Sunday, October 15, 2017

#throwback tiga tahun lepas. Degree done!





Tarikh hari ini tiga tahun lepas 15-10-2014, aku berjaya sempurnakan perjalanan degree aku. Dengan bangganya aku menggengam segulung Ijazah. Kalau orang lain tak bangga tu diorg punya pasal. Kalau tanya aku memang aku bangga kembang kempis hidung. Sebak terharu gembira bangga semua perasaan tu ada. Tiga tahun perjalanan yang sangat manis. Dikelilingi kawan-kawan yang baik, dipenuhi dengan aktiviti yang best dan bermanfaat, fasa hidup yang paling best, paling bebas. 

Tiga tahun bersengkang mata siang malam (tapi tak malam sangat laa sebab aku tak pernah stay up sampai lewat malam. Pukul 12.00 mesti dan tidur huhu) siapkan assignment, stay back kat library baca buku, buat nota untuk exam. Kalau dikenang memang fasa hidup aku masa tu yang paling best. Sebelum aku keluar ke dunia pekerjaan yang penuh ke-tahi-an ini hahahahaha. 

Aku ingat lagi masa first sem aku cuma dapat 2.8 je pointer. sob sob. Berlagak masa tu sebab STPM result kencang lepas tu dapat masuk UM, rasa diri tu pandai laa, study pun main-main hahaha *padan muka* Ingat lagi masa tu Mak cakap "Kalau tak dapat pointer 3.0 nanti susah nak cari kerja". Bermula semester berikutnya aku usaha sungguh-sungguh naikkan pointer, dapat anugerah dekan hingga akhirnya aku berjaya konvo dengan 3.52. Bahagia rasa dapat banggakan mak ayah.

Yer tu semua sebelum aku menghadapi sepak terajang dunia pekerjaan. Penindasan daripada majikan. Bayar gaji kecik, tekan buat banyak kerja, overtime sampai malam, weekend datang kerja, public holiday kerja hahahaha. Ini kehidupan sebenar Lol. Yang penting aku dapat kerja serta merta lepas habis degree. Aku tak rasa menggangur. Dapat kahwin pakai duit sendiri, ada kereta sendiri, bayar bil sendiri, insuran sendiri, shopping sendiri--- semuanya pakai duit sendiri huhuhu. Bersyukur laa dengan apa yang kita ada hari ini. Jangan merungut. Jangan bandingkan kehidupan kita dengan orang lain (kunci untuk bahagia). Tapi dalam masa yang sama sentiasa tingkatkan diri dan mencari yang lebih baik. Ohh dan tidak dilupakan memang betul pointer bukan jaminan kita dapat kerja best/hebat. Rezeki Allah dah aturkan cantik untuk semua hamba-Nya, tapi dapat result yang baik adalah kelebihan untuk kita bersaing dapatkan kerja yang terbaik. Aku tak tau laa kalau ada orang yang berpuas hati sekadar lulus exam jer daripada berlumba-lumba nak dapat A. Kalau kita dah usaha yang terbaik, insyaAllah semuanya akan dipermudahkan.

xoxo <3 p="">
   

Monday, April 3, 2017

#edzafira : 60 hari bersama

Assalammualaikum.

Esok genap dua bulan perkahwinan kami. Jauh sangat daripada sempurna tapi penuh dengan kecintaan dan kasih sayang. Satu perkataan yang menggambarkan segalanya adalah BAHAGIA *senyum sampai telinga*. Bila diimbas sepanjang dua bulan perkahwinan kami dan hari-hari sebelum kami diijab kabulkan, semuanya tak kan berlaku tanpa kesabaran Ed. 

Toleransi dan kerjasama daripada pasangan sangat penting untuk mengharungi hubungan terutamanya buat kami yang berjauhan. Jarak yang memisahkan kami menjadikan kami sentiasa saling merindui. Tapi jarak jugak membataskan kami untuk berkomunikasi dengan baik. Banyak masa dihabiskan dengan urusan kerja 8.00 to 5.00, bila balik malam nak urusakan hal peribadi (basuh baju, iron baju, kemas bilik & masak). Waktu malam bila dah selesaikan uruskan hal peribadi, around 11 kami akan call each other (kadang-kadang video call). Masa ni jela kami ada untuk sharing aktiviti. Dan masa ini juga yang kami ada untuk berbincang hal penting. Tapi itu semua bukan penghalang buat kami. Aku anggap Allah nak bagi aku "me time" sementara berjauhan :D So aku masih ada banyak masa untuk diri sendiri, tapi bila hujung minggu Ed balik memang terasa sangat 24 jam tak cukup heheheh :D

Hujung minggu kami, aku akan penuhkan aktiviti dengan masak-masak atau pergi makan dekat luar sambil-sambil cuci mata (tapi selalu terbeli 2-3 item yang sebenarnya tak penting Lol) :p Aku kene perbanyakkan lagi aktiviti kami supaya hujung minggu kami terisi dengan aktiviti yang berfaedah dan terutamanya kami tidak menghabiskan masa dengan laman sosial. Nak kurangkan penggunaan laman sosial ni memang bukan satu perkara yang mudah. Siapa jer tak suka update dekat instagram & insta story kan hehehe. Ini cabaran yang besar buat kami. Tapi aku decide untuk hadkan waktu penggunaan laman sosial. Ada masa tertentu kami off data. 

