Monday, March 26, 2012

Selain Memasak Saya Juga Boleh Menjahit !

Assalammualaikum.
Hye gadis manis dan lelaki kacak. :)

Hari Isnin dimulakan dengan bunyi sorakan yang sayup-sayup kedengaran dari jauh. aku pikir tu mimpi tapi nape background muzik nye macam tengah tengok pertandingan bola jaring. -,- padahal aku tengah mimpi makan ubi rebus dengan sambal ikan bilis. yummy! memang spoil la kan. grrr. nasib la kan duduk kolej depan pusat sukan ni entah ada pertandingan ape ntah. haih kacau betol la, tak pasal-pasal aku bangun awal pagi ni. kikiki. ;)

Ehem, bukan ini yang aku nak bebelkan, tapi sebaliknya berbalik kepada tajuk entry kita hari ini. kikiki. mesti semua tak sangka kan aku reti menjahit. ehh jangan tengok luaran aku meh selami isi hati. haha. aku tak de la terer sangat memasak. tapi kan awak wahai bakal suami yang entah dekat mana sekarang ni awak berada, InsyaAllah kalau kita dah menjadi yang halal nanti awak tak kan kebulur la. ada la dalam sebulan tu cuma dua tiga kali jer kita makan luar. tu pun sebab saya saja nak habeskan duit gaji awak. kahkahkah.

Back to title, hari tu aku jalan-jalan dengan rumet si-nia kat Pasar Seni aku jumpa satu benda yang maha comel macam aku. betul tak tipu benda ni comel sangat lepas tu aku macam biasa la memang suka membazir. aku pujuk nia soh beli jahitkan bagi boyfie dia. kan sweet kan. tapi nia tak makan pun pujuk rayu aku. apesal ntah dia ni tahan betul dengan godaan duniawi. bab-bab nak simpan duit bagi la kat nia. bab-bab nak habiskan duit bagi la kat aku. hahaha. lastly, aku yang beli. balik bilik terus gigih aku menjahit dan hasilnya emm emmm boleh la first time try kan. huhu. jangan gelak ok! sapa gelak jadi slow macam siput. :p


Beli dua tapi baru siap jahit satu. :)



Ehem ehem! mari mula menjahit. :D


Aku pun tak tau kenapa kucing ni muka dia jadi samseng macam ni. -,-

Chill bebeh. first try memang la mcm ni. lalala. :p aku namakan kucing ni Kito. haa muka dah samseng nama pun kene la samseng jugak. hehe. ehh sapa yang nak try menjahit boleh beli ni dekat sini tau. selamat membeli, selamat menjahit! hihi. sapa nak Kito angkat tangan! kekeke. :) 



*ehem awak, saya single boleh la masuk meminang dua tahun lagi saya habis belajar. haha! ;)


Saturday, March 24, 2012

Merentas Desa Versi Dewasa.

Selamat tengah hari sweet girls dan buaya boys. 
*jeling jam kol 0113pm kahkahkah*

Ini kisah semalam yang baru nak dikisahkan. aku tau korang tak kisah tapi aku kisah. haha.
Setiap minggu aku plan nak kemas loker nak kemas bilik tapi masih tak berjaya. aku ada masalah dalaman dalam bab-bab nak kemas. ehh bukan, sebanarnya aku ada masalah kalau tengok benda tersusun nanti aku jadi serabut. lalala. :p 

Semalam kat kolej ada program CHERISH (Charity Race Night With Celebrities). aku ingat zaman merentas desa akan berakhir bila masuk Universiti Mahal ni. ehh rupanya silap limabelasjuta kali silap. aku masih terjebak lagi main lari-lari keliling universiti ni. haih. aku terjebak semua gara-gara rumet aku si-ida beria-ria nak bakar lemak jumpa retis (kot). kekeke.

CHERISH ni program larian amal. sambil lari sambil menderma bukan lari sambil buat anak. ehh bukan bukan bukan. hasil derma akan diberi kepada The Spastic Children's Assosiation of Johore. ehem sebagai rakyat Johor memang patut la kan aku join larian ni. nampak tak semangat kenegerian aku pun tinggi jugak. huhu. ok ni boleh dikatakan sebab utama la aku sanggup lari sejauh 3.5km. mula-mula aku tak tau pun kene lari sejauh ni. kalau aku tau awal-awal ada kemungkinan besar aku tak join program ni. haha. ohh retis yang datang sama-sama lari dengan kiteorg ialah max 24:7. ala-ala k-pop versi Melayu. kalau korang tak kenal sila lah google sendirik. malas? do i care. :p benda blue rajin pulak kau google kan. 

Dan akhir sekali, 10 peserta kategori lelaki dan perempuan yang paling awal tamatkan larian akan dapat hamper. dah jangan ada yang berani tanya aku dapat no berapa dan berapa kilo lemak yang dah terbakar. soalan sensitif tu nanti aku sentap. hahaha.





