Wednesday, October 17, 2012

Hari Ngurat Adik Junior.

Hyeee adik junior comel-comel lagi lagi dan lagi. *lambai tangan*

Sekarang aku tengah mood adik junior. rasa excited terlebih bila melibatkan adik junior ni. suka betul aku kat enkorang ni. haihh pelik betul. dengan adik junior depan bilik pun aku berbaik lagi kan adik junior dekat fak kan. hehe. aku bukan ape. dulu masa aku jadi junior kakak depan bilik aku bukan main garang semacam. buka palat 24 jam. tak best langsung. so aku tak nak la adik-adik junior aku rasa bodan nye la ada kakak senior yang kerek limabelas macam. haha.

Macam biasa aku selalu cerita benda yang dah lama dah basi tapi tetap nak cerita gak. kihkih. Ahad lepas bersamaan 14 Okt, dekat fak aku buat hari Keluarga Sosio-budaya Melayu bersamaan hari Interaksi bersamaan hari ngurat/usha adik junior. haha. yang lelaki la kemain excited yang kite kite gegurl ni tak de nye nak excited lebih-lebih kan. tak kan nak ngurat adik junior lelaki? buat cuci mata boleh la. kahkah.

Diringkaskan cerita aku diberi tugas sebagai ketua biro protokol. so, masa hari kejadian aku kene pastikan semua berjalan dengan lancar. aku kene pastikan adik junior happy main bersama akak dan abang junior, pastikan adik junior makan dengan kenyang dan pastikan semua dapat bergambar dengan banyak sekali. ahahaha. part ice-breaking aku yang handle. kelang kabut jugak aku nak pikir aktiviti ice-breaking yang nak bagi diorang buat ni. so, macam biasa aku kerahkan tenaga dan idea rumet-rumet aku la. hihi. thanks rumet. ily! :) part permainan asma yang handle. kite orang siap mampu buat permainan Nerf lagi. soooo terer nye kami. haha.

Sebelum hari kejadian aku memang takut sangat adik-adik junior ni tak datang. yela buat program dah minggu ke-6 pastu hari ahad pulak. memang time ni semua orang nak pegi Mid tengok Taken 2, nak berehat dok tidur sampai tengahari jela kan. tapi adik-adik junior memang semua bagi kerjasama yang baik dan aku sangat terharu sebab semua datang. semua datang pagi-pagi. akak dan abang tahun 3 jer datang lambat. haihhh. mentang-mentang la program ni tahun 2 yang handle, tahun 3 dok tengok dari jauh jer siap datang lambat. grrr.

Part yang paling aku cuak ialah pagi hari kejadian. aku ditugaskan jadi MC informal. nak cakap secara spontan ni aku paling lemah sebab aku kan suka gelak tak tentu pasal. nanti cakap-cakap aku dok gelak sorang-sorang. lagi lagi lagi pun saya kan pemalu orang nya. kahkahkah. Alhamdulilah semua berjalan dengan lancar. sepanjang jadi MC aku tak de buat benda bodo dan memalukan diri sendiri seperti tertendang audiens. ehh ganasnya. hehe.

Part last macam biasa cuci mata tengok aku adik junior. hehe.



Senior-junior.


Senior-junior.


Senior-junior.


Smile. Game.


Candid. Love.


Ehemm. yang pegang name tag nama P'YA tu kita sama nickname laa. hihi. ;)


Untung jugak jd MC banyak gambar. kihkih.


Kumpulan ice-breaking. Harimau auumm.


Abang pengarah projek.


Abang ketua pelajar Sosio-budaya Melayu.



Kalau ada yang berkenan boleh tinggalkan komen. hihi. byebyeee. ;)



No comments:

Post a Comment

♥ thanks for commenting! ♥

lovelove!

double~loves! ;D