Tipulah sepanjang perkahwinan kami baik sahaja. Sepanjang dua bulan kahwin ni dah berapa kali gaduh Zafira? hahaha. Aku selalu rasa diri aku teruk sebab selalu ego dan tak sabar. Lepastu merajuk tak bertempat. Ed pun penat nak layan. Tapi so far Alhamdullilah Ed handle it with care and love hehehe. Bila ada perkara tak puas hati kena suarakan supaya pasangan kita tahu, tapi kene ingat masa bercakap tu kena guna intonasi yang rendah dan lembut. Isteri-isteri mana boleh cakap kasar dengan suami tauuu. Ini aku dapat nasihat daripada Nenek. Jadi isteri kena sediakan kelengkapan suami, hidangkan suami makanan, teman suami makan dan aku suka lakukan semua perkara ini <3 b="">

Doakan perkahwinan kami sentiasa di bawah rahmat-Nya dan perlindungan-Nya daripada segala kejahatan ; tidak kira manusia atau syaitan, Aminn. Happy 2 month-anniversary sayang. Jauh lagi perjalanan kita.

Wednesday, March 8, 2017

My Unofficial Bridesmaid

Assalammualaikum.

Aku ingat lagi sebelum majlis #edzafira menjadi kenyataan, aku excited sangat nak sharing dengan my favourite people in my life gituu :p Ecewah hehee. Masa Ed nak datang merisik & kami bertunang aku memang dah beritahu Bell, Nia dan Husna. Sebab diorang ni laa saksi kisah cinta kami. Dari kawan--gaduh--kawan--gaduh (ulang 100 kali hahahaha) akhirnya aku setuju untuk terima Ed sebagai lelaki yang akan memimpin tangan aku ke syurga-Nya. Bila Ayah dah confirm tarikh untuk majlis Walimatul Urus #edzafira, aku beritahu kawan-kawan rapat yang lain -Bed, Nabilah Yusof, Nabilah Mokhtar, Yaya, Suhaila dll. 

Lepas tu bermulalah fasa hidup aku bertandang ke rumah Yah nak tumpang tidur sebab nak cari barang hantaran kat KL, mula jugak laa fasa dok whatsapp dengan diorg dok tanya pendapat itu ini. Rindunya masa sibuk-sibuk uruskan hal nak kahwin. Walaupun kita semua masa tu jauh-jauh tapi dengan adanya whatsapp kita akan rasa dekat. Ehh tiba-tiba huhu. Rindu masa pilih lace & manik untuk jahit kat baju nikah dengan Yah kat Jakel KL. Whatsapp Nia tanya harga cincin kat Habib, whatsapp Bell & Husna tanya pendapat nak pilih design. Eee banyak lagi laa semuanya aku rindu. Pastu Bed sharing list photographer laa, MUA dll. 

Terima kasih korang selalu tolong aku. Datang jauh-jauh. Tapi Nia jer tak dapat datang sebab baby Widad masih kecil. Sedih juga laa Nia tak dapat datang tapi tak pela. Kesian nti Widad penat jalan jauh. Untill now aunty masih tak dapat jumpa Widad lagi kekeke. Entah bila dapat jumpa ni huhu. 

Sehari sebelum majlis Bed jadi runner pergi butik pengantin ambil baju, settle hal hand bouquet, sirih junjung dengan hal-hal kecik yang last minit muncul. Hehehehe. Thank you korang :* Untuk my cousin Kak Scha yang selalu tanya kak pya bila nak kahwin hehe akhirnya Kak Pya dah kahwin :p Terima kasih sebab tolong buat acar buah dengan nenek masa tu. Tu laa last moment kita masak-masak dengan nenek kan? sob sob. Kak Scha ambilkan makanan untuk Kak Pya sebelum sanding tapi sempat jamah sikit jer hehehe. Rushing gila masa tu. 