Rupa tak berapa nak etlit sangat. haha.


Ok blur. yang kanan tu A'ar. salah sorang ahli max 24:7.
A'ar antara top 10 lelaki. peewit. *kenyit mata*


Ada orang kata aku gila pegi lari pakai baju ni. *sentap aku*


Tuesday, March 20, 2012

Wordless Wednesday #2



Awak, 
Mungkin awak pernah muncul dalam hidup dia.
Mungkin dia terlepas dari jatuh cinta.
Kalau awak melalui, dia harap awak akan menyapa.
supaya dia kenal awaklah orangnya.



Tuesday, March 6, 2012

Wordless Wednesday #1


sebelum cinta orang lain cinta dulu kepada Maha Pencipta.
cinta dulu diri sendiri. :)


Friday, March 2, 2012

Kem Jati Diri yang Awesome.

Assalammualaikum dan selamat hari siang semua.

Di sebabkan hari Jumaat tak de kelas aku rasa hari ni macam cuti hujung minggu. tapi pelik bile turun pegi beli makanan nampak jantina lelaki pakai baju Melayu. Ohh diorg g sembahyang Jumaat la. hehe. sengal betul. sebelum aku mula mengarut dengan lebih panjang lebar nak aku nyatakan di sini bahawa ini entry lambat update atau pun sebenarnya sekarang ni aku tengah tak tau nak buat ape so aku mengarut la kat sini. sebab rumet aku tak nak layang aku mengarut. hahaha.

Ujung minggu lepas aku pegi Kem Jati Diri kat Melaka. program ini di anjurkan oleh pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP), UM. so, bila pihak HEP yang anjurkan programnya mesti bosan kan. tu tanggapan aku yang pertama. kahkahkah. orang kata kalau ikut hati mati, tapi aku kalau di ikutkan hati memang tak nak pegi. hehe. sebab aku dah set kat mind aku kalau program-program macam ni  memang ceramah jela memanjang. huhu. aku terjebak dengan program ni sebab kawan aku kat fak dengan selamba badak dia kata aku ni tak de jati diri. memang paling sesuai aku ikut program macam ni. so so so sentap aku bila orang kata aku macam ni. pastu siap cabar aku pegi lagi tu. pehh pehh memang tercabar la keperempuanan aku time tu. hahaha. then, aku pun merisik la kat si sufy ni pasal perjalanan dan aktiviti sepanjang kem tu. btw sufy ni dah penah pegi program jati diri sebelum ni. aku tak nak la tanggung risiko kalau aktivitinya terlalu extreme. hehe.

Sebab pertama aku dengan rela hati ikut kem ni ialah tak tido kat kemah. haha. kat sana tido kat resort pastu aku pun boleh imagine makanan nye mesti sedap-sedap. so terlepas la azab aku yang hari-hari makan makanan kat cafe yang tak sedap tu. hehe. masya Allah org kat somalia tu mati kebulur zafira. dan memang tak sia-sia la aku pegi sana dapat tido tilam empuk, makan sedap-sedap, cuci mata pun boleh. kekeke. tapi sayangnya pegi sana dengan status bujang balik pun masih bujang. geleng kepala :p.

Sebelum pegi kem ni aku mengalami masalah paling besar dalam hidup aku. masalah nak packing baju. ni part paling lemah ni. rumet siap ketawakan lagi. aku pegi kem macam nak pegi holiday gaya nya. semua baju pun aku nak bawak. hehe. aku takut sampai sana tak cukup baju. sebab aktivitinya ada masuk air ada main paintball. nanti baju basah baju kotor macam mane kan. ok peragai mengada si zafira ni dah terserlah sila menyampah. :p 

Sampai jer kat resort kami semua di pecahkan dalam kumpulan yang setiap ahli kumpulan berbeza fakulti. kiranya dalam kumpulan aku ni ada students dari Akademik Pengajian Melayu, Fakulti Kejuruteraan dan Fakulti Alam Bina. konon-konon nanti time ice-bracking ke hape tu otak kami yang dari fak lain-lain ni boleh bergabung menghasilkan satu idea yang bombastik la. heheh. sebelum balik UM kiteorg di bawa ke river cruise. imagine la pegi situ tengah hari buta time tengah panas-panas. memang tak feeling pape la. aku cuba imagine naik dengan Farid Kamil tp tak sampai feel tu. hahaha. ok, ni gambar sepanjang kat kem tu. :)



di mulakan dengan gambar Tuan Tanah. haha. :D


kak Ana. fasi kumpulan. 


kumpulan niners. rindu semua. :)



aktiviti sepanjang kat kem. :)


UM students :)


Credit pic from : Zulaikha Adam.