Saturday, March 24, 2012

Merentas Desa Versi Dewasa.

Selamat tengah hari sweet girls dan buaya boys. 
*jeling jam kol 0113pm kahkahkah*

Ini kisah semalam yang baru nak dikisahkan. aku tau korang tak kisah tapi aku kisah. haha.
Setiap minggu aku plan nak kemas loker nak kemas bilik tapi masih tak berjaya. aku ada masalah dalaman dalam bab-bab nak kemas. ehh bukan, sebanarnya aku ada masalah kalau tengok benda tersusun nanti aku jadi serabut. lalala. :p 

Semalam kat kolej ada program CHERISH (Charity Race Night With Celebrities). aku ingat zaman merentas desa akan berakhir bila masuk Universiti Mahal ni. ehh rupanya silap limabelasjuta kali silap. aku masih terjebak lagi main lari-lari keliling universiti ni. haih. aku terjebak semua gara-gara rumet aku si-ida beria-ria nak bakar lemak jumpa retis (kot). kekeke.

CHERISH ni program larian amal. sambil lari sambil menderma bukan lari sambil buat anak. ehh bukan bukan bukan. hasil derma akan diberi kepada The Spastic Children's Assosiation of Johore. ehem sebagai rakyat Johor memang patut la kan aku join larian ni. nampak tak semangat kenegerian aku pun tinggi jugak. huhu. ok ni boleh dikatakan sebab utama la aku sanggup lari sejauh 3.5km. mula-mula aku tak tau pun kene lari sejauh ni. kalau aku tau awal-awal ada kemungkinan besar aku tak join program ni. haha. ohh retis yang datang sama-sama lari dengan kiteorg ialah max 24:7. ala-ala k-pop versi Melayu. kalau korang tak kenal sila lah google sendirik. malas? do i care. :p benda blue rajin pulak kau google kan. 

Dan akhir sekali, 10 peserta kategori lelaki dan perempuan yang paling awal tamatkan larian akan dapat hamper. dah jangan ada yang berani tanya aku dapat no berapa dan berapa kilo lemak yang dah terbakar. soalan sensitif tu nanti aku sentap. hahaha.





Rupa tak berapa nak etlit sangat. haha.


Ok blur. yang kanan tu A'ar. salah sorang ahli max 24:7.
A'ar antara top 10 lelaki. peewit. *kenyit mata*


Ada orang kata aku gila pegi lari pakai baju ni. *sentap aku*


2 comments:

  1. Owwwww Max 24/7 feveret kitewwwww. kahkahkah. Baju dah LEJEN. Ambik gambar dengan kepop terus jadi tak LEJEN dah. kahkahkah.

    ReplyDelete

♥ thanks for commenting! ♥

lovelove!

double~loves! ;D