Sunday, November 4, 2012

Sempurna Mahunya, Gadis.

Gadis, 
Mahu nya dia yang sempurna,
Pada hal dia tahu sempurna itu tidak wujud,
Berbatu batu dia berlari,
Penat berlari dia berjalan,
Matlamat dia hanya satu, 
Hanya mahu mencari sosok pria yang sempurna,
Sesempurna yang mungkin,
Sempurnanya bukan hanya pada fizikal,
Bahkan dia mahukan lebih,
Ya, lebih tepat dia mahukan pria sosok Adam Mukhriz,
Fizikalnya tampak sempurna,
Dan perwatakannya bisa bikin seribu perempuan lain gila.

Gadis, 
Dia masih tidak penat,
Tidak juga lelah mencari pria idaman,
Hingga tiba satu destinasi,
Dia jumpa Lelaki,
Lelaki sifatnya sederhana,
Sederhana dalam banyak hal,
Sungguhnya Lelaki tidak punya apa yang istimewa,
Malah Lelaki tidak menepati apa yang mahunya Gadis,

Lelaki,
Sifatnya lembut, tidak mendesak, 
Lelaki mampu ukir kan senyuman di bibir Gadis,
Lelaki menjadi tempat Gadis meluah semua rasa,
Lelaki sering meminjamkan telingga mendengar cerita Gadis,
Tanpa penat, tanpa lelah, tanpa merungut satu kata,
Hingga kini Lelaki masih tidak gagal melakukannya,

Lelaki,
Tidak ada satu sebab untuk Gadis menolak Lelaki, 
Beribu alasan dan sebab Gadis carik untuk menidakkan kehadiran Lelaki,
Tidak jumpa, 
Ya, Gadis gagal temui sebarang alasan untuk menolak Lelaki,
Kerana sifat sederhana yang Lelaki punya itu,
Lelaki berjaya mengenepikan sosok pria idaman yang mahunya Gadis.

No comments:

Post a Comment

♥ thanks for commenting! ♥

lovelove!

double~loves! ;D