Saturday, May 5, 2012

Trip to Johor.

Hyee semua yang dikasihi. hihi.

Akhirnya, aku bejaya bawak dua orang Brunai jejak kaki ke Johor. ehemm aku kan orang Johor, mesti la bangga dengan negeri sendirik yang indah dan permai. hikhik. untuk selesaikan subjek Pengurusan Acara Budaya, group aku pilih nak buat pameran pasal herba. sebab majoriti ahli kumpulan ialah anak Johor semua sepakat membawa berkat nak pegi johor dan tempat yang dipilih ialah Ladang Herba Nasuha, Pagoh. aku ni nama jer anak Johor tapi tempat tu tak penah jejak pun. huhu.


Orang Brunai pakai spek hitam sebab tak tahan Malaysia silau sangat. haha. :)


We are from Jabatan Sosio Budaya Melayu, 
Akademi Pengajian Melayu, Unversiti Malaya.

Trip ke Johor bermula jam 5 pagi bersama 2 orang Brunai, 3 lelaki senget dan 2 gadis ayu. kite orang pegi naik kereta Alza yang dicuri ditepi jalan. hehe. pagi-pagi buta dah pegi macam jauh sangat jer Johor tu kan. padahal perjalanan amek masa 3 jam jer pun dari KL. aku bangun mandi kolej sunyi jer. mana la ada orang mandi pagi-pagi buta. kalau ada pun hantu la tu. ehh bukan bukan aku yang mandi. hehehe! dipendekkan cerita sampai ladang tu jam 8 pagi. nasib baik ladang tu dah bukak tapi kene tunggu En Fadil la sebab dia yang akan bawak kite orang pusing keliling ladang dan terangkan pasal herba dan kebaikan herba-herba yang ada. aku kene jadi setisusaha yang tak bertauliah. kene catit semua nama-nama herba dan kegunaannya. tak dapat la nak posing amek gambar sakan sangat. huhu.






Habes pusing ladang amek gambar makan pumpangpumpang kira semua nya selesai jam 1 p.m jugak la. keluar dari ladang terus menuju ke Batu Pahat. bawak diorang pusing-pusing bandar pegi tempat yang menarik. lepas tu pegi antar sorang lelaki senget iaitu Sufy kau hilang balik tinggal lagi 2 lelaki senget dalam kereta. hahaha. aku baru tau kat Batu Pahat ada laut. serius aku jakun time ni. best gila duduk kampung si Sufy ni angin kuat. boleh naik bot pegi pulau yang ada kat situ. boleh pegi mancing. best kan.



Last sekali hantar aku balik rumah. hihi. terima kasih korang sebab hantar Princess ehem! ni pulang dengan selamat. hihi. sampai rumah bagi diorang makan kenyang-kenyang dan bagi rehat sekali pastu diorang balik KL dengan selamat. aku pun dapat tidur dengan bahagia. kekeke.


Happy trip with them. happy ending walaupun aku jadi bahan gurauan senda untuk satu hari Jumaat kan. senyum. lepas ni boleh datang lagi bawak rombongan meminang. wakaka.


Akhir kata dari tuan tanah, terimalah sekeping gambar buat pengubat rindu. woho!


Wednesday, May 2, 2012

Budak Nerd Hobinya Membaca.

Hyee Homo Sapiens sekalian alam. lambai tangan.

Semalam cuti 1 Mei sapa yang dok terperap jer dalam bilik? siapa? haa baik ngaku. kekeke. semalam aku dah habeskan masa dengan berjimba-jimba bersama rumet. kite orang kan memang pantang cuti pastu duit macam dah beranak jer dalam bank terus rasa macam nak membazair. kikiki. tapi yang paling terer membazir memang aku la. ==' aku tak paham apesal diorang leh tahan nafsu dari membazirkan duit. diorang selalu beli barang ikut list tapi aku selalu beli barang terlebih dari list. aku ni berpenyakit betul rasanya kan. haiyooo. =='

Plan asalnya nak pegi tengok movie Evenges tapi aku macam desperate sangat je nak pegi Pesta Buku kat PWTC. so tunda lagi la tengok movie tu. aku kan budak nerd yang hobinya membaca mestilah pegi event macam ni. haha. ciri-ciri budak nerd kan memang dah ada dalam diri aku. spek + braces = budak nerd. haa terer jugak aku buat formula one ni. kahkahkah. 

Aku boleh buat kesimpulan bahawa rakyat Malaysia sebenarnya memang suka membaca. sesak ok PWTC. kanak-kanak sambil jalan pun baca buku. tunggu lrt pun baca buku. bagus kan. kiranya kempen budaya membaca tu tersampai la jugak. kehkeh! tak kesah la buku yang diorang baca tu buku komik pun kan. walau pun muka masing-masing aku tengok dah besar nti berpotensi jadi mat rempit. kahkahkah! ini yang menunjukkan luaran tu tak penting. yang penting isi dalaman. buat ape muka kacak kalau ketiak busuk yer dak? ehh dah menyimpang jauh ni. -,-

Kat Pesta Buku ni aku pegi dua booth jer. satu karangkraf satu lagi lejen press. yang lain tak mampu aku nak survey sebab sesak yang amat sangat. dengan rombongan budak sekolahnya lagi. haiyo. untuk sapa-sapa yang nak pegi aku nasihatkan toksah la bawak pasangan atau kekasih hati. korang akan mengguris hati banyak pihak. kalau korang plan nak dok pegang tangan dok rangkul pinggang kekasih hati di bawa mati ada baiknya lupakan awal-awal. tempat tu sesak dengan umat manusia yang sangat sangat sangat sangat ramai. korang lagi nak buat drama sweet sweet sweet kat situ pulak. hadoi. nak bercinta pegi mall ke pegi taman bunga ke, kat tempat macam ni tak sesuai yer adik-adik sekalian.


Model buku - Ania


Ehem! buku masakan pun kita beli tau. hihi.

Lepas perabeskan duit kat Pesta Buku boleh pulak sambung membazir kat Mid Valley. buruk kan perangai. ==' habes tu nak wat macam mana kat Mid, Padini saleeeee woiiii. semua saleeeeeeeeeeee. sapa tak nak pegi habaq hang. okbye. ;)