Friday, November 30, 2012

21 Tahun : Tuhan hantarkan aku insan-insan yang awesome!

Pagi-pagi-pagi dunia. :)

Jam dah menunjukkan detik 12 tengah malam. so sayyy hyee to December, bye-byee November. hihi. Hari ni genap umur aku 21 tahun empat hari. yeaaa. Tanggal 27 November 1991 lahirnya bayi perempuan yang comel dan kini dia telah membesar dengan jayanya menjadi gadis cantik dan bijak 101% mewarisi kecantikan, kekacakan, kepintaran, kebaikan dan semua yang baik-baik daripada bonda dan Encik bos. Kalau part yang jahat semua dia belajar sendirik. kehkehkeh. Lahir ke dunia dengan diberi nama Nur Zafira yang membawa makna Cahaya Kejayaan, sentiasa mendapatkan apa yang diingini. Bonda dan Encik bos sememangnya berharap aku membesar dengan penuh kejayaan. Walaupun masa zaman kanak-kanak tak berapa nampak kejayaan aku tu. hehe.

Tahun ni aku jumpa dengan manusia-manusia yang sangat baik. Sangat-sangat-sangat baik! Sejak aku masuk Univesiti Mahal ni, aku ingat rumet aku jela yang baik. Yela kan duduk dekat kota metropolitan kononnya. Kononnya kata orang kat kota ni semua orang jahat dan suka amek kesempatan ternyata ada lagi manusia yang baik. Masya Allah baik nya Allah dengan aku, Dia hantarkan insan-insan yang baik buat teman aku. Birthday tahun ni aku gembira sangat-sangat-sangat. Biasanya aku memang suka buat perangai annoying princess 24/7 kat class. Tapi sebanyak mane aku buat annoying pun masih ramai yang sayang tu yang peliknya. kahkah. Seminggu sebelum birthday, aku dah sebok dok ingatkan kawan-kawan kat class dan rumet yang tersayang. Bila ingat kan diorang nanti mula la semua buat muka tak tau, lagi ada dialog 'soooo?' ok aku pun sentap esok buat lagi perangai. hahaha.

Tahun lepas aku celebrate dengan rumet jer secara kecil-kecilan tapi sangat terharu. *peluk cium rumet*. Tahun ni aku celebrate dengan kawan-kawan kat fat. Ini kategori kawan terbaik aku kat fak. Kawan buat asaimen sama-sama, kawan tolong sign kan kedatangan, kawan teman makan, kawan sentap lepas tu pujuk-pujuk, haaa ni lah kawannya. Malam 26 November, jam 8.30 malam janji Melayu aku diambil khas oleh Azizul selaku driver tetap sepanjang aku dekat Universiti Mahal ni. Mulanya diorang kata cuma nak makan-makan, so aku pun pakai la baju santai jer, ingatkan makan kat warung mamak tepi jalan. Then, lepas amek aku, driver teruskan perjalanan dengan pungut sponser-sponser besar pada malam itu. Last sekali amek Tira my bff. Kira malam tu aku dengan Tira jela perempuan sebab Jannah tak sihat tak dapat join. sobsob.


Malam tu kite orang pegi Mid Valley, tempat paling dekat dengan Universiti Mahal. Sebab aku nak beli barang, Azizul nak tukar duit Brunei ke Malaysia kite orang berpecah. Aku, Eddy dan Tira carik barang. Azizul dengan Apis pegi tukar duit. Then Eddy kata Azizul suruh tunggu dia dekat Restoren Chilis. Aku yang memang dah lapar biasa la jalan sambil bebel-bebel kata lapa lapa lapa lapa dan tangan tak berhenti dok call Azizul dengan Apis tapi masing-masing tak nak jawab rasa macam nak lempang. grrrr. Tibe-tibe jam 10.30 malam Azizul dengan Apis bawak cake sambil nyanyi lagu birthday. Aku macam blur kejap sambil tengok jam 'wei kan lom kol 12 lg. hehe'. Aku rasa sangat sengal gile boleh keluarkan dialog macam tu. kahkah.


video


video



Thanks semuaaaa. kad yang pink tu rumet buat. thanks nia dan bell. 
sayaaaaaang korang semua!


This is Tira. thanks bagi macaroon. sayaaaaang kau!

Esok pagi pegi class kawan-kawan kat class dengan lect semua nyanyi kan lagu birthday. Mana tak terharunyaaa kan. Kan aku dah kata tahun ni jumpa insan-insan yang sangat baik. *peluk semua*. Insan seterusnya yang baik ialah Zaime. Kawan susah senang gelak tawa gosip bersama. Kawan yang sweet talker. Kalau susah hati call la Zaimie bila-bila masa pun dia layan. Insan yang tak penah lupa nak wish birthday aku sepanjang kami berkawan kan. Dia kawan mukabuku aku nasib baik tak terjebak ke cinta mukabuku. wakakaka. Malam birthday tu Zaimie call aku menggunakan no yang tidak diketahui sambil membacakan puisi indah secara live. Aku terharu gileeeee sambil feeling lebih-lebih ni kalau tak de kak Diana mau dah jadi boipren aku. hahaha. 


Tulisan buruk tak pe. hahah.
Sayaaaang Zaimie@Comek.

Dalam mentari ada sinar. 
Dalam rambulan ada samar. 
Dalam angan ada impi. 
Dalam jaga ada realiti.

Selamat dipanjangkan usia di bumi.

Moga sinar mentari menerangi hari hari mu.
Moga samar rambulan menenangkan hatimu yang satu.
Moga apa yang kau impi dalam angan terus merapati.
Moga realiti yang hadir dalam jaga wujudkan senyuman di wajah.

Aku masih ada, sebagai tempat untuk kau bersandar.
Aku masih ada, sebagai tempat untuk kau bercanda.
Aku masih ada, sebagai tempat untuk kau bergembira.

Hamburkan tawa.
Lemparkan senyum ceria.
Selamat Ulang Tahun Kelahiran, ciptaan manis yang terindah.


Ini hasil nukilan Zaimie yang tak bertajuk. Zaimie dah berpunya so jangan sapa-sapa cuba ngurat dia. hehe.
Untuk Zaimie, harap kita boleh kawan sampai bila-bila. Tetima kasih untuk semua yang indah-indah ini. Terima kasih gak sebab selalu susah payah untuk kawan yang tak pandai English ni. Dulu masa sem 1 dan 2 Zaimie ni la yang tolong aku buat esei English. Sweet nye dapat kawan macam kau. heheh. 

Untuk rumet, nia dan bell malas nak cakap panjang-panjang korang memang yang terbaik. Tak dinafikan. Untuk adik tersayang Abiq, thanks untuk hadiah jam tu. Sebok-sebok SPM pun masih sempat belikan kakaknya yang baik hati ni hadiah. ehehe. Untuk Rain, kawan yang selalu bawak makanan dari Terengganu untuk aku, thanks untuk double hadiah. Akhir kata dari princess Zafira, terima kasih utntuk semua yang menggembirakan diri ini. 

With love, 
Princess Zafira. 


2 comments:

  1. Oit ko ttgl..'utk along yg wish awal thn ni' hahaha..

    ReplyDelete
  2. A'ar utk along yg wish awal sgt. Kes lupa tarikh birthday ni. Hehe.

    ReplyDelete

♥ thanks for commenting! ♥

lovelove!

double~loves! ;D