Thanks korang semuaaaa yang kita sayang sepenuh hati. Walaupun korang tak dapat baju cantik sorang satu dan ikut tema korang tak pernah berkira nak tolong. Dari sebelum, masa dan selepas majlis korang tolong. Nanti tak sabar nak pergi majlis Bell dengan Husna pulak. Kak Scha kene tunggu habis degree dulu ok. Haipp dia kalau mengatal :p

Sayang korang semua! xoxo







Saturday, March 4, 2017

Walimatul Urus #edzafira

Assalammualaikum. 

*entry ini akan menjadi entry yang sangat panjang untuk kenangan akan datang ;)

Sebulan sudah berlalu untuk majlis #edzafira. Kalau diingatkan sepanjang proses menjayakan majlis #edzafira, terutamanya sebelum majlis memang boleh dikatakan semua persiapan di buat saat saat akhir hehehe. Mana taknya majlis dibuat 6-7 bulan selepas majlis merisik dan bertunang. Majlis merisik dan bertunang dibuat dalam keadaan yang sangat privacy (with my own reason and thank you Mak & Ayah izinkan) dan dihadiri oleh adik-beradik kedua belah pihak. Majlis yang sangat simple dan tertutup seperti apa yang aku mahukan.

Kalau diimbas kembali perancangan Allah cantik sangat. Betul kita sebagai hamba-Nya hanya mampu merancang sahaja. Aku dengan Ed memang rancang nak settle down September 2017 sebab kita orang fikir buat majlis pertengahan tahun lebih stabil hehehe. Yela lepas buat kira-kira kalau buat majlis pertengahan tahun duit simpanan ada lebih banyak huhuhu. Memang plan awal nak lepaskan Entakib & sepupu aku Ina punya majlis. Tapi Allah tu lagi Maha Mengetahui bila waktu yang sesuai.

Bila nak buat majlis perkahwinan ni memang kita akan melibatkan banyak pihak. Bukan sahaja keluarga kita tapi keluarga bakal suami/isteri kita. Ada banyak hati yang nak dijaga, ada banyak pendapat yang nak di ambil peduli dan ada maruah yang perlu diambil perhatian. Kalau kita sebagai bakal pengantin nak buat majlis nikah yang simple tanpa ada pelamin dan berarak bagai, belum tentu keluarga setuju. Keluarga tak setuju pun ada banyak sebab yang rasional. Kita sebagai anak memang perlu duduk bincang dengan Mak & Ayah kita dan selami hati diorang. Jangan sesekali kita membelakangkan pendapat Mak & Ayah kita. Susah senang kita memang keluarga sahaja yang akan ada di belakang kita. Bagi pendapat aku sendiri biarlah kita mengalah asalkan Mak & Ayah kedua pihak gembira dan tak menyusahkan mereka. Lagi pun memang tak salah nak gembirakan hati Mak & Ayah. Dan yang paling penting juga walaupun kita ikutkan kata orang tua, bajet atau perbelanjaan tu masih dalam kemampuan kita. Misi perkahwinan aku adalah buat majlis bebas hutang dan utamakan keperluan daripada kehendak.

TARIKH
Aku dinikahkan dan majlis persandingan pada hari yang sama. So senang nak ingat tarikh hehehe. Nak buat majlis ni memang perkara paling utama adalah tarikh. Bila waktu yang sesuai nak buat? Ramai orang yang buat majlis perkahwinan masa musim cuti sekolah sebab senang sedara mara yang jauh nak datang. Tapi untuk aku sendiri, cadangan tarikh aku ditolak tanpa bersalah oleh Ayah hehehe. Tarikh cadangan pertama 15-09-2017, ditolak atas alasan lambat sangat, tarikh ke dua 07-07-2017 & 08-07-2017 (nikah Jumaat, sanding Sabtu, sekali birthday Ed) juga ditolak atas alasan yang sama. Kebetulan Entakib dah nikah bulan Dis 2016, so Ayah nak buat sekali majlis bertandang untuk Entakib. Aku cuma diberi pilihan untuk adakan majlis bulan Februari 2017 dengan alasan adik kesayangan Abiq boleh balik cuti (sebab dia belajar kat Korea). Aku sekali lagi minta di buat majlis pada 17-02-2017 sebab tarikh cantik tapi juga ditolak hahaha. Bila dah 3 kali ditolak ni aku terus cakap, "ikut Ayah laa nak buat majlis bila, kak pya ikut jer" huhu.

Akhirnya tarikh 04-02-2017 di pilih dan kedua belah pihak setuju. Tarikh di pilih berdasarkan kekosongan catering hehehe. Rasional Ayah tak buat majlis pada musim cuti persekolahan atau cuti umum adalah biar tidak bertindih dengan majlis rumah orang lain. Mengikut kata Ayah bila satu hari ada 2-3 kenduri tetamu yang hadir nanti dah kenyang makan kat rumah lain. Sebab niat utama kami buat majlis ni memang nak menjamu tetamu makan, diniatkan bersedekah. Lagi pun kalau tarikh hot ni, harga catering jadi mahal. Orang kata laa kesahihannya aku tak pasti.

