Monday, September 16, 2013

#throwback part 1 : Anugerah Kecemerlangan

As-Salam semua. 

Harap semua sihat. Mari kita mulakan sesi #throwback kita dengan kisah awesome pertama iaitu Anugerah Kecemerlangan. Amboi macam dapat award bagai nak anugerah-anugerah kan. Hehehe. Ini bukan Anugerah blockbuster atau Anugerah Kecemerlangan Guru peringkat Kebangsaan bukan bukan bukan. Ini hanya Anugerah kerana menghargai diri sendiri kerana belajar rajin-rajin dan dapat result Alhamdulilah boleh tunjuk kat anak cucu nanti. Hihihi. 

Yer, tahun 2 semester 1 aku terpandai dan terajin sikit dari semester yang lain. Betul, sebab sem tu aku amek 3 subjek yang 4 jam kredit. Wawawa. Subjek yang 4 jam kredit ni orang panggil killer subject sebab pertama subjek tu sure susah, kedua ianya akan di ajar oleh Profesor yang super duper hebat dan jenis yang tak bagi can nak bagi muka kat students, sebab ketiga ialah subjek ni kalau dapat b or b- akan tarik pointer yang super dahsyat. Tapi sebab subjek ni semua ialah subjek yang wajib aku kene amek dan aku tak leh elak. Di tambah lagi dengan subjek yang lain dah penuh so, terpaksa la aku hadap jadual sem yang tak cun tu. Kakaka. Mula-mula jer marah bila dah abes exam dan dapat result lompat bintang weiiii. So moral of the story ialah buat jadual tak cun dan anda akan belajar sungguh-sungguh sebab takut pointer jatuh. Hahaha. 

Oleh itu, aku dengan sungguh-sungguh pun belajar subjek yang 4 jam kredit ni sampai lebam dan muntah. Hehehe. Alhamdulilah, aku dapat 2 daripada subjek 4 jam kreadit A ( subjek Pemikiran Melayu dan Nilai dan Norma Melayu ). Cuma subjek Teori Manusia, Masyarakat di Alam Melayu jer yang aku dapat b+. Aku tak pernah dapat A untuk subjek teori ni. Fineeee aku memang noob bab-bab teori. Bosannnn. Hahaha. 

Dekat fak setiap semester akan ada Anugerah Kecemerlangan untuk pelajar dekan. Katergori untuk Anugerah ni ada 2, yang pertama untuk pelajar yang gpa atas 3.5 dan kedua untuk pelajar yang gpa atas 3.7. Anugerah dekan ialah gpa yang atas 3.7. Anugerah dekan untuk UM secara rasminya ialah 3.7. Yer, memang tercunggap-cunggap nak dapat dekan kan kan kan kan. Dapat sekali pun dah Alhamdulilah. *senyum*  Dah marilah kita cuci mata tengok gambar yer adik-adik. Ini antara moment indah sepanjang kat UM. *bangga*




Untuk mak ayah ; )


Senior tak kesayangan. Hehe. Like my own brother. ; )


Pensyarah kesayangan ; )


Bff  ; )


Pensyarah kesayangan. Bila mengajar macam dengar atuk-atuk bercerita. Hee. : )



Kawan-kawan belajar sama-sama. :)



Pelajar Jabatan Sosio-Budaya Melayu. Love u guys!

Dah habes. Babai. ; )

No comments:

Post a Comment

♥ thanks for commenting! ♥

lovelove!

double~loves! ;D