Monday, September 29, 2014

Kembali Lagi

As-salammualaikum.

Aku dah lama tak menulis di ruangan ini. Lama lama lama gila sampai rasa kekok nak mulakan penulisan. Padahal banyak perkara indah, tak berapa indah dan pahit yang perlu disimpan sebagai kenangan. Nak harapkan daya ingatan aku ni memang tak boleh diharapkan sangat laa. Kahkah! Nak exam hafal nota habes exam terus lupa. -,-

Perkembangan terbaru aku dah tamatkan pengajian Ijazah aku. Cuma belum secara rasmi sahaja. Tengah menghitung hari nak ke hari bahagia (konvo). Latihan industri aku dah tamat secara rasmi bulan lepas. Secara rasmi dah bekerja selama sebulan dengan title pekerja dan akan berhenti juga pada 30 Sept 2014. Hahaha maksudnya hari ini laa. Hohoiii semua marah aku berhenti sebab nak cari kerja susah sekarang. Aku pulak demand nak berhenti ya. Kuikui. Esok 1 Okt 2014, aku akan mula kerja di tempat baru. Hehe aku dah plan sebelum berhenti, bukan berhenti saja-saja. Berhenti kerja kene ada back up plan supaya tak merasa pegang title penganggur terhormat. Lol.

So, ni intro perjalanan hidup aku selama aku menyepi diri. Nampak naa busy kan sepanjang bergelar mahasiswa. Apa yang aku busy kan pun aku tak tau laa sampai nak update blog pun tak sempat. Haha. Aku akan teruskan sesi #throwback untuk mengimbas kembali moment indah aku sepanjang tiga tahun belajar. Slow slow la er. Bila tengok gambar mesti teringat moment indah tu. Baik aku abadikan semua moment tu kat blog aku kan. Nanti kalau dah nyayok anak cucu boleh bacakan untuk neneknya. Hehe.