LOKASI MAJLIS
Lokasi majlis aku di buat di rumah. Aku secara peribadi memang nak di nikahkan di rumah. Kalau tak boleh buat dekat rumah nak buat kat hotel hahah. Ok gurau jer. Serius aku memang nak buat majlis kat rumah dengan alasan peribadi rumah ada sentimental value yang dekat tempat lain tak ada. Walaupun pada mulanya Angah cadangkan buat majlis dekat dewan sebab tak perlu nak sepahkan rumah. Memang betul buat majlis kat rumah ni banyak perkara kena settle. Lagi-lagi rumah cikgu Zaki ni macam showroom yang penuh dengan perabot jatinya huhuhu. Memang pening kepala nak rearrange perabot. Ada satu meja Ayah yang tak boleh di alihkan sebab sizenya besar hehehe kelakar sangat time tu. Lol.

Bila buat majlis dekat rumah ni pertolongan adik beradik sanagt diperlukan. Dan aku bersyukur dikurniakan adik beradik yang saling tolong-menolong. Part nak susun atur perabot semua bujang senang settlekan. Nasib baik ada 3 abdul ditambah dengan seorang abang ipar. Part dapur aku settle dengan Mak. Aku kira senang jugak sebab every week memang ada orang datang bersihkan rumah, so keadaan habuk di rumah terkawal hehehe. Ni baru gambaran sebelum majlis, selepas majlis punya nak kemas rumah pun sama. Tapi lebih azab sebab time tu badan dah penat. Part kemas rumah lepas majlis memang ambil masa 2-3 minggu jugak nak dapatkan rumah bersih dan teratur seperti sebelum majlis kekeke. Jangka masa yang lama di ambil sebab kita orang kemas sikit-sikit. Boleh buat sekali gus tapi nanti mesti demam dan sakit-sakit badan. Orang kata biar lambat asalkan selamat gituuu.

TEMA
Kalau nak cerita pasal tema majlis memang carca marba hehehe. Hanya tema warna sahaja yang ditekankan dan aku nak majlis yang santai, semua orang datang makan, berbual dan tak ada protokol yang mengikat tetamu sepanjang majlis. Aku paling tak suka berada dalam majlis formal dan protokol sebab semua orang akan berada dalam mood serius ketika itu hehehe. I just dont like it. Oleh sebab majlis aku di buat sehari so aku dengan Ed decide tak nak tukar baju. Nikah pagi lepas tu nak ke sanding tu jangka masa singkat sangat. Pada mulanya, nak pakai warna pistachio (aku panggil warna light green jer huhu) + grey. Kain Angah dah sponser tapi bila tunjuk kat best friend semua kata warna tak sesuai untuk majlis nikah. Tambahan pula cadangan tak nak tukar baju tu pun tak dipersetujui oleh Ayah sebab menurut kata Ayah tak kahwin kalau tak berarak dan tak bertanjak huhu jela sis.

Kita buat baju raya jela nanti yer 

Disebabkan Ayah dah kata begitu, kami pun seperate tema kepada dua iaitu nikah dan sanding. Untuk nikah aku nak pakai warna pink coz pink is my life lol, tapi Ed macam kureng berkenan dengan warna pilihan. But I'll fight for that colour hehee. Gigih aku cari design baju yang paling cantik dan sweet dan akhirnya jumpa yeayyyy! Baju minimalace from Love Collection warna pink dan ada bunga-bunga cinta di baju. Taste Zafira sangat tau in loveeee. Lama follow sehinggalah 3 bulan sebelum majlis baju tersebut masih belum release and I was sad on that time coz Ed dah mula bebel sebab satu hapeeee pun Zafira tak buat lagi (time ni goodies tak ada, belum book MUA, pelamin tak ada bayang rupa apa, photographer, videographer semua non hadooo list. Kahkah.).

Zafira as usual always relax nanti dah nak dekat majlis baru dia gelabah. Hahaa. Sehinggalah pada suatu hari jumpa my old girl friend, Bed. Pada ketika itulah kesedaran datang. Bed remind buat check list, buat bajet betul-betul, dan start buat survey. Selepas tu terus berdezuppp pergi survey kat instagram hehehe. Every weekend pusing Batu Pahat tengok baju kat butik pengantin mana yang cantik. Mengikut pengalaman aku survey tak ada satu pun butik pengantin yang menawarkan semua pakej lengkap yang menambat hatiku. Ini pendapat peribadi ok. Butik A sediakan pakej dengan harga yang berpatutan tapi sayangggg aku kau lukai MUA lelaki, butik B pulak semua letopsss tapi pelamin tak kena citarasa sis. Akhirnya selepas penat survey dan duit minyak pun dah habis, aku buat keputusan untuk ambil asing. Orang kata lagi mahal ambil pakej asing tapi mengikut kata sepakat aku dan Ed tak pela mahal sikit yang penting kita puas hati, tak menyesal dan tak rasa nak ungkit serta tak rasa nak salahkan orang lain. 

