Wednesday, May 2, 2012

Budak Nerd Hobinya Membaca.

Hyee Homo Sapiens sekalian alam. lambai tangan.

Semalam cuti 1 Mei sapa yang dok terperap jer dalam bilik? siapa? haa baik ngaku. kekeke. semalam aku dah habeskan masa dengan berjimba-jimba bersama rumet. kite orang kan memang pantang cuti pastu duit macam dah beranak jer dalam bank terus rasa macam nak membazair. kikiki. tapi yang paling terer membazir memang aku la. ==' aku tak paham apesal diorang leh tahan nafsu dari membazirkan duit. diorang selalu beli barang ikut list tapi aku selalu beli barang terlebih dari list. aku ni berpenyakit betul rasanya kan. haiyooo. =='

Plan asalnya nak pegi tengok movie Evenges tapi aku macam desperate sangat je nak pegi Pesta Buku kat PWTC. so tunda lagi la tengok movie tu. aku kan budak nerd yang hobinya membaca mestilah pegi event macam ni. haha. ciri-ciri budak nerd kan memang dah ada dalam diri aku. spek + braces = budak nerd. haa terer jugak aku buat formula one ni. kahkahkah. 

Aku boleh buat kesimpulan bahawa rakyat Malaysia sebenarnya memang suka membaca. sesak ok PWTC. kanak-kanak sambil jalan pun baca buku. tunggu lrt pun baca buku. bagus kan. kiranya kempen budaya membaca tu tersampai la jugak. kehkeh! tak kesah la buku yang diorang baca tu buku komik pun kan. walau pun muka masing-masing aku tengok dah besar nti berpotensi jadi mat rempit. kahkahkah! ini yang menunjukkan luaran tu tak penting. yang penting isi dalaman. buat ape muka kacak kalau ketiak busuk yer dak? ehh dah menyimpang jauh ni. -,-

Kat Pesta Buku ni aku pegi dua booth jer. satu karangkraf satu lagi lejen press. yang lain tak mampu aku nak survey sebab sesak yang amat sangat. dengan rombongan budak sekolahnya lagi. haiyo. untuk sapa-sapa yang nak pegi aku nasihatkan toksah la bawak pasangan atau kekasih hati. korang akan mengguris hati banyak pihak. kalau korang plan nak dok pegang tangan dok rangkul pinggang kekasih hati di bawa mati ada baiknya lupakan awal-awal. tempat tu sesak dengan umat manusia yang sangat sangat sangat sangat ramai. korang lagi nak buat drama sweet sweet sweet kat situ pulak. hadoi. nak bercinta pegi mall ke pegi taman bunga ke, kat tempat macam ni tak sesuai yer adik-adik sekalian.


Model buku - Ania


Ehem! buku masakan pun kita beli tau. hihi.

Lepas perabeskan duit kat Pesta Buku boleh pulak sambung membazir kat Mid Valley. buruk kan perangai. ==' habes tu nak wat macam mana kat Mid, Padini saleeeee woiiii. semua saleeeeeeeeeeee. sapa tak nak pegi habaq hang. okbye. ;)


No comments:

Post a Comment

♥ thanks for commenting! ♥

lovelove!

double~loves! ;D