring dengan peredaran tahun aku dapat terima aku memang ada adik lelaki. tapi macam mana sekali pun aku tetap buat perangai princess 24 jam kat rumah. haha. 

Ok dah tu jer itew nak tulis. kbai.  


*rasa nak lempang aku tak? tajuk macam tak de kene mengena dengan entry erk. tak berdaya saing betul la aku ni. haiyo.  -,-


Friday, April 27, 2012

Ceq Kreatif Habaq Hang.

Hyeee lelaki kacak. lambai-lambai tangan.
dan juga awek gedik bilik atas. jeling

Haiyo. Jumaat yang barakah dimulakan dengan niat suci murni aku nak basuh baju yang telah direndam dengan sabun semalaman. tapi hampa nya aku tengok bila skirt turun warna. habes semua baju bertompok tompok. grrrr. rumet si-nia boleh buat lawak ke der pulak time aku tengah membara. 

nia : alaaa kau kan suka polkadot. hahaha.
aku : -,- *sentap mak nok.

Ok aku memang suka buat mukadimah yang tak kena dengan tajuk kan. tapi buat karangan boleh pulak dapat A+ tu macam mana tu. haha. tangan di dada mata ke atas.  sebab aku tak de class hari Jumaat, malam khamis boleh la berjimba-jimba dengan bahagianya bersama rumet yang ngokngek. haha. 

Kat dalam bilik ni, meja study aku sebelah meja study nia, so memang banyak keje gila kami buat bersama. contohnya, kami pernah skype sampai kol 3-4 pagi. tu keje sem lepas. haha. lepas tu esok pagi nya bangun pun 'awal la sangat' kehkehkeh.  tu tak de la gila sangat. ada lagi yang gila tak nak cerita. kihkihkih. malam tadi aku rasa dah lama sangat tak main lukis-lukis. aku pun bukak la Paint. first, aku lukis burung. lepas tu aku lukis penyu. hehe. biasa la bila dah berjaya menghasilkan lukisan yang super duper comel aku pun hebohkan satu bilik. haha. nia pun apa lagi nak jugak tunjuk bakat dia. huwawawa. satu malam tu kami melukis. time tu fb kami pandang sepi jer. huhu. 


Tadaaaa. hasil seni lukisan ceq yang kreatif. 
boleh masuk muzium habaq hang. haha.

Steady semua. steady. control gelak. nti ceq kecik hati kang. hihi. ceq tau semua orang pakat gelak sebab ceq lukis cartoon kanak-kanak ribena. tak pa. hangpa gelak la guling-guling. rumet ceq dah gelak awal-awal dah. haih. ceq ni orang yang mempunyai daya imaginasi yang tinggi sebab tu ceq boleh hasilkan seni lukis yang bertemakan alam semesta. wakakaka. dari lukisan ni boleh buat cerita ok. makhluk alien dr UFO datang ke bumi nak berkawan dengan manusia. hahah. ehh apesal aku cakap kedah tetibe ni haiyo. :p

Tengok siap ada nama watak bagai. watak-watak yang ada semua rumet aku. ehh back to normal. cakap macam biasa dah. hihi. then watak UFO lelaki aku tak tau nak bagi kat sapa. aku pikir punya pikir watak yang paling sesuai ialah watak rain. hahaha. rain ni kawan kolej aku yang terengganu dia mak aihh pekat gila. nama korea habes kan. haha. kalau cakap dengan rain kene soh dia repeat dua kali sebab aku tak bape nak paham. haha. 

Next pulak lukisan nia. sapa kata lukisan nia lagi cantik aku merajuk dua puluh lima hari. hahaha. 


Nia kata lukisan dia bertemakan alam sekitar.
yang part bunga tu, bunga reflesia nia kata. haha.

Ok antara lukisan aku dengan nia mana lagi comel? sila berikan penilaian anda. hihi. :)