Berbalik kepada tema nikah hahaha terpesong pulak tadi kekeke. Akhirnya atau dengan kata lain paksa rela warna baju nikah kami ialah putih / cream. Hal ini demikian kerana Ed telah pada suatu hari pergi ke Jakel KL membeli kain dan menempah baju Melayu di sana. Dia call tanya dah decide nak pakai baju warna apa tak. Tup tupp dia kat Jakel untuk beli kain dan aku memang tak boleh nak kata apa laa. Setuju jela dia pilih warna tu. Ed punya alasan nak pakai warna putih / cream sebab nikah ni upacara yang kudus dan warna putih / cream adalah warna yang paling sesuai untuk upacara tersebut. Aku memang setuju bab nikah ni upacara yang kudus tapi putih / cream is too cliche laa sayanggggg. Tapi sis redha jelaaaa. 

Untuk baju nikah perempuan pulak, kisah di sebaliknya adalah ianya adalah hadiah ulangtahun kelahiran aku yang ke-25 daripada bakal suami ketika itu yang sekarang dah jadi suami hikhik. *muntah* Thank you Ed. Dari tak suka nak pakai putih / cream terus sukaaaa in love jugak. Baju nikah aku design peplum kosong. Tapi lepas tu sis gigih ke Jakel beli manik untuk di jahit. Aku beli manik yang dah siap ada tapaknya. Senang jer tinggal jahit jelujur kat baju kita. Aku jahit manik kat bahagian pergelanggan tangan dan bahagian pinggang jer sebab tak nak nampak baju sarat. Aku nak baju tu simple sebab nanti lain kali boleh pakai lagi. Kalau buat baju nikah sarat dengan labuci dan manik nanti next time nak pakai dah pikir 2-3 kali. Kalau baju simple ni pergi mana-mana event pun boleh mix and match. Untuk bahagian bawah atau bahagian kepuk-kepuk baju tu aku jahit guna manik biasa jahit jarak-jarak sikit. *kalau dekat nampak laa hehe* Masa hari nikah ramai yang puji baju nikah cantik hihi. Aku pun happy sebab baju nikah kain dia best tak panas pastu cantik dan selesa dipakai ehh kau kalau dah suka melambung pujikan hurmm. Ed belikan baju nikah ni kat arco.my. Aku suka baju ni menepati citarasa sangat sebab kain dia pun meleret ke belakang barulah boleh fefeeling pwincessss sangat :p
 
Pwincess Edzafy <3 td="">

Manakala untuk tema sanding, Ed nak warna purple. Aku memang tak ada bantahan. Yer yang kali ni aku memang ikhlas setuju dengan pemilihan Ed. Kawan-kawan aku kata kita orang ni terbalik sebab selalu perempuan yang cerewet dan perempuan yang akan tentukan semuanya. Hahaha. Tapi kita orang memang terbalik huhu. Kita orang memang sepakat tak nak buat baju baru. Sebab pertama jangka masa yang sangat singkat untuk bersanding dan tak berbaloi pun buat baju baru. Ke dua size dan bentuk badan aku memang tak ada masalah maksudnya size badan aku ni standard baju online butik kekeke. Kalau beli online tak yah nak adjust pape. Kalau korang bukan jenis badan macam ni kene laa buat sebab kalau tak nanti tak cantik pulak. At the first, nak sewa baju kat Wedding Galore Sdn Bhd, tapi sebab difikirkan nanti nak fitting aku kene naik KL hasrat itu terbatal. Sebab kami sepakat membawa berkat untuk berpantang jumpa, less call and video call before the event. Walaupun sebenarnya kita orang ni dari mula kawan memang susah yang amat nak jumpa. 6 bulan sekali jumpa tu biasa. 3 bulan sekali jumpa tu pun dah Alhamdullilah. Kita orang berpantang dua bulan kalau tak silap. Start bulan Dis 2016 dah start tak jumpa. Berpantang ni sebenarnya bagus untuk buat kita berdebar-debar dan naikkan seri pengantin. Ada banyak lagi kebaikkan yang korang ehh google sendiri jela dik oi hehehe.

