Thursday, November 22, 2012

Here Bandung Story!

Hyee semua. As-salamualaikum dan selamat pagi.

Hari ni aku bangun pagi-pagi betul akibat kepenatan semalam handle Hari Interaksi Hati kat fak. dah nak abes sem pun fak aku nak jugek buat hari interaksi dengan junior. haihh. ahh cerita junior ni cerita nanti la. gambar pun tak dapat lagi ni. tapi semalam bestttt la. junior spoeting habessss! kelas kau jahhhh! 

Aku ni al-naklum laa duduk kat hostel line wifi pun macam segan-segan jer nak connect kat laptop ni. kesian nak beli broadband tak mampu booo. -,- dahh tu cerita dah basi baru nak cerita sekarang. kahkah.

Sebenarnya, plan nak pegi holiday kat Bandung ni dah lama plan dari tahun lepas lagi. ni trip Hari Keluarga sekolah pak su aku, tapi family dari sebelah ayah ramai yang ikut gak. aku memang nak ikut sesangat. lagi-lagi tarikh pegi nya bulan November memang sesuai la sangat dengan besday akuuuu. haha. bodek punya bodek ayahanda dan bonda bersetuju sponser penerbangan aku dengan along pegi Bandung. along kira penjaga aku laa. yeaaa ini dikira sebagai hadiah besday paling awesome! :D

Trip pegi Bandung selama 4 hari 3 malam, dari 12 hingga 15 November. flight kami bertolak dari KLIA jam 12 waktu Malaysia sampai Jakarta jam 1.14 waktu Indonesia. dekat Indonesia waktunya lewat satu jam dari Malaysia. dekat sana zuhor jam 11, asar jam 3, magrib jam 5, isyak jam 7 lebih kurang macam tu la waktu sembahyang dekat sana. sepanjang dekat sana aku sembahyang secara jamak. 

Ada sikit tips yang aku nak bagi sebelum pegi trip yang jauh-jauh ni. pertama, pemilihan kasut. ini sangat penting. aku ingat just pakai kasut bertutup jer dah ok tapi sebenarnya tidak. aku pakai kasut bertutup yang flip then aku sakit pinggang. sepatutnya kita pakai sport shoes tu sebab sport shoes dapat menambung poster badan kita semasa berjalan. kedua, jangan bawak baju banyak-banyak. ini disebabkan nanti dekat sana kita akan shoping banyak bajuuuuu! lagi-lagi tempat yang kita nak pegi tu mata wangnya lebih rendah dari mata wang negara kita. bila bawak banyak baju nanti beg tak muat, dengan nak isi segala macam yang kita dah shoping tuuu lagi kan. kahkah. ketiga, jangan janji nak belikan barang orang. aku tak tau ni kira tips ke ape. sebab sepanjang aku pegi Bandung, aku penat belikan barang yang orang pesan jer. aku ni kalau orang dah mintak tolong beli then bagi duit sedaya upaya aku carik. ini menyusahkan diri sendiri sebab nanti kita tak puas nak cari barang untuk diri sendiri. sebab tu aku pegi sana tak sempat nak beli untuk kawan-kawan. so sooooory. -,- nak pegiiiii Bandung lagiiiii! 

Sampai jer kat Jakarta kami makan tengahari then terus pegi Bandung. kira hari pertama dan keempat kat Jakarta, hari kedua dan ketiga kat Bandung. makanan kat sana semuaaaa sedap. lebih kurang dengan makanan kat Malaysia tapi ada lain sikit. dekat sana setiap kali makan tengahari dan malam kami tak pernah dihidangkan dengan air manis. kami dihidangkan dengan air mineral sahaja atau kat sana panggil air aqua. sebab tu orang Indonesia tak mengalami obesiti. perempuan kat sana body semua cantik-cantik. sepanjang serapan pagi memang ada jus yang sangat fresh! disebabkan Bandung merupakan tanah gunung berapi, hasil tanaman dekat sana sangat fresh. buah-buahan kat sana sangat manis. first time aku makan strawberi yang amat-amat manis tak terkata manisnya! kalau orang Malaysia yang dok makan strawberi kat Cameron Highland tu jangan dok kata strawberi tu manis, tu rasanya masam. nak rasa strawberi manis mai datang Bandung! 

Tapi dekat sana tak sama dengan Malaysia. penduduk yang padat dan miskin. sepanjang jalan ada pengemis dan penjual jalanan. kesian tengok anak-anak kecil mintak sedekat. tapi bila kita bagi sorang yang lain akan kerumun kita. kami dinasihatkan tidak memberi mereka duit demi menjaga keselamatan. niatkan membeli barang yang dijual oleh penduduk Indonesia, then penjual mereka yang akan bersedekah kepada pengemis-pengemis dekat sana. 

Sepanjang dekat Bandung, aku pegi Gunung Berapi Tangkuban Perahu dan Pasar Baru. first time tengok gunung berapi kan memang excited. cuacanya sejuk. nyaman jerrr. kat sini banyak jual souvenir. dekat Pasar Baru pulak tempat shoping. kat sini jual, telekung, baju kebaya sulam penuh yang dekat Malaysia harga beratus-ratus kat sana harga RM32 sahaja! amek kau mirah habes. then ada jual tudung, baju, jeans dan macam-macam lagi la. semuanya murah yang amat! kalau beli borong lagi dapat murah.

Kat Jakarta aku just pegi Gedung Tanah Abang. kat sini pun jual pakaian sama macam kat Pasar Baru cuma lokasi berbeza. tapi Gedung Tanah Abang lebih besar, ada 5 blok dan setiap blok ada 8 tingkat. boleh bayangkan tak betapa besarnya gedung tu. satu hari shoping memang tak larat nak habeskan semua gedung Tanah Abang ni. tapi setiap blok ni jual barang yang sama jer cuma harga kalau pandai tawar dapat la murah. aku pun cuma pegi satu blok jer. tu pun dah berpinar-pinar tengok baju canti-canti dan murah. best nya baru kat sana kalau dress yang kat Malaysia harga RM50-60 kat sana boleh dapat dengan harga RM28 sahaja. jenis kain yang digunakan bukan jenis kain getah yang ikut badan tu. t-shirt dengan kualiti kain cottong boleh dapat dengan harga RM6.50. besttt kan! kat Jakarta banyak sangat outlet-outlet yang jual t-shirt, dress, blouse yang cantik dan comel momel.  sila teruja untuk pegi ke Indonesia sebab kat sana semua pun murah. kekeke.

Akhir kata, simpan duit nak pegi holiday lagi. betul kata orang sekali dah travel kita akan ketagih nak travel lagi. serius! ohh pengalaman first time naik kapal terbang aku tak de masalah, telinga pun tak sakit. Alhamdulilah.



Tiket pegi balik.


Airport


RM=Rupiah






Guning Berapi


Strawberi paling manis!




 Suasana Jakarta 


Masjid tertua di Indonesia






Bandung, jumpa lagi. ;)


No comments:

Post a Comment

♥ thanks for commenting! ♥

lovelove!

double~loves! ;D