Friday, March 2, 2012

Kem Jati Diri yang Awesome.

Assalammualaikum dan selamat hari siang semua.

Di sebabkan hari Jumaat tak de kelas aku rasa hari ni macam cuti hujung minggu. tapi pelik bile turun pegi beli makanan nampak jantina lelaki pakai baju Melayu. Ohh diorg g sembahyang Jumaat la. hehe. sengal betul. sebelum aku mula mengarut dengan lebih panjang lebar nak aku nyatakan di sini bahawa ini entry lambat update atau pun sebenarnya sekarang ni aku tengah tak tau nak buat ape so aku mengarut la kat sini. sebab rumet aku tak nak layang aku mengarut. hahaha.

Ujung minggu lepas aku pegi Kem Jati Diri kat Melaka. program ini di anjurkan oleh pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP), UM. so, bila pihak HEP yang anjurkan programnya mesti bosan kan. tu tanggapan aku yang pertama. kahkahkah. orang kata kalau ikut hati mati, tapi aku kalau di ikutkan hati memang tak nak pegi. hehe. sebab aku dah set kat mind aku kalau program-program macam ni  memang ceramah jela memanjang. huhu. aku terjebak dengan program ni sebab kawan aku kat fak dengan selamba badak dia kata aku ni tak de jati diri. memang paling sesuai aku ikut program macam ni. so so so sentap aku bila orang kata aku macam ni. pastu siap cabar aku pegi lagi tu. pehh pehh memang tercabar la keperempuanan aku time tu. hahaha. then, aku pun merisik la kat si sufy ni pasal perjalanan dan aktiviti sepanjang kem tu. btw sufy ni dah penah pegi program jati diri sebelum ni. aku tak nak la tanggung risiko kalau aktivitinya terlalu extreme. hehe.

Sebab pertama aku dengan rela hati ikut kem ni ialah tak tido kat kemah. haha. kat sana tido kat resort pastu aku pun boleh imagine makanan nye mesti sedap-sedap. so terlepas la azab aku yang hari-hari makan makanan kat cafe yang tak sedap tu. hehe. masya Allah org kat somalia tu mati kebulur zafira. dan memang tak sia-sia la aku pegi sana dapat tido tilam empuk, makan sedap-sedap, cuci mata pun boleh. kekeke. tapi sayangnya pegi sana dengan status bujang balik pun masih bujang. geleng kepala :p.

Sebelum pegi kem ni aku mengalami masalah paling besar dalam hidup aku. masalah nak packing baju. ni part paling lemah ni. rumet siap ketawakan lagi. aku pegi kem macam nak pegi holiday gaya nya. semua baju pun aku nak bawak. hehe. aku takut sampai sana tak cukup baju. sebab aktivitinya ada masuk air ada main paintball. nanti baju basah baju kotor macam mane kan. ok peragai mengada si zafira ni dah terserlah sila menyampah. :p 

Sampai jer kat resort kami semua di pecahkan dalam kumpulan yang setiap ahli kumpulan berbeza fakulti. kiranya dalam kumpulan aku ni ada students dari Akademik Pengajian Melayu, Fakulti Kejuruteraan dan Fakulti Alam Bina. konon-konon nanti time ice-bracking ke hape tu otak kami yang dari fak lain-lain ni boleh bergabung menghasilkan satu idea yang bombastik la. heheh. sebelum balik UM kiteorg di bawa ke river cruise. imagine la pegi situ tengah hari buta time tengah panas-panas. memang tak feeling pape la. aku cuba imagine naik dengan Farid Kamil tp tak sampai feel tu. hahaha. ok, ni gambar sepanjang kat kem tu. :)



di mulakan dengan gambar Tuan Tanah. haha. :D


kak Ana. fasi kumpulan. 


kumpulan niners. rindu semua. :)



aktiviti sepanjang kat kem. :)


UM students :)


Credit pic from : Zulaikha Adam.


No comments:

Post a Comment

♥ thanks for commenting! ♥

lovelove!

double~loves! ;D