At last, aku sewa baju kat Azidia Bridal Couture Batu Pahat sebab kat sini jer ada warna purple idaman Ed hehee. Kat Azidia ni baju baru sewa RM800.00 dan harga akan berkurangan jika baju tersebut sudah disewa 2-3 kali berikutnya. Kat sini banyak baju cantik-cantik, new design and baju di jaga dengan baik. Dari segi service kurang sikit disebabkan staff yang kurang memberi penjelasan details kepada aku dan reply whatsapp pun lambat. Lagi satu aku benggang sebab masa nak ambil baju tu baju aku belum siap lepastu staff dia tak whatsapp pun. Sia-sia aku datang tapi tak pela benda dah lepas. Aku bersangka baik jela staff dia busy. 





Tapi secara keseluruhan baju dia ok. Cuma design baju yang aku pilih tu tak sesuai untuk pakai dekat rumah. Design tu sesuai untuk majlis dekat dewan atau hotel (pendapat peribadi aku). Sebabnya kain sambungan belakang baju aku ni meleret macam pwincess ni kononnya, kain tu berat yang amatttt kahkah. Sebab aku buat dekat rumah kan, nak pergi makan beradab kene lalu jalan tar habis semua batu-batu aku sapu licin hahaha. *Cuba bayangkan kalau hujan macam mana hahhaa :p* Tapi baju cantik tapi berat maka sis tahankan jela. Sabar jela dik. Secara keseluruhan temanya adalah cream untuk nikah, purple untuk sanding dan tema keluarga aku warna pink hee. Nak jugak selitkan warna pink kekeke. 

PELAMIN
Untuk pelamin aku ambil dengan Kak Umi Parit Yaani sebab pakej dia paling murah selepas survey di buat hahaha. Pakej RM1700.00 mana nak dapat sekarang woi! Kan aku dah cakap misi perkahwinan ni memang nak utamakan keperluan daripada kehendak. Penat kerja kumpul duit beribu-ribu tak kan nak habiskan untuk satu hari sahaja sis? If you ok with it, teruskan laa. Tapi aku NO NO NO *jari telunjuk di goyangkan* Aku bagi satu gambar dekat Kak Umi pastu pandai-pandai laa Kak Umi settlekan pelamin idamanku hahaha. And here we gooooo . . .





Untuk pakej pelamin ni aku share dengan Entakib. So jimat banyak gila dekat sini sebab Entakib berbesar hati bayar lebih dari adik dia hahahaha (sayang Entakib muah ciket :*). So Entakib dan Eka ambil baju Kak Umi warna silver, make up nikah aku dan sanding Eka by Kak Umi (sesiapa nak hubungi Kak Umi: 017-7374420). Make up sanding aku by MUA Kluang Nurmyzura. Aku tukar make up sebab nak nampak different look dari majlis nikah dan tengah hari tu nak solat zuhur kan. So apa-apa pun memang kena buang make up nikah laa. Bermodal lebih sikit apa salahnya dari dapat dosa huhuhu. Please yer bakal pengantin semua, jaga solat. Benda ni sangat penting. Hari pertama kita jadi isteri mulakan dengan melakukan perkara yang terbaik dalam hidup kita k. 


Close up make up nikah by Kak Umi
Close up make up sanding by Myzura
MAKANAN
Tak akan lengkap majlis kalau tak ada makanan kan? Hehehe siapa jer tak suka makan. Part ni yang paling penting sebenarnya. Sebab kita nak menjamu makanan kepada tetamu kene cari yang betul-betul sedap dan harga yang berpatutan serta berbaloi. Kalau buat rewang kene pilih tukang masak yang betul-betul hebat memasak dan beli bahan mentah yang segar dan bersih. Untuk majlis aku kita orang pakai catering sahaja. Aku duduk rumah taman tak ada ruang nak masak-masak rewang gulai kawah. Untuk catering ni semua Mak & Ayah yang settle. Ayah guna khidmat catering Sri Wangsa kat area Batu Pahat (untuk contact : 012-7662764 En. Bohari). Makanan semua sedap serius tak tipu. Harga pun berpatutan. Ayah siap order kambing lagi. 

Untuk menu meja makan beradap pun pihak catering yang sediakan. Aku tak ingat apa menu makan beradap hahaha. Sebab time tu tak makan sangat pun, sebab nampak kawan-kawan dah tunggu nak bergambar kekeke. Tapi yang aku ingat ada ikan siakap, udang, sayur paprik campur sotong dan menu nasi baryani. Decoration kemah pun cantik. Untuk warna kain kemah aku memang request warna pink dan purple. Aku sent gambar kat pihak catering dan  pihak catering carikan warna yang aku nak tu.


Selain daripada menu utama majlis kenduri kahwin, Ayah ada order cendol, roti jala, laksa dan soto. Majlis ni memang mewah dengan makanan sebab niat utama buat majlis ni memang nak menjamu orang makan. Aku happy sangat sebab kawan-kawan yang datang semua puji makanan sedap, banyak pilihan dan semua orang balik dengan kegembiraan perut kenyang hahaha.


GOODIES
Untuk buah tangan tetamu pulak kami sekeluarga sepakat membawa berkat nak bagi benda yang senang tetamu nak bawa balik. Buah tangan tersebut haruslah satu sahaja. Selepas memerah otak akhirnya Ayah order popcorn sahaja hehehe. Senang kan semua orang suka makan popcorn. Ramai yang kata popcorn yang Ayah order ranggup, gula sekata dan sedap ya ampun. Kalau sesiapa nak order popcorn boleh contact seperti di gambar bawah. Yang ni baru buah tangan untuk semua tetamu, belum lagi untuk kawan-kawan aku dan tetamu nikah serta tetamu VIP (keluarga pengantin lelaki dan keluarga mentua Entakib).




Untuk nikah buah tangan yang dipilih adalah kacang arab, towel kecil dan sudu korea (terima kasih Abiq tolong kak pya belikan hee muah ciket :*). Masa bungkus tu masuk dalam beg rasa kosong jer beg tu, terus Along belikan air kotak teh bunga size kecil untuk buat tambahan. Goodie ni buat 100 pax jer untuk tetamu yang datang nikah. Untuk tetamu nikah cuma ahli keluarga terdekat, jiran terdekat dan kawan terdekat sahaja. Sebab majlis sehari, kawan-kawan memang dijemput untuk majlis bersanding sahaja. Bukan apa, ni semua sebab kalau jemput ramai-ramai tak muat pulak. Sedara mara jer dah ramai. Manakala goodie untuk tetamu VIP, kami pilih bagi popcorn dan tumpi. 

kacang arab / peanut candy
Sudu Korea ni cantik design dia ada bunga-bunga

Untuk goodie kawan-kawan pulak, aku dengan Ed sepakat nak bagi something yang berguna dan boleh sedekah jugak. Nak bagi sesuatu yang bila orang guna kita dapat pahala sekali. Pikir punya pikir nak bagi buku doa amalan tapi bila fikirkan semula nanti kalau orang tak perasan (atau mungkin tertudukkan beg) dalam beg tu ada buku doa dah kita dapat dosa. Akhirnya kami pilih nak bagi mini sejadah yang diikat reben comel. Diniatkan kalau orang pergi travel boleh bawak sejadah tersebut. Atau ada anak-anak kecil yang baru nak belajar sembahyang mak dan ayahnya boleh bagi sejadah kami tu hee. Sejadah mini tu kami order kat By Anastassia Yusri. Boleh dikatakan semua aku survey kat instagram jer hehee, barang hantaran (telekung) pun beli online jer sis kekeke. Selain sejadah mini aku masukkan juga muruku dan kacang arab. Muruku tu last minute dapat dari Ucu Moni. Banyak Ucu tolong dari sebelum majlis dan hari majlis. Tak terbalas sob sob.  

Mini sejadah

WELCOME BOARD & STICKER
Untuk welcome board dan sticker aku order dari kawan abang ipar aku sendiri. Kelebihan bila kita order dengan orang yang kita kenal ni adalah kita boleh dapat diskaun huhuhu. Cepat gilaaa siap. Pagi Sabtu order dan bincang design dengan Kak Kila tengahari Kak Kila minta confirm design dan dalam masa beberapa hari dah siap semuanya. Korang boleh order dekat Overdose Print Station


Suka quote tu

LAIN-LAIN 
Ok dah penat nak fikir dan nak highlight perkara penting untuk majlis aku. Point terakhir adalah melonggokkan semua di bawah point lain-lain hehehe. Untuk photographer aku ambil By Shahrul Akmal, videographer ambil kawan sendiri, dan gubahan hantaran kawan Angah yang buat, boleh tengok kat sini. Ohh ya bunga pahar aku Bed sponser order kat Gubahan Hantaran Nysaa. Yang ni kalau luar dari KL memang boleh kurier yer tapi ada caj tambahan laa. Bunga pahar aku Ed ambil sebab kebetulan masa tu Ed nak ke Yong Peng untuk fitting baju. Design bunga pahar pun ada macam-macam. Aku pilih bunga pahar gantung. Ohh tak lupa juga cake kahwin aku order dengan Kak Sabrina. Senang order dengan Kak Sabrina just whatsapp jer. Lagi senang sebab cake akan dihantar ke depan muka anda di hari bersejarah anda. Maka kita tak perlulah sebok-sebok cari orang untuk ambil cake dan risau cake akan comot atau terjatuh atau sebagainya. Kak Sabrina juga akan susun aturkan cake tersebut. Bestkan semua Kak Sabrina uruskan dari A-Z so kita pengantin tenang-tenang jer. Cake sedap jangan risau. 
 
Gubahan hantaran

Bunga telur / bunga pahar

Cake sebenarnya warna soft pink tauu

Majlis perkahwinan aku jauh sangat dari sempurna. Banyak cacat celanya, banyak kurangnya dan banyak yang boleh ditambah baik jika nak sanding sekali lagi ehhh ahahaha. Tapi itu semua perkara biasa. Kita sebagai pengantin just enjoy the moment sebab ia tak akan boleh diulang tayang. Time majlis ni laa kau boleh nampak semua muka-muka yang bersungguh tolong kau jayakan majlis. Dan muka-muka yang dok gosip pasal majlis kau hehehe *yang ni boleh tengok bila dapat gambar dari photographer :p* Yang baik datang dari Allah dan segala kekurangan datang dari diri aku sendiri. Terima kasih yang tak terhingga buat keluarga aku dan Ed yang ikhlas menolong menjayakan majlis ni. Tak lupa juga mak cik dan pak cik, sepupu (belah Mak & Ayah), jiran tetangga dan kawan-kawan yang sudi hadir dan memeriahkan majlis #edzafira. 

Semoga perkongsian ini dapat membantu bakal pengantin di luar sana terutamanya yang berada di kawasan Yong Peng -- Batu Pahat. Masa aku nak jadi pengantin pun aku google macam-macam. Banyak blog lain yang bagi tips dan idea tau. Semoga penulisan ini bermanfaat dan dapat membantu serba sedikit urusan korang. Segala pendapat dalam penulisan ini adalah pendapat peribadi aku. Korang baca relax jer jangan emo tau kalau kita tak sependapat hehehehe :p Ohh ya sebelum aku terlupa aku pun guna Pinterest untuk cari idea. Bagi aku Pinterest ni best sangat sebab semua ada kat situ. Korang kalau nak cari idea boleh laa ke Pinterest tau. Aku punya design henna / inai pun dapat kat Pinterest hehehee sempat lagi tu. Sorry la tibe-tibe teringat pulak belum cerita pasal design henna. Aku cadangkan korang cari design henna kat Pinterest barulah design henna korang tu eksklusif tak cliche sama macam orang lain hehehe. Aku puya henna yang ukirkan boleh tengok dekat sini tau. Ok dah tak cakap lagi laa. Ok byeee.

Love, xoxo

Sunday, February 19, 2017

Sabar dan Didik Hati Untuk Ikhlas

Assalammualaikum.


sumber : google image


Sabar tunggu gaji dinaikkan huhu
Tapi setiap kesabaran perlu ada had masa
Allah takkan ubah nasib satu bangsa tanpa usaha
Maknanya aku kena usaha, tak boleh duduk diam
Takkan nak tanya boss pulak?
"Boss bila saya nak naik gaji? dah setahun saya kerja ni huhu"
Macam tu ke nak tanya haha
Aku kena buat sesuatu untuk hidup aku
Perbaiki kehidupan dengan lebih baik
Cari rezeki yang lebih baik untuk masa depan


Tunggu sampai pertengahan tahun, kalau boss diam jer kita cari lain k Zafira 

Saturday, February 4, 2017

Hari Kita

Assalammualaikum

04 Februari 2017
Hari kita
Hari terindah dalam hidup kita
Hari yang akan dikenang selamanya

Dengan restu Allah
Berwalikan Ayah
Aku di ijab kabulkan dengan seorang lelaki pilihan hatiku
Lelaki yang bersungguh mahukan aku yang serba kekurangan
Lelaki yang tak banyak soal-jawab tentang masa silam aku
Lelaki yang menerima aku hari ini untul masa akan datang
Lelaki yang menerima segala buruk baik seorang Zafira  

NUR EDZAFY BIN AHMAD SHAUBARI
Semoga kita tua bersama 
 Bimbing aku dengan kasih sayangmu
Pandang aku dengan penuh rasa kecintaan
Teruskan menjadi lelaki yang penuh kelembutan

Jangan pernah lelah mendidik aku
Jangan pernah putus asa mempertahankan cinta kita
Jangan pernah mengalah dalam setiap rajukku

Aku mungkin akan menjadi anak kecil yang mendambakan perhatianmu
Dan engkau jangan pernah mengeluh untuk satu hal ini ;)

Sayang Lilahi Taala
Cinta kerana Allah
Semoga kita menjadi suami isteri yang soleh dan solehah
Aminn





Isterimu,
Zafira Zaki